Hari yang gembira untuk kita
Kenangan indah dicipta bersama
Kamu yang rancak bercerita
Semua mahu diteroka
Semua mahu dicuba
Kami hanya layankan sahaja
Kamu yang kami menumpang kasih sayang
Berkongsi pangajaran
Belajar dari kesilapan
Bersama-sama bertahan
Untuk semua arahan, ketegasan dan perhatian
Maaf jika berlebihan
Terimalah dengan tenang
Semoga berguna di masa hadapan
Terbanglah sayang
Kami lepaskan tali kepercayaan
Bersama doa-doa kami titipkan
Ingat kami di susah senang
Pulanglah jika buntu jalan
Kita bersama berpimpin tangan
Atasi tiap kesusahan
Sayang sayang Alang
Satu doa yang selalu diucapkan
Moga masa depanmu sentiasa dipeluk Tuhan
Southgate
211217
Love..
Biarkan kasih sayang bertebaran di muka bumi ini. Supaya bahagia dunia dan akhirat..
Thursday, December 21, 2017
Sunday, December 3, 2017
Cerita Artis
Naziha dan saya berkongsi banyak benda yang sama. Bukan minat benda yang sama, berkongsi banyak cerita yang kami boleh relatekan. Seperti apabila bercerita mengenai benda-benda viral di twitter, kami masing-masing tak aktif di facebook, geng menonton wayang cerita yang orang tak tengok di pawagam, boleh cerita pasal k-pop (dia minat yonghwa, saya minat seohyun dan dia tak suka seohyun. Haha..), cerita pasal publisher buku dan apa entah lagi. Senang cerita, frekuensi cerita kami sama. Kak Fisha boleh masuk sikit, tapi dengan Kak Cik banyak sikit. Sebab dah biasa borak. Jadi bila dia kutuk saya (selalu) atau saya kutuk dia (jarang kot. Hehe..), kami tak ambil rasa. Tahu, masing-masing nak jadi lagi baik. Saya juga rapat dengan Along, Ami dengan Mina sebelum mereka berkahwin, tapi saya lupa cerita-cerita dengan mereka. Dulu tiada blog. Hehe.
Antara benda yang Naziha dan saya berkongsi adalah minat Redza Minhat. Tengok wayang cerita KIL yang kurang dari 10 orang dalam pawagam tau. Support punya pasal. Tengok Terbaik Dari Langit sebab dia tulis. Pun tak ramai orang dalam pawagam. Follow dalam twitter sampai kenallah circulation of friends dia. Tengok telemovie yang kawan-kawan dia produce. Kalau baca twitter dia, memang mind-blowing jugalah. Budak bijak. Kerja dekat Bank Negara sambil buat seni-seni ni. Very smart person. Kira memang admirelah dia ni.
Satu hari, Kak Cik dapat contact dari kawan dia di PPUM, ada orang nak beli tape yang letak dekat lutut (strapping) untuk elak kecederaan semasa bersukan. Saya pernah tolong hantar strapping ni di futsal centre Subang. Naziha berkongsi bersama kawan-kawannya menjual tape ni. Berbalik kepada kawannya di PPUM, katanya, Redza Minhat mahu membelinya. Kak Cik tak percaya. Sehinggalah, dapat pesanan sendiri dari tuan punya badan. Pergh pergh pergh. Mahu penghantaran di Subang. Kak Cik dan Kak Fisha pergi pada Jumaat pagi. Pergh pergh pergh. Saya sedikit cemburu tapi gembira. Memang tidak sangka. Sangat. Peluang jumpa sebegitu rupa.
Dalam dunia di mana pembohongan mudah berleluasa, perlunya kita menyelidiki sumber asal sesuatu perkara. Jika tidak, ikutilah sesiapa yang bijak pandai supaya selalu mengingatkan kita benda-benda yang berilmiah. Kurangkan melihat siakap keli, rotikaya dan sebagainya. Berkawan dengan penjual minyak wangi, tempias wanginya pasti terkena kita. Berkawan dengan bijak pandai, semoga kepandaiannya juga menjadi pendorong kita menjadi lebih berilmu. Walaupun ianya seorang artis. 😙
That halal gap. Haha |
Versi Kak Fisha lagi jauh. Haha. |
Oleh kerana cerita artis, tahniah kepada Fattzura. Minat Fazura sejak Gol dan Gincu lagi. Tak minat Fattah, tapi percaya dia seorang yang hebat dan baik. Semoga berbahagia sampai ke syurga. Doa laju-laju untuk dapat jodoh yang masing-masing akan menjadi lebih baik bila bersama. Allahuma Amin. InsyaAllah.
Menaip blog semasa dalam perjalanan ke Port Dickson untuk Hari Keluarga Haji Bujang. 😊😊
Love..
Friday, November 24, 2017
Kisah Steve
Saya sedang berbincang dengan Ai Tee untuk Final Wai Fong yang akhirnya berjaya diterjemahkan ke dalam kertas kerja. Yeay. Alhamdulillah. Kemudian, Steve datang untuk bertanya sesuatu kepada Ai Tee.
Steve : Don't go anywhere (merujuk kepada saya). It's a two seconds question.
*sambil bertanya soalan kepada Ai Tee*
Saya : One, two. *mengira dengan laju*
Steve memandang saya sambil tersenyum nipis.
Steve : You should count, one... two... (mengira dengan perlahan)
Saya mengangguk, senyum dan memandang ke Nic. Kemudian Steve meneruskan perbincangan bersama Ai Tee.
Chill mate! (Dia biasa memanggil orang dengan gelaran ini). It's Friday. Haha.
Hujung minggu ni jadi bridesmaids untuk nad. Tolong doakan untuk saya, Lyza dan Miera juga bertemu jodoh dalam masa terdekat. Nak cuti 3 bulan. Hehe.
p/s : update blog masa tunggu Cikgu Nafisah balik dari Sarawak. Cuti sekolah dah bermula. :)
Fine dining sub-con belanja semalam |
Melawa bila hujung minggu pergi pejabat |
Ini juga |
Monday, November 20, 2017
Insentif
Walaupun pending banyak post untuk ditulis, tetapi saya meneruskan dengan yang ini dahulu. Tak lain dan tak bukan, hanya untuk ingatan saya yang sering lupa ini. Minggu lepas, kami mendapat imbuhan (incentive) di atas keberjayaan menyiapkaan MRT Line 1 - Sungai Buloh Kajang. Ini kalau management search, boleh terus jumpa entri ni. Terus saya dapat notis 24 jam. Haha. Lantaklah.
Sebelum mendapat surat, Construction Manager saya telah memberikan harapan kepada saya menyatakan paling sedikit akan mendapat 1.5 bulan dan paling banyak akan mendapat 3 bulan melihat kepada di mana kamu ditempatkan. Jika di site, mungkin 3 bulan kerana kerja lebih banyak, jika di pejabat, kemungkinan 1.5 bulan. Ikutlah. Tapi, pergh, perasaan gembiranya masa tu. Sebenarnya, tiada perancangan pun mahu membuat apa dengan duit itu, cuma jumlahnya memang menggembirakan jiwa raga jika dapat. Malangnya, apabila menerima surat, tidak seperti yang diharapkan. Kecewa saya. Tidak sampai sebulan juga.
Jika dulu, saya hanya bersyukur mendapat apapun jumlahnya. Tetapi sekarang, saya sedang mengexplore rasa-rasa baru. Membuat sesuatu yang saya suka. Mencuba menggunakan kepala lebih sedikit. Maka, saya mula memikir-mikir mahu mencari kerja lain kerana management kali ini agak kedekut. Haha. Ditambah pula sudah hampir sepuluh tahun di sini. Sudah sampai masanya untuk saya mengeluarkan diri dari comfort zone yang tak berapa nak comfort ini.
Pucuk dicita, Anuar, engineer lama saya semasa di Pasar Seni, menghantar pesanan kepada saya. Mahu mengajak memasuki team baru yang akan dibentuk untuk satu company yang agak terkenal. Tetapi, saya tidak tahu. Haha. Al-maklumlah, tidak membaca The Edge. Hanya Malaysiakini sahaja. Apabila saya menceritakan kepada rakan saya, semua tahu syarikat itu besar dan stabil. Saya pula, apabila Anuar mengajak, eksaited kerana mahu berpindah tempat kerja sahaja. Tidaklah tahu mengenai latar-belakang syarikat itu. Saya sebenarnya mahu ke Australia. Perancangan untuk tinggal bersama Ili supaya dapat mengurangkan sedikit perasaan risau ibubapa Ili apabila Ili di sana.
Ayah kata, "Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." Maka, saya menghantar resume saya kepada Anuar. Masih tiada panggilan setakat ini. Ini akan jadi interview kerja saya yang kedua sepanjang 10 tahun bekerja. Doakan saya semoga urusan dipermudahkan walau apapun yang saya buat. Jazakallah. Saya juga mendoakan yang sama kepada anda semua.
Saya baru mahu mengambil tanggungjawab menentukan hidup sendiri setelah selama ini Alhamdulillah Allah dorongkan perjalanan hidup saya mudah sahaja dari segi pelajaran dan kerjaya. Semua berjalan tanpa saya perlu memikirkan dengan begitu bersusah-payah. Mungkin kerana, saya dahulu mudah mendengar kata orang. Kawan Achik kata ambil QS kerana matematik saya kuat, saya pun apply sahaja. Kerjaya pula, Miera mengajak saya menemaninya pergi interview semasa semester terakhir di UiTM, dan saya pun meneman sahaja. Masing-masing dapat. Semuanya dupermudahkan. Sehingga duit bonus saya juga ditentukan oleh Kak Long saya untuk membeli rumah. Selagi saya okay, saya okay sahaja. Senang dan tenang saya dahulu.
Masuk Southgate, macam-macam belajar dan masih belajar. Saya memang menjadi orang yang baru. Yang lebih baik saya doakan. Walaupun nampak semakin jahat. Haha. My life start at 32. Kelakar rasanya. Hehe. Tapi, ia adalah sesuatu yang menarik. Saya akan dapat membuat banyak kerja sebenarnya jika saya merancang. Ianya sukar. Saya banyak bergaduh dengan orang untuk menjadi itu. Tetapi, saya perlu jujur dengan rasa saya sekarang. Semua benda, InsyaAllah ada penyelesaiannya. Ini saya belajar dari Ai Tee. Saya belajar dari Ai Tee juga untuk tidak mengapa membuat salah, janji belajar darinya. Alhamdulillah dengan kehadiran Ai Tee dan Mr. Lim dalam kehidupan tiga tahun di sini. Ada potensi-potensi dalam badan saya yang masih boleh digali. Untuk kegunaan saya dan orang lain. Saya sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa tunjukkan kita semua jalan yang diredhaiNya.
Masuk Southgate, macam-macam belajar dan masih belajar. Saya memang menjadi orang yang baru. Yang lebih baik saya doakan. Walaupun nampak semakin jahat. Haha. My life start at 32. Kelakar rasanya. Hehe. Tapi, ia adalah sesuatu yang menarik. Saya akan dapat membuat banyak kerja sebenarnya jika saya merancang. Ianya sukar. Saya banyak bergaduh dengan orang untuk menjadi itu. Tetapi, saya perlu jujur dengan rasa saya sekarang. Semua benda, InsyaAllah ada penyelesaiannya. Ini saya belajar dari Ai Tee. Saya belajar dari Ai Tee juga untuk tidak mengapa membuat salah, janji belajar darinya. Alhamdulillah dengan kehadiran Ai Tee dan Mr. Lim dalam kehidupan tiga tahun di sini. Ada potensi-potensi dalam badan saya yang masih boleh digali. Untuk kegunaan saya dan orang lain. Saya sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa tunjukkan kita semua jalan yang diredhaiNya.
Saya sedikit cemburu sebenarnya dengan budak-budak muda yang hebat seperti Musa Nuwayri, Muhammad (Presiden Muslim Volunteer Malaysia), Ainie Haziqa dan Fatiha Shuib. Tetapi, lain orang, lain perjalanan hidupnya. Kita cuba sahaja apa yang kita rasa akan memberi kebaikan kepada ramai di dalam kapasiti kita. Hidup ini tidak lama dan bukan untuk kita sahaja. Tetapi tidak salah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jika mereka-mereka dapat masuk syurga dengan semua kebaikan/kesusahan yang mereka buat untuk membantu orang lain, adakah saya boleh masuk syurga dengan hanya bersyukur dengan apa yang saya buat selama ini sahaja? Pasti ada lebih yang saya boleh lakukan. Kerana Syurga Bukan Percuma.
Baru lepas order |
Birthday Mimi sekali |
Saya suka candid |
Ai Tee belanja sebab dia dapat banyak insentif |
Love..
Tuesday, November 14, 2017
Cuti-cuti di Cameron Highlands
Antara azam saya pada tahun ini ialah membawa emak ke Cameron Highlands. Saya tulis di sini. Emak dah lama teringin ke sini. Kali terakhir mungkin bersama usrah ketika saya kecil dahulu. Kami berkira-kira mahu ke Cameron atau Pulau Pangkor setelah pulang dari Pendang, akhirnya memilih Cameron sebagai tempat halatuju selepas bertunang. Oleh kerana hari Rabunya merupakan Deepavali, maka kami semua adik-beradik mengambil cuti kecuali Aminah. Jarang kami dapat bercuti bersama-sama ni. Biasanya mengikut Hari Keluarga Othman atau Hari Keluarga Bujang sahaja. Belum pernah lagi kami membuat Hari Keluarga Zainal. Mungkin selepas ini, kita boleh buat lagi macam ni sayang.
Selepas balik dari Pekan Rabu dan bersolat Zuhur, kami memulakan perjalanan ke Cameron pula. Perjalanan yang memakan masa hampir tujuh jam lagi. Kami menaiki dari Simpang Pulai, tidak berliku sangat cuma malam menyukarkan kerana tiada lampu jalan. Pengalaman betul untuk Kak Mi memandu malam menaiki Cameron kerana dia membawa kereta Kak Cik. Sesampai di Homestay sudah jam 9 malam. Sebelum menaiki Cameron tadi, kami telah membeli nasi goreng untuk makan malam, maka kami melantak itu sahaja. Mungkin kerana malam, kesejukannya memang terasa.
Esoknya, tiada perancangan. Haha. Bermalas-malasan sahaja di homestay sambil menonton bolalah, hokilah. Dah bosan, selepas itu baru kami merancang untuk ke Lavender, tetapi oleh kerana kesesakan lalu-lintas kami terpaksa menukar plan, ke dan kemudian ke Taman Agro Al-Mashoor dan kemudia ke MARDI Agrotechnology Park yang hanya lima minit dari Homestay kami. Bayaran masuk RM5 dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Memang sesuai berjalan di situ. Semua ada.
Shopping |
Kudap-kudap |
Yang ini di MARDI Agrotechnology Park.
Bajet ayu |
Ayu ke? |
Keesokannya, kami berpecah. Selepas bersarapan, dua kereta mahu menaiki ATV dan lagi dua ke ladang teh. Setelah penat Akmal membuat kerja malam semalam untuk membiayainya duit ATV sebanyak RM60, akhirnya Acik Oya belanja. Untunglah korang yer dapat Nek Cik yang kaya dan pemurah. Terima kasih Angah dan Busu Wan melayan anak buah kami dan kami juga.
Sarapan Acik belanja |
Team ATV |
Team taknak ATV |
Suka |
Sangat |
Laluan kami |
Akmal |
Rempit |
Berjaya |
Selepas balik dari ATV, Acik dah masak maggi sebelum kami keluar dan pulang semula ke Selangor. Percutian yang bermakna. Bukankah tidak berada di pejabat ketika hari bekerja sudah gembira. Apatah lagi bila bersama keluarga. Selepas ini jika mahu merancang bekeluarga yang membawa nenek, kita memerlukan tentatif ya adik-adik. Jika kita-kita sahaja, boleh sahaja bermalas-malas. Tetapi sayang rasanya jika dibazirkan begitu.
Dalam perjalanan pulang, selepas berperang dengan Akmal yang sentiasa mahu mendahului dari yang lain, menyanyii lagu Tajul duet dengan Wany Hasrita, dia tidur, kemudian bangun dan kami berborak. Tanya dia soalan, dia nak pergi mana dalam dunia, dia kata dia nak pergi Paris. Yang ada menara tu. Amboi, Eiffel Tower gitu. Lepas tu tanya adik, dia nak pergi mana, adik kata dia nak pergi Korea Selatan. Tanya emak pula, emak nak pergi Acheh. Jadi, lepas ni semoga dapat bawa emak pergi Acheh pula. Lepas tu, balik kampung masa tu, borak-borak dengan Acik Oya, emak kata pergilah melancong lepas dah pencen nanti naik kapal. Hehe.
Emak dah nak berjalan. Bilalah aku boleh cuti tanpa rasa bersalah dan bawa emak jalan-jalan. Jangan risau, emak banyak duit nak bayar sendiri, cuma nak kena ada orang bawa sahaja. Hehe. Mak doalah orang dapat kerja Australia, nanti orang bawa emak dengan ayah pergi sana ya. :)
Gambar full dekat kamera kak cik |
Nak balik sudah |
Emak dah nak berjalan. Bilalah aku boleh cuti tanpa rasa bersalah dan bawa emak jalan-jalan. Jangan risau, emak banyak duit nak bayar sendiri, cuma nak kena ada orang bawa sahaja. Hehe. Mak doalah orang dapat kerja Australia, nanti orang bawa emak dengan ayah pergi sana ya. :)
Love..