Tuesday, December 29, 2015

Muhasabah 2015

Hampir habis tahun 2015. Ada dalam dua hari sahaja. Mengimbau kenangan saya ketika tahun ini mungkin agak bervariasi. Kehidupan sememangnya haruslah begitu. Ada kala gembira, ada kala sedih, ada kala terpinga-pinga dan tertanya-tanya. Benarkah ini jalannya? Betulkah cara perbuatannya? Haruskah begini? Atau teruskan begitu? Tertanya-tanya saya dalam mencari arah kehidupan. Mencari dan terus mencari tujuan kehidupan. Kerjayakah? Keluargakah? Jika ya, gembirakah? Atau sekadar berpuas hati? Redha lain ertinya dengan terima. Jika kita terima keadaan kita, belum tentu kita redha. Jika kita redha, InsyaAllah kita terima. 

Fikir punya fikir, semua persoalan ini Allah dah bagi jawapan dalam surat cintaNya. Dan saya masih mencari di luar. 

Firman Allah :-
  • "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Aku" Ad-Dzaariyat (51:56)

  • "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Al Ankabut (2)

  • "Allah tidak membebani hambaNya diluar kemampuannya." Al-Baqarah (286)

  • "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka. ” Ar-Rad (11)

  • "Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." Al-Asr (2-3)

  • "Al-Quran ini menjadi panduan manusia, hidayah petunjuk serta membawa rahmat bagi yang meyakini (kebenarannya)." Al-Jathiyah (20)

  • "Maka, nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?" Ar-Rahman (16)

Saya berdoa supaya kita semua menjadi lebih baik pada tahun 2016. Sebagai hamba, anak, kakak, adik, isteri, sahabat, saudara, jiran, teman sekerja dan yang lain juga. Lebih dari #2kerja. Hidup di dalam iman, mati di dalam iman dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman adalah cita-cita kita. Semoga menjadi lebih baik sahabat semua. Sayang kamu semua kerana Allah. 

p/s : Perlu membuat senarai benda yang saya mahu dalam tahun 2016. Sebagai panduan kelak dan ia adalah sesuatu yang menarik rupanya. Ada beberapa benda yang saya inginkan telah tercapai. Setelah melihat keingina saya telah tercapai, gembiranya! Dan saya sedikit menyesal kerana tidak mempunyai keinginan yang banyak. Mari kita. 


Love..

No comments:

Post a Comment