Friday, June 6, 2014

Birthday Ebah

Biasanya majlis hari jadi ini akan diketuai oleh Ebah, tetapi memandangkan tukang arrange birthday yang diraikan, tugas sepatutnya bertukar ke Ili. Ili pula pada tarikh birthday Ebah sedang bercuti di Australia. Hehe. Kami ini biasanya menjadi tukang pemeriah majlis sahaja. Tetapi, pada hari itu kami mengambil-alih juga tanggungjawab itu. Majlis sambutan biasa sahaja. Meraikan tarikh 26hb April itu, kami membelikan Ebah satu slice kek Secret Recipe. Sambutan besar-besaran akan kami buat ketika Ili pulang dari Australia. 

Keluar makan di luar dari pejabat. 

Saya dan Anis membeli kek. Pilihan kami Red Velvet. 

Setelah Ili pulang, kami meraikan majlis Ebah di Seri Penang. Kali ini Ebah mahukan ice-cream cake. Maka, untuk pertama kali dalam sambutan kami membeli ice-cream cake dari Baskin Robbins. Sedap! Terima kasih Ebah kerana mengidam. Merasa saya makan kek aiskrim. 

Kek Aiskrim Coklat 


 Happy birthday my dear!! May you happy always. :D 
 


Boleh tahan keras juga kek dia. Kami siap meminta air suam untuk dicelupkan pisau. Dengan harapan bolehlah potong. Tak juga.

 Selfie berjemaah dengan Note3 baru. Cis sungguh Am ni. Aku yang berangan, dia yang beli.

Yang tadi Ebah teringin makan kek aiskrim telah tercapai. Saya pula sudah lama teringin makan di Talent Lounge di bawah pejabat kami di Menara Mustapha Kamal. Biasa masuk restoran itu untuk mendengar talk sahaja. Untuk makan tidak pernah. Mempunyai kawan-kawan yang rajin merealisasikan setiap impian ahlinya, Kami telah makan tengahari di sana. Sebab tak pernah makan adalah mahal. Haha. Memang agak mahal untuk kami. Haha. Ok, dah sekali cuba makan kira oklah. Jadi bila orang tanya dah pernah makan kat situ, bolehlah kata ya. Hihi.


 Masih mencuba Note 3 pakcik Am. Haha. Dah jadi ayah dah kawan saya ini.  


Awal hujung minggu bulan May, kawan kami telah selamat mendirikan rumah tangga. Kawan satu level dengan Ebah, telah menjadi geng kami. Atteya dan Alif, tahniah!! Semoga bercinta sampai ke syurga. Pagi Sabtu 3hb May kami sepejabat yang bekerja pada hari Sabtu telah ke pejabat dengan cunnya. Biasanya hari Sabtu, pakaian sempoi sahaja. Hari itu, masing-masing berbaju kurung kerana hendak terus ke Klang meraikan pengantin baru.

 My beloved friend. Alhamdulillah, dengan izinNya, saya belajar banyak erti dan tentang hidup dari makcik kecik ini.

 Masing-masing bawa pasangan berbadan dua. Awa dah selamat, lepas ini Farini pula.

Balik dari majlis Atteya, saya terus ke rumah. Nenek Sa'abah dan Acik Oya datang melawat ahli baru dalam keluarga kami. Cucu pertama Mak Lang saya, nama dirahsiakan dahulu. Lepas itu, saya sudah terlupa namanya. Auni kalau tidak silap saya namanya. Ada dua patah perkataan ya. Satu lagi sudah lupa. Tahniah Ani dan Taqi. Semoga Auni membesar menjadi anak yang solehah. 


Pak Long Abu dan nenek Auni. Hehe. 

Banyak lagi kegiatan pada bulan May. Agak sibuk dan tidak sempat mencari masa menulis kenangan sendiri. Selepas ini, InsyaALLAH percutian saya bersama emak dan ayah tercinta untuk pertama kalinya ke Langkawi. Terima kasih Along sebab memaksa saya membawa emak dan ayah berjalan. Ia adalah MENARIK!! Di post yang akan datang. Sekarang ini, teaser gambar sahaja. Walhal, semua gambar di telefon Daus. 

 Di Subang Airport.

 Semoga akan ada lagi selepas ini. Hehe.


Love..

No comments:

Post a Comment