Friday, May 15, 2015

Build Home for Orang Asli - Part 3 (Final)

Dah berkepuk-kepuk dalam draft benda ni. Baru rasa nak edit balik. Haha. Cerita tahun lepas punya pulak tu. Ter-nak baca balik selepas terbaca mengenai seorang orang kuat EPIC menerima anugerah Top Ten Most Impactful Young Leaders in Malaysia. Tahniah John. Wish you all the best. Memang muda lagi diorang ni dan sangat terbaik service yang EPIC ni bagi masa kami nak siapkan rumah tu. Gambar yang discreen capture dari facebook John.


Ni sambungan cerita hari tu. Hari terakhir kat sana, dalam tengah bersiap nak keluar, ada bunyi orang ketuk pintu. Bila buka, tiada siapa. Tengok dekat tombol pintu, ada ni.

Ada secret admire bagi. Hehe. Tipu je. Diorang ada bagi rahsia untuk guardian angel masing-masing. Saya punya guardian angel bagi ni. Sampai sekarang tak tahu siapa yang bagi. Hi there, i wish you will always be happy and thanks for the chocolate. 

Sampai-sampai haruslah ada briefing pagi-pagi. Nak beritahu peratus yang dah siap. Dan berapa yang tinggal. Nak tak nak, hari ni kena habiskan juga. Gila ke nak tinggal sini? Esok nak kena pergi kerja kot. 

Hadi, Master Builder kami memberi penerangan.

Dengan ahli pasukan saya. Yang baju hitam tu bukan. Dia tumpang menyibuk je. Hehe.

Lengkap. Dengan ketua kesayangan kami. Apa khabar agaknya Nadrah sekarang. Harap dapat jumpa lagi. 

Saya ajak Faezah. Faezah ajak Azamila. Kita buat rumah pakcik yer. :)

Yang ini geng naik Kinabalu. Bahrin. Tak ramai lelaki Melayu, dialah harapan kitorang. Haha.

Bagi Faezah pegang kamera. 
Pasang bumbung. Hampir siap.

SubhanAllah. Segala puji hanya untukMu. 

Final touch-up. Ingat Jalan-jalan cari makan je letak plat ke? Kami pun juga tau.

Kami membuat dua barisan dari jalan utama ke pintu masuk rumah. Gembiranya pakcik Tumi bila berjalan ke rumah barunya. Kami? Lagi gembira!! Tak sangka. Siap juga. Dalam tiga hari. :)

Ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan. Sedikit sumbangan membawa erti yang besar kepada mereka. 

Lagi-lagi mereka. 

Dan saya Nadiah, am proud to be Gamudian and to be part of this community service. Alhamdulillah. Moga menjadi sedikit amal kebajikan di dunia ini.

Love..

No comments:

Post a Comment