Tuesday, June 12, 2018

Perasaan

Pejam celik, kurang 3 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya. Selepas ini dah boleh pergi sarapan, kata Jua semasa kami mengambil kuih raya semalam. Hehe. Saya perlu berterima kasih kepada kerja yang banyak sehingga menyebabkan mood raya tidak sampai lagi. Tiada istilah tiada mood bekerja kerana kerja terlalu banyak. Tidak sempat mendengar lagu raya lagi setakat ini. Alhamdulillah untuk perasaan ini juga. Kerana dengan banyaknya kerja menyebabkan saya fokus meminta-minta kepadaNya. Berdoa diberikan petunjuk atas pekerjaan ini. Sampai satu peringkat, saya seperti mahu bertukar tempat kerja. Doakan saya diberikan kekuatan untuk berkata dengan bos saya niat ini.

Saya sering meminta diberikan ketabahan menghadapi perkerjaan ini dan dipermudahkan, tetapi masih berjumpa jalan buntu. Saya masih tidak dapat enjoy dengan kerja saya. Semakin hari, semakin banyak kerja dan semakin tidak organisenya saya. Berboskan orang yang performance setinggi KLCC dan saya punya hanya level TGV KLCC sahaja menyebabkan sukar untuk saya memenuhi expectation beliau. Tetapi, Ai Tee SubhanALLAH sangat baik. Dia akan bising jika saya tidak siap, tetapi most of the time dia akan cover saya. Sejenis bos yang memang jaga staf ni memang jarang kita jumpa. She is the one. Dia punya matlamat, nak didik semua anak buah bawah dia, bila keluar boleh buat kerja. Satu tanggungjawab kepada dia untuk ajar anak buah dia. Pernah dia kata dengan kami, dia bangga kalau dengar orang lain puji staf under dia. Bukan untuk dia pun. Tetapi untuk diri kami sendiri juga. Tetapi, berprestasinya dia menyebabkan banyak kerja diberikan kepadanya. Kerja yang diberikan kepadanya memang settle. Sukalah bos. Tetapi, untuk kami di bawahnya yang akan membantu. Tambah kerja. 

Sebenarnya, banyak benda yang kau boleh belajar bila kau buat banyak kerja. Tetapi, saya dah tak dapat catch-up dengan kerja-kerja itu. Janji dapat bayar sub-contractor. Selesai. Untuk saya, prestasi semakin hari semakin menurun. Kebergantungan kepada Ai Tee sangat tinggi. Tidak siap kerja, Ai Tee akan cover. Saya sudah sampai peringkat menyusahkan bukan sahaja Ai Tee, malah sub-con, Nic dan Lee Yee yang bila saya tidak dapat membuat kerja, mereka terpaksa membantu menyelesaikan kerja itu. Saya sudah banyak kali mendelay pembayaran untuk sub-contractor. Kerja-kerja banyak pending di saya. Saya tidak suka perasaan ini. Masalah saya adalah saya tidak pandai berkata 'tidak' kepada kerja-kerja yang diberikan. Yang akhirnya bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, malah juga melibatkan orang lain. Amat tidak suka perasaan ini. 

Doa banyak-banyak puasa ini Allah beri petunjuk. Yang Maha Mengetahui segalanya. Yang Maha Adil. Yang Maha Mengasihani.

p/s : Akan sign a commitment pula tu. Huhu. 

Love..

No comments:

Post a Comment