Thursday, September 4, 2014

Kebahagiaan

                     

Sepupu saya selamat bertunang hari Rabu yang lepas. Fatimah merupakan anak ketiga dari empat orang adik-beradik. Anak kepada arwah Pak Ngah saya.

Kisah pertunangannya mudah. Selepas nenek sakit akibat terjatuh bulan puasa yang lepas dan Timah juga sedang mencari pekerjaan. Maka Timah menawarkan diri bekerja menjaga nenek di kampung. Dia bertawasul mahu mendapat jodoh dengan menjaga nenek. Maka, Allah bertindak mengikut sangkaan hambaNya. Tidak sampai dua bulan. Allah. 

Mendengar kisah-kisah sebegini sungguh mengujakan. Saya juga mengimpikan akan dipermudahkan urusan jodoh ini. Tak nak kenal lama-lama sangat. (Tapi pada masa yang sama, cuak juga kalau sekejap sangat. Hehe. Budak konfius). Tidak mengapa, serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa. Bila sampai masanya Allah kata Jadilah, maka jadilah. Siapa kita untuk berkata benda itu cepat atau lambat? Saya mendoakan dipermudahkan urusan menuju perkahwinan kelak Timah.

Betapa cantiknya kebahagiaan, Allah tidak meletakkannya pada menjadi bujang, berkahwin, berkahwin lebih dari satu, berpisah dan sebagainya status yang ada di masa kini. Ia adalah bagaimana kita menikmati semua nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Terlalu banyak nikmat Allah, kepada saya. Keluarga, kesihatan, kematangan, sahabat, pekerjaan, ketenangan, kewangan, kasih sayang, kenderaan, dan terlalu banyak lagi. Sangat banyak. Alhamdulillah. Bagaimana mungkin saya boleh meminta diberi jika belum masanya untuk yang satu itu? 

Bila sampai masanya, Jadilah, maka jadilah.  

No comments:

Post a Comment