Monday, May 11, 2015

Hari Ibu

Kiriman bunga dan coklat dari anakanda tercinta di Sarawak. Benarlah, jarak tidak sama sekali memisahkan kita. Nafisah mengirim gubahan coklat untuk emak saya. Emak pastinya gembira. Mana pernah menerima coklat dari buah hati. Haha. Secara halus mengutuk ayah sendiri di sini ya. Ampun ayah. Kami yang di rumah, hanya melalui kehidupan hujung minggu seperti biasa tanpa menyambutnya. Hehe. Begitulah apa yang kejauhan boleh buat. Menjadikan kita lebih menghargai orang sekeliling. Emak, bertabahlah mempunyai anak seperti saya ini.

Atas inisiatif Kak Long saya, kami memberikan hadiah untuk Hari Ibu juga. Ingat juga tau. Kami membelikan emak satu gram emas yang berharga RM170 dan dikongsi lapan. Hehe. Emak boleh pilih mahu bentuk yang bagaimana. Mahu yang biasa, gambar birthday, gambar kambing atau wedding. Dan emak memilih untuk gambar wedding. Simboliknya kerana kata emak, bulan lepas merupakan ulangtahun perkahwinan mak dan ayah. Huhu. Kami masih selamba tidak menyambutnya. Sejenis anak apakah kamu?  Love you mak to the moon and back.


No comments:

Post a Comment