Saturday, May 14, 2016

Makan malam bersama sub-con orang

Sedang saya membuat kerja di dalam bilik mesyuarat (sebulan ini akan masuk di dalam ICU untuk menyiapkan semua kerja. Seperti biasa, mohon diberi kekuatan), Bunyi pesanan ringkas masuk ke dalam telefon saya. Saya melihat penghantarnya. Khairul Azhar.

Kerul : Malam esok free? 7pm NU Sentral Tony Roma's
Saya : Kau salah hantar kan? (Punyalah perasan yang dia nak hantar ke orang lain, tetapi terhantar ke saya, sampai terus menjawab sebegitu tanfa berfikir panjang.)
Kerul : Sub-con ajak makan. Aku pun nak ajak kawan-kawan aku yang bujang makan sekali.
Saya : Faezah dengan Nina ikut ke? 
Kerul : Diorang ok. Mimi pun ok. Aku ajak Yan dengan Tan Yik Ping juga.
Saya : Ok.


Memang saya tidak balik Klang malam Jumaat itu kerana mahu menghantar kereta ke pusat servis berdekatan dengan rumah sewa. Timing belt menjerit untuk meminta tukar. Sudah 86,000 kilometre, sebelum apa-apa terjadi, marilah kita tukar. Alhamdulillah duit lebihan income tax baru masuk bulan lepas. Maka. ke situlah kamu akan diletakkan. Hehe.

Semasa Kerul menghantar pesanan itu, saya di dalam bilik meeting bersama Steven dan Afy yang membantu membuat measurement untuk Stesen Pasar Seni. Saya mengoffer Steven dan Afy untuk ikut bersama. Steven bersetuju. Afy mahu pulang ke kampungnya di Perlis. Jika tidak, mungkin sudah diangkut sekali. Selamba angkut orang lain walhal bukan sub-con sendiri yang ajak makan. Nasiblah Kerul ada kawan yang bantai redah sahaja pantang ada peluang. Kerul kata ok juga. Maka, malam tadi kami berjaya makan malam dibelanja sub-contractor IV2. Semangat MRT di situ. Haha.

Bersiap untuk ke NU Sentral
Sebelum datang makanan
Selepas habis makanan

Terima kasih Mr. X dari OTA Tunnel Squad Sdn. Bhd. (memang datang makan sahaja tanpa berkenalan. Cis sungguh. Selepas ini kena belajar lebih beramah-mesra dengan sub-con yang dah belanja kamu semua makan ya. Sedikit ralat kerana tidak berborak cuma menikmati makanan sahaja) Terima kasih juga Kerul sebab ajak. Aku doakan kau cepat-cepat naik pangkat. Kredibiliti tu dah terserlah.

Love..

No comments:

Post a Comment