Saturday, November 21, 2015

Kisah Satu Malaysia 2

Hari ini merupakan hari seorang anak perempuan Melayu bersama ayahnya. Menguruskan semua keperluan di pejabat kerajaan sebelum terbang ke luar negara December ini. Moga Allah izinkan. 

Selesai menguruskan urusan di bank, mereka anak-beranak ke tempat parkir motor untuk pulang ke rumah. Di situ terlihat seorang India lelaki bertanya arah kepada seorang lelaki Melayu. Mendengar perbualan tersebut, si ayah cuba mencari tempat yang ingin dicari lelaki India tersebut. Budak melayu lelaki seperti bukan orang di situ dan tidak tahu jalan. Si ayah pun menyampuk bertanya tempat yang mahu dituju oleh lelaki India. Katanya mahu menghantar borang pendaftaran perkahwinan. Terus si ayah memberikan arah ke Seksyen 9 di Plaza Masalam Shah Alam. Lelaki India mengucapkan terima kasih dan tersenyum kerana berjaya mendapat jawapan yang dicari. Semoga berjumpa kawan. Nak bertanya juga perlu kena dengan orangnya. Jika tidak, mungkin tidak dapat membantu kata si anak. Ya, kemahiran mengarahkan jalan juga kita perlu belajar ya. 

.................

Hujan renyai-renyai di pejabat imigresen. Sedang si ibu dan anak perempuan berlari-lari mencari teduhan di pejabat kerajaan selepas keluar dari kereta. Dalam perjalanan masuk ke pejabat mengambil nombor, tiba-tiba terperasan si ayah tiada bersama. Si anak menoleh ke belakang dan terlihat si ayah sedang membantu seorang pakcik Cina berkerusi roda memasuki kereta. Di samping si ayah, seorang cucu lelaki turut mengangkat atoknya, pembantu perempuan yang memegang barang dan si ibu cina sedang memegang payung. Walaupun tidak diminta, si ayah melayu menghulurkan tenaga membantu. Setelah selesai, bersungguh si ibu Cina mengucapkan terima kasih kepada si ayah Melayu ini. 

Anak perempuan melayu melihat sambil berdoa diberikan kekuatan dan petunjuk untuk membantu orang lain tanpa mengira siapa sahaja. Ayah, pembelajaran melalui contoh teladan adalah terbaik. Terima kasih. Faith in humanity restored. 

.......................

Malaysia, kepelbagaian kita akan menyatukan. InsyaAllah. Seperti tajuk lagu ini, Kuat kita bersinar daripada Superman Is Dead.


Love..

No comments:

Post a Comment