Monday, January 14, 2019

Bonus 2018

Sementelah Pakatan Harapan berjaya mengambil kerajaan Malaysia pada pilihanraya yang lalu, banyak pembaharuan atau penutupan atau polisi baru yang telah dilakukan. Ternyata, tugas menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang. Mereka berdepan dengan cabaran yang hebat. Cabaran kuasa, wang, rakyat, protokol dan macam-macam lagi. Dan yang pasti terkena secara terang-terangan kepada saya yang pasti adalah pembatalan MRT Line 2. Sepatutnya ada entri khas untuk itu. Tapi, masih di dalam draft (seperti biasa).

Perkara pembatalan MRT 2 itu, walaupun tidak terjadi kerana kami berjaya mencapai kata sepakat, membawa kepada, tidak sambungnya kontrak pekerja yang sudah tamat kontrak (Jua merupakan antara yang terawal), ketidakbolehan mengambil orang baru (membawa kepada berlambak kerja, jika teman satu team letak jawatan, takziah Faezah. Moga Allah mudahkan untuk awak) dan pengurangan bonus dan kenaikan pada tahun ini.

Masih bersyukur kerana diberikan juga bonus yang telah digunakan untuk membeli pound untuk trip ke UK saya nanti. Al-maklum, tidak mempunyai simpanan, maka saya memang menantikan bonus untuk membuat benda-benda di luar jangka. Hehe. Bukannya nak menyimpan.

Selain bonus itu, bonus saya lagi adalah kenaikan pangkat Ai Tee. Sudah menjadi manager. Alhamdulillah. Dia memang berkaliber walaupun beza setahun dengan saya. Bagi sahaja masalah kepada dia, pasti ada solusinya. Dan jika dia mahu membuat sesuatu, pasti akan berjaya. Antara dia mahu atau tidak sahaja. Sangat menginspirasikan. Selalu mahu menjadi seperti dia. Tetapi, tidak berjaya. Saya harus menerima diri seadanya. Oh, Adli pun jadi Manager juga. Am pun naik jadi Assistant Manager. Belum rezeki Ebah naik pangkat lagi. Semoga tahun depan. Takpun, mid-year evaluation.

Maka pada tahun 2019 ini, sudah hampir 11 tahun saya di Gamuda. Ai Tee minta saya bertahan lagi. Susah mahu cari kerja sekarang. Tetapi, saya akan menyusahkan dia sahaja. Sudahlah ada ura-ura tengah mengandung. Sebab Nic nampak dia makan acid folic. Tetapi, orang cina tak boleh beritahu orang lain jika belum tiga ke empat bulan. Saya takut nanti dia stress sebab saya pula. Harap-harap mengandung betul dan dipermudahkan sehingga kelahiran nanti. Fasa baru dalam kehidupan.

Saya rasa sudah terlalu lama di sini. Keinginan berpindah tempat kerja biasanya akan datang jika banyak kerja yang penting dan nak cepat. Banyak kerja adalah biasa. Saya selalu balik lewat. Mungkin kerana tiada komitmen lagi. Dan jika saya balik awal pun, saya tidur sahaja di bilik. Hmmm.. Haha, walhal azam tahun baaru nak kurangkan merungut. 


Love..

No comments:

Post a Comment