Monday, August 24, 2015

Ajaibnya orang beriman

Berkesempatan melawat Achik Iza yang masih di dalam pantang di Bukit Badong hujung minggu lepas. Aminah mahu memberi batu sungai untuk Achik mengurut. Berpantang, tetapi tiada bayi di rumah. Perasaannya. :( :( :( Achik baru sahaja kematian anaknya yang kedua (ketiga juga mungkin). Nurul Jannah meninggal dunia beberapa jam selepas dilahirkan. Kami juga tidak sempat melihatnya. Terdapat beberapa komplikasi yang dapat dikesan ketika bulan-bulan terakhir kandungan. Teringat gentingnya waktu sebelum raya itu. Perasaan bercampur-baur. Argh, menulis sahaja sudah sedih. Apa lagi yang menanggungnya. Semoga diberikan ketabahan Achik..

Nurul Jannah, bergembiralah kamu di sana sayang. Sesungguhnya dunia ini amat penuh cabaran. Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk ke sana menyertai kamu. Kamu sudah mendapat jalan pintas ke sana. Sekarang, InsyaAllah tunggulah sambil tersenyum akan kehadiran ummi dan ayah serta kakak Ilham di sana. InsyaAllah, kami juga sayang. 

Semasa kehadiran kami, Achik rancak bercerita perihal membeli barang elektronik untuk rumah barunya. Nampak tenang sahaja walaupun dugaan yang diterima sungguh hebat. Benarlah Allah adalah Al 'Adl (Yang Maha Adil) - sangat adil dalam meletakkan sesuatu. Walaupun nampak kuat, tidaklah kita ketahui bagaimana perasaan dan cara menghadapi kasih sayang ini kepada orang yang menanggung. Achik Iza dan Achik Didi, orang doakan sentiasa kuat dan sabar dan dilimpahi pahala yang banyak akibat kesabaran menerima qada' dan qadar Allah. Semoga Allah mengurniakan darjat yang tinggi dan ketaqwaan yang sebenar-benar taqwa kepada Achik sekeluarga. 

Rasulullah s.a.w bersabda:  
'Sangat ajaib keadaan seorang yang beriman. Sesungguhnya semua keadaan adalah baik baginya. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan buatnya. Dan jika dia mendapat kesusahan dia bersabar. Maka demikian itu adalah kebaikan baginya.' 
(HR Muslim) 

Ini adalah bukti bergambar. :)

Masuk sekali tuan tanah ke daun. :)

Love..

No comments:

Post a Comment