Thursday, October 1, 2015

Bersih 4.0 untuk Malaysia yang lebih baik

Saya bercadang untuk menaiki keretapi laju ke Perlis pada cuti Merdeka yang lalu. Projek 6 tahun yang saya buat di Gamuda sebelum ini. Cadang mahu ke Langkawi dan balik singgah di rumah En Anuar sebelum menaiki keretapi  dari Padang Besar dan pulang ke KL Sentral. Projek saya bersama Miera, Lyza dan Faezah. Menarik bukan. Tetapi, kami terlambat membeli tiket dan telah habis. Maka, plan bertukar untuk cuti Merdeka lalu.

Saya dan Miera bersama-sama turun menyertai Bersih 4.0. Memang teringin membawa Miera merasai perasaan berdemo. Barulah namanya pembangkang, kata saya kepada dia. Hehe. Demo GST yang lepas, kami ada hal. Maka, inilah masanya. Cuak juga mulanya mahu turun sendiri. Selepas Amir berkata mahu turun sekali, semangat kembali membara. Jom Miera! 

Semasa kami menaiki LRT di Asia Jaya, sudah ramai orang yang memakai baju kuning. Wah, semangat dah membara. Baju saya belum dapat waktu ni. Cadangnya mahu berjumpa dengan Yi Hao di KL nanti. Tetapi, Yi Hao berkumpul di Pasar Seni dan kami di Masjid Negara. Tidak sempat juga saya memakai baju berwarna kuning. Pagi-pagi itu, Ai Tee sudah mewhatsapp saya perihal-perihal keadaan di KL. Sepupunya merupakan pekerja di pejabat DAP. Baju kuning pun saya beli melaluinya.

Saya dan Miera menaiki LRT sampai ke KL Sentral dan menukar Komuter untuk ke Stesen Komuter Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kami menaiki keretapi yang sama. Selepas berjumpa Mak Ngah, Amir, Aiman dan Alin di Stesen KTM Kuala Lumpur, kami menapak ke Masjid Negara.

Keadaan di KL Sentral. Gelombang kuning sudah menunjukkan warnanya.
Props baju kuning di belakang menunjukkan kami sudah bersedia untuk Bersih. 4.0

Selepas mengerjakan solat Zuhur di Masjid Negara, beberapa ahli politik dari Keadilan, DAP dan Gerakan Harapan Baru memberikan ucapan di luar masjid. Ramai juga yang memberikan kata-kata semangat. Semangat berjalan sudah membara ni. Allah. Selepas itu, kami beramai-ramai berjalan ke Dataran Merdeka. Sangat bersopan dan semangat. Semua orang dengan satu misi, menyatakan pendirian terhadap ketidaktelusan kerajaan Malaysia. Kami tiba berdekatan dengan Dataran Merdeka, tetapi tidak dibenarkan memasukinya. Hanya duduk disekelilingnya sambil bersantai-santai. Tema kali ini adalah duduk di KL selama 36 jam.

Harap maaf, kamera tidak dapat zoom. Hehe. 
Mari berjalan kaki secara santai di KL.
Wee~~
Semangat dengan kelengkapan tidur lagi, Tahniah.
Miera dan saya pulang pada petangnya. Ramai juga yang tinggal tidur di KL. Alhamdulillah, bantahan kali ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dari pihak polis atau FRU. Sempat kami singgah di Masjid Jamek membeli tudung. Tanya saya kepada peniaga, tidak tutup kedai ke? Ada demo ni? Dia menjawab yang jika tiada gas dilepaskan, okay sahaja perniagaannya. Nampak tak siapa sebenarnya onar di situ?

Tahniah kepada semua yang hadir. Yang mendoakan juga terima kasih. Marilah kita berdoa semoga Allah sentiasa merahmati bumi Malaysia yang kita sayangi.

Love..

No comments:

Post a Comment