Thursday, November 9, 2017

Pertunangan Daus

Alhamdulillah. Mak dan ayah saya hampir berjaya mendapat menantu perempuan yang pertama. Majlis bertunang adik lelaki kesayangan saya berjaya dengan lancarnya di Pendang pada 15 Oktober yang lepas. Dapat orang Kedah kau Us ye. Mungkinkah saya perlu keluar dari tempat saya bekerja sekarang untuk berjumpa jodoh saya? Kuang kuang kuang. Hehe.

Untuk pertunangan Daus, saya mengambil cuti Isnin dan Selasa kerana kami akan bercuti ke Cameron Highlands selepas itu. Saya tinggalkan cerita itu di entri lain. Kami bergerak ke Pendang pada hari Sabtu bersama empat buay kereta. Kereta saya, Kak Cik, Kak Long dan Acik Oya yang juga mahu mengikut dan kemudian menyinggah di rumah abang Pakcik di Pulau Pinang. Dua hari sebelumnya, Daus telah mengambil kedua-dua nenek kesayangan kami di kampung. Agak gembira nenek-nenek nak berjalan. Nak tunggu saya yang tak tahu bila, berilah kegembiraan mereka melalui Daus. Gitew. Macam penting je kau kan? 


Inilah skuad kami dari Klang mahu ke Kedah. Terima kasih sayang. :)


Kereta satu

Kereta dua

Kereta tiga
Kereta empat

Terima kasih kepada Nafisah yang membuat hantaran sehari sebelum dan meminjam kawan baiknya dulang hantaran. Nafisah memang terbaik. Kami berjaya bergerak pada pagi Sabtu jam 10.15 pagi. Perancangan awal jam 10 pagi, lewat 15 minit, kira okaylah. Terima kasih emak dan nenek yang memasak untuk makanan kami tengahari nanti kerana perjalanan hampir 7 jam untuk sampai ke Pendang. Oh ya, tayar saya pancit pagi itu. Ayah punya penangan dan tawakal yang tinggi, minta saya pam sahaja dari Klang selagi paku tidak ditanggalkan. Alhamdulillah, sampai kami ke Pendang dengan selamat.


Jauh tampal tayar sampai ke Pendang
Kami berhenti makan tengahari di masjid berdekatan dengan exit Gopeng atas nasihat Pak Lang kerana tempat itu lebih selesa berbanding R&R yang ramai orang. Sampai-sampai memang hampir masuk waktu Zuhur, jadi kami berjemaah Zuhur dan menjama' Asar sebanyak empat rakaat. Ilmu baru bagi saya kerana selama ini kami menjama' qasar. Tetapi kerana Zuhur kami empat rakaat, ayah kata Asar juga perlu empat rakaat. Selepas itu kami makan di situ, makan tengahari ayam sambal kampung dan ayam bandar. Siap ada dua kerana Fahmi tidak makan ayam bandar, jadi masak sekali ayam kampung. Memilih korang ya.







Menyambung perjalanan kami yang berbaki, saya banyak berborak dengan ayah. Saya baru berjumpa (di internet) seorang ustaz dari Indonesia, Kholid Basalamah dan mendengar ceramahnya di telefon bimbit telah berkongsi cerita dengan ayah. Ayah punya ceramah dah naik makam atas lagi. Ustaz Haji Hussien Abd Latif dari Singapura. Nampak tak seantero Asia Tenggara kami dengar? Ayah kata, Ustaz Kholid ni macam Ustaz Asrilah. Terbuka sedikit. Saya menginstall ceramahnya di Play Store dan kadang-kadang mendengarnya di dalam kereta. Mahu mencari Ustaz Asri tiada di Play Store pula. Kami berborak sehingga sampai ke Pendang. Semoga saya diberi kesempatan untuk menjadi driver ayah semasa saya hidup. 

Sampai di Pendang, kami membeli minuman petang dan malam sahaja. Tidak perlu memasak. Masing-masing nak cari bantal je nak meluruskan pinggang. Tujuh jam kot atas kereta. Tetapi, Naziha, Nafisah dan saya sempat ke Aman Sentral untuk mencari memory card sebentar malam itu. Hampir 45 minit perjalanan juga dari Pendang ke Alor Setar. 


Test cermin mata hitam


  
Keesokan harinya, Acik Oya keluar bersama Along ke Ami membeli makanan sarapan. Saya menyambung tidur selepas Subuh. Pandai-pandailah kome menyediakan sarapan. Ada Acik Oya ni memang makanan akan difikirkan dengan tenangnya.

Jam 10 pagi, kami bertolak untuk majlis pertunangan Daus. Hanya 10 minit dari homestay sahaja. Sesampai di perkarangan rumah Aida, tiada khemah. Okay, saya berfikir keluarga-keluarga sahaja yang mereka ajak dan mereka biasa-biasa sahaja. Sesuai dengan kami yang biasa-biasa sahaja ini.  Tiada khemah dan mini pelamin yang memakan kos saya kira. Setelah dijemput ke dalam dan memulakan majlis. Saya kurang pasti butir-butir bicara mereka kerana duduk agak ke tengah rumah. Alih-alih ayah sudah selesai bercakap dan Aida keluar untuk majlis sarung cincin. Kemudian dijemput makan. Memang sempoi dan sangat dimudahkan majlis pertunangan Daus ni. Alhamdulillah. InsyaAllah majlis bulan Mac tahun depan. Ke Pendang kita.



Acik dan hantaran

Aku dah nak jadi tuan rumah nun di hujung sana

Jurucakap - ayah sendiri



Aida. Bakal adik ipar saya


Kesayangan. :)
  
Keluarga. :)

Makan-makan

Matchy-matchy dengan Fisha
  
Hantaran
Gembira
Majlis pertunangan sangat dipermudahkan. Selesai sebelum pukul 12. Sudah siap makan lagi. Selepas pulang dari majlis pertunangan, kami singgah ke Pekan Rabu. Membeli-belah sebentar bersama nenek-nenek. Kami mencari kedai abc untuk melepak-lepak, tetapi tidak jumpa. Maka, baliklah kami ke homestay, solat dan bergerak ke Cameron Highlands. 


Lihat Kak Cik semua.
Trio comel



Angah! 

Okay sampai sini sahaja. Berikan kekuatan dan kerajinan untuk cerita mengenai perjalanan kami ke Cameron Highlands pula.


Makan tengahari sebelum ke Cameron


Terima kasih semua yang mendoakan Daus dan keselamatan perjalanan pergi dan balik kami. InsyaAllah ke Pendang kita bulan Mac tahun depan. Us, semoga tabah dan sabar dalam alam pertunangan. Orang kata, darah manis ni cabarannya lain. Akak sayang awak sangat-sangat. Terima kasih kerana menjadi bae kesayangan akak. Lepas ni kena tukar dah panggil namalah. Nanti ada orang cemburu pula. Hehe. 

Love.

No comments:

Post a Comment