Thursday, December 17, 2015

Rindu

Di waktu sekarang, Alhamdulillah Emak, Ayah, Kak Fisha dan Kak Cik sedang berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Umrah yang pertama pesan Acik Oya, harus dibuat dengan teliti. Kira umrah wajib. Jangan main buat sahaja. Pesan Acik ketika dia datang secara mengejut ke rumah kami Isnin yang lepas. Fikir saya, sudah berjumpa seminggu yang lalu, tidak perlu datang untuk menghantar lagi. Tetapi, mungkin berat ke nenek Sa'abah yang mahu menghantar sama. Maka, Acik layankan juga. Abang Long kot. Hehe. Tetapi, ayah nampak gembira bila nenek sampai. Benda nampak kecik, tapi besar untuk orang lain. Emak juga, emaknya memang sudah berada di sini sejak Jumaat. Nenek Rammelah tinggal di rumah Pak Busu semenjak datang Jumaat lalu.

Pak lang tolong azan
Kawan ayah membaca doa
On your command sir. :)
Dulu permainan kami. Sekarang kamu. 
M.Y. L.O.V.E!!
Sesi mengenal kapal terbang
Wajah kesayangan hamba
Gembira!! Gembira!!
Semoga menjadi lebih baik sayang

Semalam, Naziha mendapat line internet dan menghantar gambar ini. 

Rinduuuuuu...
Adik menulis rindu di whatsapp keluarga kami. Saya teringat adik menangis ketika emak dan ayah mahu pergi di airport. Sentimental juga adik saya. Sedihlah katanya. Hehe. Takde masalah sayang. Jangan bajet hero sangat tak menangis. Cuma Firdaus tiada hari itu, dia akan bertugas mengambil nanti. Kerja sungguh-sungguh ya. Company kedekut, tak bagi cuti walhal selangor menang bola masa tu. Aminah datang dari Nilai. Keluar awal dari pejabat. 

Lain benar perasaan melambai-lambai sehingga ahli keluarga itu saya hilang dari pandangan mata tempohari. Ini antara tangisan kegembiraan. Perasaan ini juga saya lihat ketika majlis perkahwinan dan kemenangan bola sepak pasukan Selangor yang lepas. Menangis kegembiraan. Perasaan saya gembira. SANGAT gembira. Semoga Kak Cik dan Kak Fisha merebut peluang beramal ibadah kepada orang tua di sana. Dan buat emak dan ayah, semoga tenang dan gembira di sana. InsyaALLAH, nanti kita ikhtiar Haji pula ya.  

Buat semua saudara-mara yang turut mendoakan dan meraikan keberangkatan ayah dan emak saya ke sana, jutaan terima kasih saya ucapkan. Mohon doa pulang dengan selamat dan menjadi muslim yang lebih baik. Bukan sahaja kepada diri sendiri dan ahli keluarga, malah kepada orang sekeliling juga. Terima kasih banyak-banyak. Moga doa dan kebaikan kalian, Allah balas dengan rahmat dan kasih sayang yang melimpah ruah. 

Kerana mereka adalah tempat berkasih-sayang. Segala puji hanya untukMu. Yang Maha Penyayang. SubhanAllah. Alhamdulillah. AllahuAkbar. 

#rindu

Love..

No comments:

Post a Comment