Sunday, December 20, 2015

Membebel

Sesampai saya dari PJ di Klang, Kak Mi sedang melipat baju yang banyak di rumah. Antara contoh yang saya mahu ikut dari Nenek Sa'abah adalah, dia akan turut sama membantu jika kami sedang membuat sesuatu kerja. Selalu perasaannya adalah gembira jika sedang membuat kerja dan ada orang membantu. Sedang melipat, Kak Mi menceritakan (baca : membebel) perihal anaknya yang tinggal bersama Cik Lia sementara emak dan ayah di Makkah, adik kami Daus yang tidak dapat bercuti untuk mengambil ayah nanti dan orang sekeliling kami. Sambil lipat, sambil mendengar dia membebel dan berkongsi rasa. Bukan hendak merungut, tetapi mengadu sahaja dengan kerja rumah yang banyak itu. Saya hanya mendengar dan mengambil ibrah dari penceritaan tersebut. 

Bebelan ini pada saya adalah satu nikmat. Memang jika selalu orang akan satu kebosanan, tetapi, percayalah jika orang sudah tidak membebel pada kita, ia adalah satu kehilangan. Nenek Sa'abah dahulu selalu bertanya mengenai jodoh saya dahulu sehingga saya berasa bosan. Pernah satu masa, kebanyakan sepupu saya mahu berkahwin, jadi hala tuju kepada saya makin berkurang dan hampir tiada. Tiada orang bertanya perihal jodoh kepada saya sehingga menyebabkan  saya terfikir, adakah mereka sudah tidak sayangkan saya lagi? Mahu menangis juga saya pada waktu itu. Lawak sangat. Jadi, pada saya yang selalu bertanya mengenai jodoh saya sekarang, InsyaALLAH saya tiada terkesan. Ia adalah kerana mereka masih mengambil berat perihal saya. 

Adik saya yang di Makkah juga adalah pembebel tegar saya. Kak Fisha dan Kak Cik, saya tahu mereka sayang kakak yang seorang ini. Nanti kita kahwin sama-sama ya. Haha. Selalu mempertikaikan cara hidup saya yang memang sangat hampeh di mata mereka. Ya, anda hanya perlu menjadi diri sendiri kepada adik-beradik sendiri. Seteruk mana pun kamu dan seteruk mana pun kutukan adik beradik terhadap kamu, ia tidak akan pernah memutuskan tali silaturrahim. InsyaAllah. Bak kata Cik Jamaliah, adik beradik memang perlu bergaduh, kalau baik-baik sahaja tu kawan. Hehe. Berbahagialah adik-adikku kerana aku akan membebel dan terus membebel kepada kamu. Sebab sayang. Sayang sangat. Nak jadi sama-sama baik.

My pembebel tegar. I love them so much!

Gambar kedua dan terakhir sebelum mereka mengerjakan umrah. Moga Allah permudahkan urusan di sana. Terima kasih Along bersusah-payah menguruskan urusan umrah dari mencari agensi dan mendaftar sehingga pengesahan tiket. Moga Allah permudahkan urusan awak juga. 

Love.

No comments:

Post a Comment