Sunday, February 22, 2015

Manual Perkahwinan di Majlis Perkahwinan

Berkongsi sedikit manual rumah tangga yang saya pelajari dari makcik saudara di sini. Acik dan Pakcik Isa merupakan pasangan yang complete each other kepada saya. Semenjak saya duduk di kampung semasa tingkatan dahulu lagi. Acik akan sentiasa menemani Pakcik saya makan. Setiap waktu makan. Walaupun Acik dah makan sebelum itu. Selalu juga Acik membebel kata dia dah gemuk sebab selalu makan malam nak teman Pakcik. Tapi, ritual itu masih diteruskan juga sehingga hari ini. Mereka akan berborak waktu ini. Kadang-kadang pakcik akan berkongsi ilmu yang dia dengar di masjid atau surau. Masa berkualiti mereka adalah di situ.

Acik juga seorang yang jujur, selamba sahaja kalau mahu mengutuk suami sendiri depan kami. Paling utama, cara pemanduan Pakcik yang boleh menguji kesabaran Acik. Sanggup lagi Acik yang bawa dari Jasin ke Klang dari tension sepanjang perjalanan. Pakcik pun redha je kalau Acik kata apa-apa. Pakcik lagi sebenarnya sabar kot. Hehe. Best je tengok hubungan mereka. Boleh cakap apa-apa kepada pasangan masing2. Tanpa risau dia akan terasa hati.

Kali ini, kekaguman saya bertambah. Kami ke Perlis menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya. Pada hari Jumaat malam, majlis nikah dan Sabtu majlis kenduri. Tetapi, pada hari Sabtu, kami mendapat panggilan telefon yang adik ayah meninggal dunia jam 3.20 pagi. Adik ayah saya memang menghidap kanser di peringkat ke-4. Ayah, Acik dan Pak Busu berbincang untuk pulang sahaja tanpa ke majlis kenduri jika dibenarkan oleh tuan rumah. Tetapi tidak bagi Pakcik. Kata Pakcik, kita tidak berbuat apa2 jika balik sekarang. Tidak sempat sampai ke Melaka. Biar di sana orang sana selesaikan. Kita selesaikan majlis di sini. Acik tidak setuju. Dia masih juga mahu balik. Dan, mereka berpisah dengan pendirian masing-masing. Mereka bersetuju untuk tidak bersetuju. Tidak ada salah betul atas keputusan itu saya rasa. Acik pulang ke Klang bersama kami setelah ayah dan Ishak memberitahu kepada ayah pengantin. Pakcik tinggal di Perlis untuk meraikan pengantin. Tetapi, segala kelengkapan Pakcik (baju yang akan dipakai ketika majlis) telah disiapkan oleh Acik. Tanggungjawab tetap digalas walaupun berlainan pendapat. Kagum saya. Semoga rumahtangga saya juga begitu. Saya perlulah meletakkan emosi di tepi. Lebih bersikap rasional. Baru boleh dapat pasangan begitu juga. InsyaAllah. :)

Pakcik dan ahli keluarga Mak Ngah yang tinggal meraikan pengantin. Tahniah Dolah dan Hanim. Kami di dalam bas untuk pulang ke Klang.

Sebelum perjalanan ke Perlis. Rombongan Cik Nab ke Beseri. 

Selesai akad nikah. Mujur bergambar bersama. Esoknya sudah tiada gambar bersama.

Semoga Allah mengampunkan dosa Pok Teh dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Juga semoga Allah memberikan ketabahan kepada mereka dalam menghadapi ujian dan kasih sayang Allah ini.

Love.

No comments:

Post a Comment