Tuesday, June 24, 2014

Dolah bertunang

Pada 8 Jun yang lalu, sekeluarga Haji Bujang membuat rombongan Cik Yah ke Perlis. Keluarga ayah, Pak Lang, Pak Busu dan Achik telah mengikutinya. Anak arwah Pak Ngah saya yang kedua mahu bertunang dengan orang utara. Memandangkan cuti sekolah dan kebanyakkan saudara saya merupakan cikgu, waktu ini memang semua pun bercuti. Dari Melaka hari Jumaat dan bermalam di Klang. Sabtunya bertolak ke Perlis. 11 jam perjalanan. Nenek dah mengalah awal-awal katanya untuk ke majlis perkahwinan. Silap sepupu saya bertanya nenek ketika sedang mengurut kaki sejurus baru sampai di Perlis. Hehe. Ala nek, orang nak pergi masa majlis kahwin nanti.

Saya tidak dapat mengikut kerana akan bercuti pada Jumaatnya untuk ke Sarawak. Mendengar kisah adik saya, memang menyeronokkan. Bercuti bersama keluarga. Apakah yang kita tidak gembirakan? Sudahlah tidak perlu memasak di sana. Semua makanan ditaja oleh bakal pengantin. Siap dah bawa periuk nasi dari Klang untuk masak. Dah beli beras lagi. Achik yang bawa balik beras tu ke Jasin. Naziha siap boleh bermalas-malasan tidur dengan seronoknya di Perlis tanpa membuat kerja. Sehingga saya tertanya-tanya mengapa dahulu kami sekeluarga tidak berapa menyukai keluarga belah ayah ini? Dahulu nenek dan Achik suka membebel jika kami malas. Terutamanya kalau tidak ke dapur. Mungkin sekarang kami sudah rajin? Macam tidak sahaja. Haha. Mungkin Achik dah berubah atau mungkin kami juga sudah berubah. Sekarang sudah tidak hairan Achik membebel. Memang untuk kebaikan juga. Sayang Achik dan nenek ketat-ketat.


 Berehat sebentar. Nenek nak luruskan kaki.

 Hantaran juga dibuat oleh bakal pengantin perempuan. Senangkan kerja? Datang bawa diri sahaja.

 Dolah dan tunangnya. Mungkin hujung tahun ini majlisnya. InsyaALLAH. Tahniah!

 Selfie. Makcik dah macam anak buah sahaja. Mak Usu memang sempoi.

Selepas majlis pertunangan pada hari Ahad, mereka berjalan-jalan di sekitar Perlis. Adik-adik saya ke Padang Besar (dan telah membeli beg yang sangat best yang saya guna untuk pertama kali ke Sarawak), Gua Kelam dan kawasan sekitar Perlis. Nafisah mempunyai kawan di sana yang membantu menjadi tour guide. Lelaki pula itu. Sempoi adik saya. Haha.

Pada Isninnya, ayah saya pulang ke Klang kerana mereka semua akan ke Langkawi menyambung percutian ke Utara. Hehe. Ayah dah pergi, balik sahajalah. Kesian Kak Cik dan Naziha, tidak dapat ke sana. Kereta yang lain sudah penuh. Lain kali kita pergi ya sayang. 


 Entah di mana tempat ini, saya juga tak pasti. Adik lelaki saya membawa kereta untuk keluarga Pak Busu. Pak Busu sudah tidak boleh memandu dalam jarak yang jauh.

Ceria menaiki feri ke Langkawi. 


Love..

No comments:

Post a Comment