Thursday, April 14, 2016

Pembedahan Katarak Emak

Malam tadi saya menemani emak di hospital kerana esok emak akan menjalani pembedahan membuang katarak esok. Emak perlu dimasukkan ke hospital dahulu kerana mempunyai rekod darah tinggi. Jika anda seorang yang kuat dan rekod kesihatan yang ok, peratus untuk dimasukkan ke hospital lebih kecil. Anda boleh sahaja datang pagi ke hospital, daftar, operate dan pulang tengahari itu juga. Emak juga meminta dibius seluruh badan, berbanding makcik di sebelah katil emak yang hanya mahu dibius di bahagian mata sahaja. Lain orang, lain ketahanan terhadap kesakitan itu.

Saya datang malam itu selepas waktu kerja. Along telah menyelesaikan semua urusan pembelian kanta emak dan pendaftaran emak pagi itu. Selepas berborak sedikit lebih kurang dengan emak, kami pun mahu tidur. Emak sudah melelapkan mata, tetapi melihat anak matanya yang bergerak-gerak, saya tahu emak masih belum tidur. Emak memang kadang-kadang susah mahu tidur jika di rumah. Apatah lagi saya kira ketika di hospital dan esok akan menjalani pembedahan. Pasti banyak yang emak fikirkan.
Peneman tidur

Saya meletakkan tangan saya di bahu emak. Anak mata emak mulai tenang. Saya ingat dahulu ketika saya bersekolah di kampung, jika terdapat kematian saya akan tidur bersama Along atau nenek malamnya. Saya akan meletakkan tangan saya samada di bahu atau di atas tangan mereka semasa tidur. Cukup dengan sentuhan sahaja. Kerana merasa ada seseorang bersama akan mengurangkan ketakutan saya. Benda itu berjaya saya kira kepada saya. Jadi, saya aplikasi kepada emak.

Oleh kerana emak dan saya jarang berinteraksi melalui sentuhan, saya janggal melakukan itu. Kesian mak saya dan lagi kasihan diri sendiri. Saya perlu kerap memegang emak saya sekarang sementara masih berkesempatan.

Emak sudah tidur. Oleh kerana tangan saya sejuk meletakkannya di bahu mak, saya masukkan tangan ke dalam selimut dan memegang tangan emak. Kemudian menyambung tidur. Saya terjaga kerana membetulkan posisi tidur di kerusi. Emak berdengkur. Alhamdulillah sangat. Emak dapat tidur dengan lena.

Esoknya, selepas subuh emak bersiap-siap dengan baju yang diberikan. Perlu membuka semua emas dan gigi besi jika ada. Pakaian dalam juga tidak boleh dipakai ketika melakukan pembedahan. Darah tinggi emak masih di bawah paras tinggi ketika nurse mengambil bacaan pagi itu. 147 dan 81. Nombor giliran emak adalah yang ketiga. Dalam jam 8.30 pagi emak sudah dipanggil masuk. Saya membeli sarapan pagi dan membalas tidur dengan selesa di atas katil emak. Jam 10.30 pagi, emak keluar dari bilik pembedahan.

Letak ubat mata sebelum pembedahan


Doktor tanda mata yang akan dibedah

Jururawat menyuruh emak berehat selama dua jam dan barulah boleh makan. Ada kes, akibat ubat bius pesakit muntah selepas makan. Alhamdulillah, emak tidak mengalami sebarang alahan. Terima kasih untuk semua doa dari saudara-mara dan sahabat. Semoga Allah memberikan kesembuhan yang sempurna untuk mak.

Selepas keluar bilik bedah. 


Alhamdulillah. Tidak muntah. 
Love..

No comments:

Post a Comment