Tuesday, March 27, 2018

Rindu - Anak Buah

Rindu. Sejenis kerinduan kepada anak buah sendiri memang saya syukuri. Semenjak anak buah saya tinggal bersama bekas abang ipar awal tahun ini, hujung minggu kami kadang-kadang akan sunyi jika abang ipar tidak menghantar mereka. Biasa mereka ada di rumah hujung minggu, dan menyepahkan barang dan menyemakkan. Kadang-kadang, saya terfikir nak buat apa dengan budak-budak ini. Bukan paandai tidur petang. Makcik dia, sibuk nak tidur petang-petang tau. Hehe. Benarlah kita ini selalu teringat apabila mereka sudah tiada di depan mata. Barulah rasa rindu, geram bagai. Masa depan mata, haram. Perpindahan ini, walaupun disebabkan takdir, sedikit sebanyak disebabkan saya yang menyuruh Kak Mi berpindah kerja. Argh. Cerita itu. Saya perlu belajar mendidik hati yang tidak semua keinginan saya adalah yang terbaik untuk orang lain. Saya manusia biasa. Sila belajar dari kesilapan Nadiah.

Teringat saya saat mendengar cerita yang bekas abang ipar saya mahu mengambil anak buah kami, saya menangis. Ayah saya yang jarang mencampuri urusan anak-anak turut sama mengambil langkah dengan bersemuka dengan abang ipar saya bagi menjelaskan apa yang kami ingin dia lakukan kepada anak-anak dia. Setelah itu, kami meredhakan pemergian mereka. Kata Naziha, bagilah ayahnya pula merasa kasih sayang anak-anak dia. Dan pada masa yang sama, dapatlah Kak Mi saya berehat sedikit. Juga untuk emak dan ayah saya. Dengan tidak semena-mena, emak sudah pandai mengajak saya bercuti kerana tidak ada budak yang perlu dijaga. Jika dahulu, semasa kami mengajak, pasti dia akan berkata, Akmal nak sekolahlah, Afiqlah. Sekarang, mari berjalan emak. Haha. Pengembaraan kita seterusnya, InsyaAllah Acheh.

Setelah tiga bulan ini, saya melihat benda positif kepada anak buah saya. Walaupun semakin kurus, mungkin merindukan ibu mereka atau masing-masing sedang membesar saya kurang pasti. Setakat pengetahuan kami, Hairol dan isterinya menjaga elok anak buah kami. Alhamdulillah. Selain itu, saya melihat abang Afiq semakin berani berbanding dulu. Mungkin telah diletakkan tanggungjawab abang kepadanya yang sebelum ini, boleh dikongsi bersama ibu, tetapi apabila di rumah abah mereka, dia memang harus menjadi abang. Dari dahulu lagi, abang Afiq memang melebihkan adik-adik cuma kurang berani sedikit. Sekarang sudah semakin berani jika disuruh membuat sesuatu, dia akan membuatnya. Dah pandai menjawab juga. Tidak mengapa, bagi sel-sel otak bersambung. 

Akmal terbalik. Dia semakin kurang nak berfikir. Jika ditanya, dia akan menjawab tidak tahu. Keterbalikan dari Afiq dahulu. Tetapi, masih banyak cakap. Hehe. Tidak mengapa juga, proses pembelajaran itu panjang. Asyraf, masih comel seperti dulu. Buat kesayangan Alang ni, belajarlah dan menjelajah ke seluruh dunia ini. Masa kecil ini adalah masa kamu belajar membuat salah dan belajar dari kesilapan itu untuk jadi lebih baik. Alang ni, dah besar baru nak merasa hidup. Alhamdulilah juga. Sering terlupa nikmat-nikmat kecil di keliling kita. 

Untuk semua nikmat kasih sayang ini, terima kasih kepada Along dan Kak Mi kerana melahirkan anak buah untuk kami menumpang cinta. Orang sentiasa doakan korang bertemu jodoh yang baik dan menjadi penyejuk mata dan hati di masa hadapan.











Love..

No comments:

Post a Comment