Saturday, June 11, 2016

Ramadhan 05 - 2016

Antara benda yang saya azam untuk ramadhan kali ini adalah tidak mendengar hiburan di dalam kereta. Saya akan memasang ceramah agama atau ayat Al-Quran atau Mathurat sambil memandu ke atau pulang dari pejabat. 

Pernah sekali, semasa mahu pulang dari pejabat, waktu-waktu sebegitu biasanya terdapat ceramah agama di radio muzik. Dalam mahu mencari siaran, terkeluar lagu yang saya suka. Ikut hati, mahu bernyanyi bersama. Tetapi, saya nekad menukar siaran dan memujuk hati boleh dengar lagu ini lagi selepas ramadhan. 

Alhamdulillah, setakat hari ke-lima masih berjaya. Semoga saya berjaya mengekalkannya sehingga selepas ramadhan juga. Antara matlamat Ramadhan saya kali ini. Lagi pula sekarang banyak ceramaha agama yang kita boleh dengar dari Muslim Central.  

Selain itu, amal yang saya belajar dari ayah adalah memegang tasbih ketika memandu. Ayah, semasa memandu pulang dari kampung, tasbih akan sentiasa di tangannya. Ayah, bawa manual kot. Pun boleh pegang tasbih. Saya yang auto ni. Lagi-lagilah kidal. InsyaAllah, tangan kiri kuat sahaja menjaga stereng kereta. Bukan selalu berzikir semasa memandu, kadang-kadang terleka juga. Tetapi, oleh sebab tasbih di tangan, dia macam mengingatkan untuk berzikir. Subconcious mind gitu. 

Pernah beberapa kali saya seperti mahu kemalangan semasa pemanduan, tetapi Alhamdulillah Allah selamatkan. Sedikit sebanyak, saya rasa ia disebabkan amal saya yang sedikit ini. 


Tasbih nenek Sa'abah yang saya ambil dari kampung. Talinya pendek, jadi tak jauh untuk kita mengira kuantiti seterusnya. 


Balik Klang petang tadi dan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas adalah normal. Mujur ada rumah sewa di PJ. Hehe. 

Selamat berpuasa semua. Carilah azam-azam kecil yang kita boleh lakukan di bulan Ramadhan ini, dan cuba membuatnya secara istiqamah. Bulan yang penuh barakah ini, marilah kita mengumpul pahala sebanyak-banyaknya InsyaAllah Allahuma Amin.

Love..

No comments:

Post a Comment