Saturday, August 19, 2017

Emak dan Ayah

Semalam dah taip, lepas tu tertidur. Hehe. Kisah Jumaat semalam.

..............

Tadi pagi telefon emak sebab nak minta izin (baca:beritahu) keluar karoake dengan Lyza Ahad ni. Emak ok sahaja. Lepas tu, borak sekejap, emak memberitahu Along menghantar Asyraf dan Afifah ke sekolah kerana ayah luka di tangan terkena mesin pemotong besi. Kata emak, ayah tidak mahu ke klinik. Dibalut sahaja sendiri. 

Ayah memang kuat. Sakit-sakit ni memang dilawan dan seboleh-boleh tidak mahu menyusahkan orang lain. Setahu saya, ayah jarang ke klinik dan tidak pernah ditahan di hospital. Alhamdulillah untuk itu. Antara doa ayah ialah memohon dijauhi penyakit yang menyusahkan diri untuk beribadat dan dan orang lain. Amin amin Ya Rabb.

Petangnya, saya terus pulang ke Klang. Terima kasih kepada emak memberitahu, jika tidak saya akan duduk di PJ dan pergi kerja pada hari Sabtu. Kerja dan saya. Tak perlu dihuraikan. :(

Sampai di Klang, ayah seperti biasa, tenang sahaja. Saya mahu membawa ke klinik, tetapi ayah tidak mahu. Katanya tidak berdenyut. Oklah ayah. Semoga cepat sembuh. Ayah tidak bekerja dua hari. Berehatlah sebentar dari dunia yang gila ini ayah.




...............

Minggu lepas semasa menemani emak ke klinik gigi, kami berborak mengenai perkahwinan Firdaus yang InsyaAllah akan berlangsung. Tanya saya kepada emak samada mahu membuat kenduri di bahagian kami atau tidak? 

Emak : Mak nak buat, ayah kata tak perlu. Mahu mengajak keluarga belah perempuan ke sini.
Saya : Buat kenduri doa selamat sahajalah. Panggil orang surau dan keluarga kita. Pasang satu khemah. Tak perlu kad semua. Ajak keluarga perempuan datang. 
Emak : Tengoklah macam mana nanti.
Saya : Nak kenduri, nanti sekali dengan orang. Yang tak tahu lagi bila. Hehe. 




..............

I'm at my lowest point of iman and motivation. Must because of the distance with my parents. Oh Allah, please help me to fix this and please grant my parents Jannatulfirdausi. Amin. 

Love..

No comments:

Post a Comment