Monday, July 9, 2018

Tegur

Ada seorang budak pejabat saya baru memotong rambutnya menjadi pendek. Saya rasa comel sangat. Nampak muda. Di dalam perbualan saya bersama #gengluncheon semasa makan tengahari, kami berbual mengenai perkara ini.

Nad : Comel sangat Ms. Bu rambut pendek. Suka
Fae : Tapi, Tan kata macam ahso. Ms. Bu sedih.
Nad : Ish, berani betul Ah Tan ni, nak kena marah ni. Nanti saya marah dia. (sebab Tan ni geng saya borak-borak masa pilihanraya masa tu. Dia DAP, jadi sama geng pembangkang. Sekarang dah jadi kerajaan. Hehe. Jadi dah rapat dengan dia. Bolehlah nak tegur-tegur ni)
Nina : Kenapa nak marah Tan? Pergi jelah kata cantik dekat Ms. Bu. Takyah marah-marah.
Nad : Oh, ye ke. 

Selepas lunch, dalam pada tengah membuat kerja, saya singgah ke meja Ms. Bu dan menegurnya. Katakan yang saya suka rambutnya sebab nampak muda. Dia eksaited dan menunjukkan gambar model yang disimpan di dalam telefonnya yang dijadikan panduan kepada tukang gunting rambut di kampungnya. Murah pun murah. RM30 sahaja, tetapi masih dapat hasil yang bagus. Gembira sahaja dia. Saya pun berlalu pergi. 

Peri-pentingnya kawan-kawan kau yang akan tunjukkan cara yang lebih baik dari jalan yang kau fikir. Alhamdulillah untuk itu. Semoga kita semua dikelilingi oleh orang-orang yang akan sentiasa mengingatkan kita untuk jadi lebih baik setiap hari. Amin. Jika tidak, jadilah orang yang akan sentiasa mengingatkan orang lain untuk jadi lebih baik. Amin. Jika tidak, jadilah baik sahaja. Walaupun susah. Cuba. Semoga Allah bantu.

..................................................


Berita gembira untuk En. Anuar. Alhamdulillah berjaya menjadi Timbalan Menteri Kerja Raya. Walaupun sebenarnya lebih layak di bahagian Seni dan Budaya, tetapi untuk jawatan itu, tahniah diucapkan. Orang gembira pada masa yang sama berdoa supaya En. Anuar dikelilingi orang yang membantu dan tidak mengambil kesempatan. Selasa lepas, bos (sebab saya under JKR) panggil melawat pejabat baru. Pengalaman sungguh masuk pejabat menteri ni. Sama besar dengan YPU pejabatnya. 







Gembira. Alhamdulillah, Allah beri kegembiraan kepada En. Anuar berkat kesabarannya di dalam politik selama ini. Tiadalah bantuan yang banyak orang dapat beri kecuali menghadirkan sahaja diri ini semampunya. Semoga Allah juga mengira perbuatan itu ikhlas keranaNya. Selamat bertugas YB! 

Love..

No comments:

Post a Comment