Monday, November 20, 2017

Insentif

Walaupun pending banyak post untuk ditulis, tetapi saya meneruskan dengan yang ini dahulu. Tak lain dan tak bukan, hanya untuk ingatan saya yang sering lupa ini. Minggu lepas, kami mendapat imbuhan (incentive) di atas keberjayaan menyiapkaan MRT Line 1 - Sungai Buloh Kajang. Ini kalau management search, boleh terus jumpa entri ni. Terus saya dapat notis 24 jam. Haha. Lantaklah. 

Sebelum mendapat surat, Construction Manager saya telah memberikan harapan kepada saya menyatakan paling sedikit akan mendapat 1.5 bulan dan paling banyak akan mendapat 3 bulan melihat kepada di mana kamu ditempatkan. Jika di site, mungkin 3 bulan kerana kerja lebih banyak, jika di pejabat, kemungkinan 1.5 bulan. Ikutlah. Tapi, pergh, perasaan gembiranya masa tu. Sebenarnya, tiada perancangan pun mahu membuat apa dengan duit itu, cuma jumlahnya memang menggembirakan jiwa raga jika dapat. Malangnya, apabila menerima surat, tidak seperti yang diharapkan. Kecewa saya. Tidak sampai sebulan juga. 

Jika dulu, saya hanya bersyukur mendapat apapun jumlahnya. Tetapi sekarang, saya sedang mengexplore rasa-rasa baru. Membuat sesuatu yang saya suka. Mencuba menggunakan kepala lebih sedikit. Maka, saya mula memikir-mikir mahu mencari kerja lain kerana management kali ini agak kedekut. Haha. Ditambah pula sudah hampir sepuluh tahun di sini. Sudah sampai masanya untuk saya mengeluarkan diri dari comfort zone yang tak berapa nak comfort ini.

Pucuk dicita, Anuar, engineer lama saya semasa di Pasar Seni, menghantar pesanan kepada saya. Mahu mengajak memasuki team baru yang akan dibentuk untuk satu company yang agak terkenal. Tetapi, saya tidak tahu. Haha. Al-maklumlah, tidak membaca The Edge. Hanya Malaysiakini sahaja. Apabila saya menceritakan kepada rakan saya, semua tahu syarikat itu besar dan stabil. Saya pula, apabila Anuar mengajak, eksaited kerana mahu berpindah tempat kerja sahaja. Tidaklah tahu mengenai latar-belakang syarikat itu. Saya sebenarnya mahu ke Australia. Perancangan untuk tinggal bersama Ili supaya dapat mengurangkan sedikit perasaan risau ibubapa Ili apabila Ili di sana. 

Ayah kata, "Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran." Maka, saya menghantar resume saya kepada Anuar. Masih tiada panggilan setakat ini. Ini akan jadi interview kerja saya yang kedua sepanjang 10 tahun bekerja. Doakan saya semoga urusan dipermudahkan walau apapun yang saya buat. Jazakallah. Saya juga mendoakan yang sama kepada anda semua.

Saya baru mahu mengambil tanggungjawab menentukan hidup sendiri setelah selama ini Alhamdulillah Allah dorongkan perjalanan hidup saya mudah sahaja dari segi pelajaran dan kerjaya. Semua berjalan tanpa saya perlu memikirkan dengan begitu bersusah-payah. Mungkin kerana, saya dahulu mudah mendengar kata orang. Kawan Achik kata ambil QS kerana matematik saya kuat, saya pun apply sahaja. Kerjaya pula, Miera mengajak saya menemaninya pergi interview semasa semester terakhir di UiTM, dan saya pun meneman sahaja. Masing-masing dapat. Semuanya dupermudahkan. Sehingga duit bonus saya juga ditentukan oleh Kak Long saya untuk membeli rumah. Selagi saya okay, saya okay sahaja. Senang dan tenang saya dahulu.

Masuk Southgate, macam-macam belajar dan masih belajar. Saya memang menjadi orang yang baru. Yang lebih baik saya doakan. Walaupun nampak semakin jahat. Haha. My life start at 32. Kelakar rasanya. Hehe. Tapi, ia adalah sesuatu yang menarik. Saya akan dapat membuat banyak kerja sebenarnya jika saya merancang. Ianya sukar. Saya banyak bergaduh dengan orang untuk menjadi itu. Tetapi, saya perlu jujur dengan rasa saya sekarang. Semua benda, InsyaAllah ada penyelesaiannya. Ini saya belajar dari Ai Tee. Saya belajar dari Ai Tee juga untuk tidak mengapa membuat salah, janji belajar darinya. Alhamdulillah dengan kehadiran Ai Tee dan Mr. Lim dalam kehidupan tiga tahun di sini. Ada potensi-potensi dalam badan saya yang masih boleh digali. Untuk kegunaan saya dan orang lain. Saya sentiasa berdoa semoga Allah sentiasa tunjukkan kita semua jalan yang diredhaiNya. 

Saya sedikit cemburu sebenarnya dengan budak-budak muda yang hebat seperti Musa Nuwayri, Muhammad (Presiden Muslim Volunteer Malaysia), Ainie Haziqa dan Fatiha Shuib. Tetapi, lain orang, lain perjalanan hidupnya. Kita cuba sahaja apa yang kita rasa akan memberi kebaikan kepada ramai di dalam kapasiti kita. Hidup ini tidak lama dan bukan untuk kita sahaja. Tetapi tidak salah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jika mereka-mereka dapat masuk syurga dengan semua kebaikan/kesusahan yang mereka buat untuk membantu orang lain, adakah saya boleh masuk syurga dengan hanya bersyukur dengan apa yang saya buat selama ini sahaja? Pasti ada lebih yang saya boleh lakukan. Kerana Syurga Bukan Percuma.

Baru lepas order

Birthday Mimi sekali

Saya suka candid

Ai Tee belanja sebab dia dapat banyak insentif
Love..

No comments:

Post a Comment