Sunday, July 9, 2017

The struggle is real

Sudah berpuluh-puluh kali saya mengadu (baca:mengumpat) seseorang dengan adik-adik saya. Geram kerana dia tidak mahu mendengar kata saya. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mengurangkan bercakap mengenai dia kerana tiada apa pun yang berubah. Dia masih lagi seperti itu. Jadi, untuk mengurangkan dosa, saya sudah menerimanya sebegitu. Saya terlupa yang hati ini dipegangNya. Saya hanya perlu menasihatinya sahaja. Tetapi, saya manusia biasa. Saya tidak kuat. Maka saya mengambil pendekatan untuk tidak bercakap dengannya sekarang. 

Baru-baru ini, terjadi satu insiden yang saya terasa amat geram dengan perlakuannya. Sehingga menyebabkan saya terluahkan kepada adik-adik saya kerana geram yang teramat. Selepas bercerita, Kak Cik menegur saya. 

"Sudahlah Kak Ya, kita tak tahu dia punya struggle macammana. Mungkin dia pun cuba nak berubah, tetapi masih tak jumpa jalan". 

Saya tersenyap. Ya. Semua orang ada struggle masing-masing dalam kehidupan. Macam saya, struggle untuk solat awal waktu, tetapi seorang kawan saya yang tidak memakai tudung sangat mudah solat di awal waktu. Pernah juga dia mengajak saya solat dan dia membawa telekung di dalam beg tangannya ketika kami keluar membeli-belah. Saya sendiri tidak membawa telekung ketika berjalan ke shopping mall. 

Tetapi, struggle kawan saya mungkin adalah untuk memakai tudung. Dia juga mesti mahu memakai tudung, cuma belum diberi petunjuk. Tetapi untuk saya, pemakaian tudung sudah tidak menjadi masalah.

Lain orang lain rintangan yang perlu mereka hadapi. Kita hanya perlu memandang mereka dengan kasih sayang. Saya doakan dia dan saya dan kita semua berjaya dalam struggle masing-masing.

Doa semoga Allah sentiasa memberikan pertolongan dan membantu kita membuat keputusan di dunia ini dan janganlah Allah membiarkan kita membuat keputusan sendiri walau hanya sekelip mata. Allahlah sebaik-baik pembuat keputusan. 




Love..

No comments:

Post a Comment