Tuesday, September 6, 2016

Make A Wish

Baru-baru ini saya digemparkan dengan kes saman Ustaz Kazim Elias kepada Wardina dan Syed Azmi mengenai sekolah Maahad Tahfiz yang dipercayai telah terjadinya kes cabul di kalangan pelajar. Wardina dan Syed Azmi antara dua orang yang apabila saya membuka facebook, saya akan scroll post mereka (kerana mereka tidak aktif di twitter mahupun instagram). Tetapi, Syed Azmi saya semenjak beliau membangkitkan isu realiti kes pedofilia Ramadhan lalu, saya telah berhenti membaca post-post beliau kerana tidak dapat menghadam semua cerita yang dipostnya. Sedih sangat. Untuk budak kecil itu, dan sakit sangat untuk budak yang mengalaminya. Sehinggalah baru-baru ini kes saman, baru saya membuka semula post di facebook mereka. Semoga Allah tunjukkan kebenaran dan bersama-sama kita berdoa kita terhindar dari perbuatan terkutuk ini. Semoga kita bersama-sama dapat meningkatkan kesedaran dan bersama-sama menentang gejala yang tidak sihat ini. 

Kak Fareen pernah bercerita kepada saya mengenai kes yang pernah dihandlenya melibatkan seorang ustaz yang meliwat anak muridnya yang berumur 10 tahun jika tak silap saya. Anak muridnya datang belajar ketika hari cuti sekolah di rumah ustaz terbabit dan telah diliwat oleh ustaznya. Laporan doktor menunjukkan ada terdapat kesan luka pada kemaluah budak lelaki tersebut. Ketika hari pembicaraan, ustaz (tertuduh) telah memulakan pembelaan di kandang tertuduh dengan menyebut Bismillahirahmanirahim. Sakitnya hati saya mendengar. Kak Fareen kata, dia yang melihatnya lagi bertambah geram. Mempergunakan agama sungguh. Ustaz tersebut dijatuhkan hukuman 8 tahun penjara dan 4 kali sebatan. Yang ustaz ini sudah lepaslah dengan hukuman, cuma mangsa yang masih kecil lagi ini. Mesti akan menjadi trauma selepas kejadian terbabit. Saya mendoakan keselamatan kepada keluarga mangsa dan semoga adik serta ahli keluarganya dilimpahi rahmat Allah selalu. Sungguh kejam dunia ini. Semoga syurga buat kamu kelak.



Saya tidak tahu semenjak bila saya mula skeptical kepada orang-orang yang bergelar ustaz ini. Teringat saya apabila kawan saya bertanya ciri-ciri lelaki yang saya mahu, awal saya memberitahu bukan ustaz. Sehingga ada seorang kawan kami pelik dan bertanya, Nadiah ni bukan sepatutnya mahu ustaz ke? Mungkin melihat gaya saya yang seperti ustazah sahaja pergi kerja (memakai baju kurung, walhal malas nak fikir baju lain). Hehe. Mungkin bertanggungjawab dan berakhlak sudah mencukupi untuk saya. Sebab saya juga bukan ustazah yang nak beria ustaz ni. Saya nak seseorang yang boleh menjadikan saya hamba Allah lebih baik sahaja sudah cukup dan dia juga menjadi hamba Allah yang lebih baik setiap hari. Sehingga penghujung dunia dan di akhirat sana. Gitew. :)

Baju kurung ni kurang sesuai kerja di Construction Industry. Hehe.


Ada sekali malam sebelum kes ini, saya meneman Naziha dan kawannya menonton teater yang bertajuk Make A Wish di Revolution Stage Petaling Jaya. Di dalam cerita ini, dipaparkan kisah tiga krisis yang terjadi di dalam manusia. Kisah seorang budak yang selalu didera oleh ayahnya dan membenci ayahnya yang menyebabkan emaknya yang tersayang dihalau dari rumah dan dia dijadikan tempat meminta duit oleh ayahnya. Apabila dia membesar dia membalas dendam kepada ayahnya dengan mendera ayahnya semuala. Kisah kedua adalah kisah budak lelaki yang mahu belajar kerana harus menghadapi peperiksaan, tetapi bermacam-macam halangan yang terpaksa dihadapi seperti sosial media, mengantuk dan bosan. Agak lawak juga.

Pelakon lelaki-lelaki dan pengarah wanita. Hebat.



Kisah ketiga merupakan kisah seorang lelaki yang menyukai kaum sejenis dan apabila ayahnya sakit apabila mengetahuinya, beliau berubah dan memasuki sekolah pondok sehingga boleh menjadi imam dan membaca Al-Quran dengan lancar. Malangnya, Ustaz di situ telah mengajaknya melakukan perbuatan terkutuk bersamanya menyebabkannya kembali melakukan perbuatan yang mahu dielakkan dahulu. Kisah berakhir dengan masing-masing memegang lilin dan menyatakan cita-cita mereka. Persembahan teater yang simple tetapi penuh dengan mesej.

Apabila pulang, Miera dan saya berborak. Miera bertanya kepada saya, ada ke kes Ustaz tu? Saya mengiyakan. Tetapi mungkin tidak berada di ruang lingkup kami menyebabkan kami kurang mengetahuinya. Cerita yang ditulis itu, pastinya ada kisah yang terjadi sehingga mereka pentaskan begitu. Kisah Wardina ini mengingatkan saya semula kepada teater itu. Baru-baru ini juga, saya menonton satu cerita pendek Indonesia mengenai kesan selepas dirogol. Kesannya menghantui sepanjang hidup mangsa walaupun berjaya hidup semula selepas kejadian, tetapi sering mengalami mimpi mengenai kejadian itu. Menyelami perasaannya, sungguh takut saya dan minta dijauhkan dari semua orang. Cerita bertajuk Sapu Tangan Fang Yin ini memang mengesankan saya.

Kes-kes seperti ini mengingatkan saya untuk selalu bersyukur dengan nikmat keluarga yang Allah kurniakan kepada saya. Ruang lingkup yang sentiasa memelihara dan menjauhkan saya dari terjebak dengan benda-benda yang tidak mendatangkan manfaat malah merosakkan saya. Di sampig tidak menyangka buruk dengan orang yang terjebak dalam aktiviti terbabit kerana mungkin persekitaran dan keadaan menyebabkan beliau terjebak. Seperti cerita Pek4k yang saya tonton bersama Naziha. Persekitaran menyebabkan kamu terpaksa/terjebak melakukan sesuatu perkara. Ah, sudah panjang entri ini. Saya sudah tidak tahu mahu berakhirnya bagaimana.




Kebiasaannya, saya selalu berdoa apabila menonton wayang/teater/membuat sesuatu,  agar perkara itu menjadikan saya hamba Allah yang lebih baik. Setiap kali itu juga, selepas perkara itu, saya pasti terfikir apa yang saya dapat lakukan? Begitu banyak kerosakan yang terjadi di muka bumi ini. Saya patut lakukan sesuatu. Tetapi, malangnya saya akan menjalani kehidupan seperti biasa. Allah, maafkan hambaMu yang lemah ini. Saya pernah terbaca di mana saya sudah lupa, "Sebenarnya, masa yang kita ada tidak cukup untuk benda yang perlu kita lakukan". Tetapi, saya sering terpedaya dengan masa senang itu. InsyaAllah, bersangka-baik dengan Allah sahabat. Jangan berhenti meminta kebaikan daripada Allah kepada kita dan orang sekeliling kita. Allah suka hambaNya yang meminta-minta kepada Maha Pencipta lagi Maha Mengasihani.
   
Love..

No comments:

Post a Comment