Saturday, December 8, 2018

Selesa Resort - Percutian Keluarga

Percutian kali ini tercetus akibat emak dan ayah yang selalu pulang ke kampung dan Adik merengek (haha. hiperbola di sini) tak dapat ikut sebab dia dah mula kerja. Kesiannya adik saya. Tidak mengapa sayang, sekurang-kurangnya dapat rasa perasaan lain tu. Penat kerja. Selama ni duduk kerja belakang rumah je. 

Jadi, emak pun mencadangkan kami pergi bercuti. Destinasi sebelum itu, kami mahu ke Janda Baik main air sungai. Tak dapat cari hotel pula. Tengok Booking.com, ada apartment dekat Selesa Resort. Dekat Bentong. Pilih tarikh, dapatlah dua hari adik cuti. Kak Mina dengan Muzakir pub boleh cuti. Mak-mak dan Kak Cik pun cuti. So, ke Selesa Resortlah kita. 

Naik tiga kereta semua, semua kereta pun penuh barang. Haha. Memang tak boleh ada space kosong, nak masukkan juga barang. 
Mak, parking dah tak cukup.

Tak sabar nak mandi kolam

Sampai-sampai cari pelampung 

Terima kasih Busu!

Berjalan ke swimming pool

Nilah kenikmatan diorang


Terima kasih Pak Tam, melayan

 Cheerleader tepi kolam..


 Yang berpahalanya pergi jalan ni, solat mesti jemaah. Kat rumah, boleh lari2.

Bentong. Tak boleh jamak yer.

Sesuci kasih Ramadhan

Luka masa main swimming pool

Breakfast


In case next time nak pergi. Apartment ni, dekat dengan swimming pool

Baliknya, nak check out, dok fikir nak makan kat mana. Ah ha, on the way nak balik lalu rumah Mak Ina. Mula-mula cadang nak beli lauk, makan rumah Mekna je. Sekali mak telefon nak bagitau perancangannya, Mekna kata dia nak masak. Wuhuuu. Pucuk dicita ulam mendatang. Masak tomyam, sayur campur, ikan goreng, telur dadar. Pergh. Memang Mak Ina yang dulu, bukanlah yang sekarang. Bukan biasa-biasa. :)





Terima kasih Mak Ina dan Pakcik Ghani atas layanan kalah hotel lima bintang. 

Nikmat keluarga walaupun selalu bergaduh ni sebenarnya saya sangat syukuri. Saya mempunyai kawan yang sakit dan adik-beradiknya tidak mengambil kisah pun mengenainya. Sebenarnya, saya juga tidak pasti adakah kami akan begitu. Keluarga kami jarang diuji dengan masalah kesihatan. Antara nikmat Allah yang selalu kena syukur adalah kesihatan yang baik. Semoga Allah tidak menguji kita dengan ujian yang tidak mampu kita tempuhi. 

Dan semoga kita sekeluarga, emak ayah, adik beradik, ipar duai, anak buah, pakcik makcik, datuk nenek, saudara-mara, jiran-jiran, guru-guru, muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat akan berkumpul bersama-sam di syurga Firdaus nanti. InsyaAllah. 


Love..

No comments:

Post a Comment