Wednesday, December 21, 2016

Muiz Kahwin & Mini Family Day

Hujung minggu bulan Disember memang penuh untuk saya. Saya mengakhiri hujung November dengan bercuti bersama emak, ayah dan nenek Rammelah ke Miri. Melawat Cikgu Nafisah. Semoga diberi kekuatan untuk menulis mengenai itu juga. Hehe.

Tetapi kali ini, post ini ditujukan untuk minggu lepas yang pack dan menggembirakan. Hari Sabtu saya mulai dengan menghadiri kursus di Kota Kemuning. Penceramahnya Vicky seorang engineer dari Cohcrane yang saya kenal semasa berkursus di Southgate. Rasanya budak lagi dia ni, tetapi sudah menjadi penceramah. Teringat kata Faezah dulu, Vicky antara engineer yang mudah memberikan kerjasama dan cepat respon jika meminta sesuatu. Pastilah tahu dari mana datang kenapa dia berada di situ. Saya kira, ada benda yang saya perlu belajar supaya tidak berada ditakuk lama sahaja sepanjang kerjaya saya. Okay, cukup setakat itu, mari kita ke acara seterusnya. 

Pulang dari Kota Kemuning, saya mengambil ayah dan emak untuk ke Bangi pula. Menghadiri majlis pernikahan Muiz dan berjumpa keluarga Othman di sana. Adik-beradik saya telah pergi dahulu. Tinggal saya dan emak ayah sahaja. Sesampai di sana, di dalam rumah sudah penuh. Maka, kami duduk di luar sahaja. Dengan sekali lafaz, Muiz selamat bergelar suami. Selamat datang ke Keluarga Haji Othman Sharifah Amirah.









Orang dah dapat Kak Long




Selesai majlis pernikahan, kami ke homestay yang disewa Moksu dan Acik Oya. Bersama keluarga sebelah ayah pula. Malamnya, kami ke Putrajaya, Rombongan Moksu mahu menaiki beca. Semasa on the way kami ke Putrajaya, Cik Jamaliah menelefon saya. Mahu mengkhabarkan berita gembira. Alhamdulillah. Gembira saya. Benarlah jodoh ini rahsia di antara rahsia Allah. InsyaAllah nanti orang datang Cik Jamaliah. Gembira-gembira. Malam ini juga, teman baik saya Faezah bertunang. Tetapi dihadiri oleh saudara-maranya sahaja. Ah, terlalu banyak berita gembira yang mahu dirasai. Syukur hanya padaMu ya Allah.

Ke Broga mereka. Saya ke majlis pernikahan Muiz

Malam-malam di Putrajaya




Sesampai kami ke Putrajaya, beca sudah penuh orang beratur bagi nama nak naik. Jadi, Moksu mencadangkan kami bermain belon untuk tidak menghampakan budak-budak yang mengikut kami. Termasuk makcik pakcik budak-budak juga. Hehe. Selesai bermain belon, kami pulang. Malam itu, waze telah mengwaste our time kerana membawa kami sesat hampir dua jam perjalanan pulang. Pengalaman betul.


Pada Ahadnya, kami semua check out. Emak dan ayah tinggal di homestay yang kak long saya sewa, 15 minit dari homestay yang disewa Moksu. Saya, Nisa, adik dan Safwan menaiki satu kereta ke majlis meraikan pengantin untuk Muiz. Berjumpa keluarga sebelah emak pula.

Hujung minggu yang penuh. Termasuk minggu lepas. Nikmat keluarga ini, semoga menambah amal saya menjadi lebih baik.

Love..

No comments:

Post a Comment