Friday, November 25, 2016

BERSIH 5

Lama dah tak berblog. Rindu. Dalam kepenatan baru pulang kerja, saya gigihkan menaip kenangan hujung minggu lepas. Menyertai Bersih 5. Pagi Sabtu, 19hb November 2016, sepatutnya saya ke kelas anjuran pejabat di Kota Kemuning. Tetapi, saya memilih untuk ke Kota Raya, berpesta. Bersih 5 umpama pesta untuk rakyat di bandaraya. Ikut sukalah berjalan-jalan kerana semua laluan masuk ke KL ditutup. Berbanding Bersih 1 hingga ke 3, kami masih dikejar FRU dahulu. Saya mempunyai pengalaman melarikan diri dari gas pemedih mata. Bermula Bersih 4, suasana agak tenang. Provokasi juga kami sudah pandai kawal. Semua turun ke jalan untuk satu matlamat, menunjukkan sikap bahawa kami menuntut 5 tuntutan seperti di gambar.








Pada hari Isnin, kawan saya bertanya kenapa join Bersih5. Dia melihat ramai yang datang cuma bergambar sahaja. Tak nampak apa-apa perubahan pun. Teringat kata-kata Tony Pua di dalam satu siri jelajah Bersih yang lalu, anak muda ini memang sukakan sesuatu yang segera. Mahu membuat sesuatu dan terus mahu melihat keputusannya. Termasuk makanan juga mahu segera. Tetapi, tidak mengapa. Sebab itu sedikit tanggungjawab kita yang celik politik menceritakan apa yang berlaku. Memberi awareness untuk orang yang kita mampu capai. Menunjukkan kepada pemimpin yang kita mahukan pilihanraya yang bersih, kebebasan bersuara dan yang lain juga. Perjuangan ini benda yang tiada penghujung. Perjuangan akan disambung-sambung oleh orang lain. Perjuangan melawan diri sendiri juga perjuangan. Perjuangan menjadi baik dan semakin baik setiap hari. Semoga kita semua berjaya.

 #post yang entah apa-apa sebab ngantuk,tapi dah rindu nak baca blog sendiri.

 Love..

No comments:

Post a Comment