Ahad lepas genaplah setahun Dapur Jalanan membuat aktiviti kemasyarakatan di Jalan Panggung. Tahniah kepada semua yang telah menjayakannya. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang yang melimpah-ruah untuk kalian. Tidak sahaja di dunia. malah di akhirat kelak. Amin.
Saya tidak dapat mengikuti meraikannya pada Ahad lepas. Ada hal lain yang memerlukan keberadaan saya di tempat itu. Chewah. Hehe. Tetapi, Nazifah dan Encik Anuar sempat meraikannya bersama mereka sebagai wakil KAMY. Menjadi sebahagian dari warga Dapur Jalanan adalah nikmat yang tidak saya dustakan. Walaupun baru sahaja bersama-sama mereka, ia mengajar saya untuk lebih bertanggungjawab kepada diri dan orang sekeliling.
Minggu sebelumnya, KAMY sempat bersama-sama memeriahkan majlis. Kali ini, KAMY membawa aiskrim Malaysia hasil buatan kasih sayang ahli-ahli KAMY. Saya dan Nafisah membuat aiskrim milo, Cik Leha aiskrim bandung dan Cik Jamaliah aiskrim asam boi. Nampak macam senang, rupa-rupanya susah juga mahu mengikatnya sehingga ketat. Buat 50 sahaja. Siap ada dua round. Penat, berhenti dahulu. Lepas itu, baru sambung semula. Memang tidak boleh berniaga aiskrim ini. Kemudian, tidak semuanya keras pula tu kerana semalaman sahaja di dalam peti sejuk. Penangan buat kerja last minute begitulah jadinya. Belajar belajar tu. Pengurusan masa memang agak fail.
Kali ini, saya berkesempatan membawa Nafisah dan Naziha. Tapi Kak Chik, tiada Mat Lutfhi ya. Tak lama pakcik itu di Australia, setahun je. InsyaALLAH, jumpalah tu nanti. Rajin-rajinlah teman akak yer sayang. Selain itu, kawan saya Miera yang sementara ini menumpang di bilik saya sebelum berpindah ke site di Negeri Sembilan bulan May ini juga saya angkut sekali. Nasiblah. Seorang trainee di pejabat saya juga tiba-tiba berminat mahu menyertai. Asyik bertanya saya semenjak saya memberi gambar bersama Mat Lutfhi di dalam whatsapp group GSC saya. Jadi saya ajak bersama waktu itu. Walhal ada kelas paginya. Semangat betul. Muda lagi. Buatlah Arsyaf. Arsyaf adalah trainee di pejabat saya. Setelah berborak dengan adik-adik saya, umurnya sebaya dengan Nafisah rupa-rupanya. Pembelajarannya ditaja oleh Gamuda, pada masa yang sama dia perlu bekerja pada hari biasa dan mengikuti kelas pada hujung minggu. Memang penuh jadual. Yang best adalah, tempat kerja sudah disediakan selepas habis belajar dan selepas kerja tidak perlu membayar pinjaman. Yang tidak best adalah tiada zaman menjadi pelajar sepenuh masa dan selepas itu perlu bekerja bersama Gamuda beberapa tahun. Ala, saya ini yang tidak mengikat kontrak juga sudah hampir 7 tahun di sana. Sekejap sahaja itu. Hehe.
Arsyaf ini adalah saya dahulu. Giler stereng. Jika keluar bersama dia, memang dialah yang nak memandu. Selepas selalu memandu kereta saya, kereta idaman dia adalah Persona. Boleh saya minta komisen kat Proton ni. ;p
Akhir acara, kami baru keluarkan aiskrim kasih sayang ini.
Aiskrim milo kami telah habis waktu ini. Laju sahaja. Bandung pun cepat habis juga. Memang gembira walaupun memberi hanya aiskrim.
Seperti biasa, KAMY jarang memegang makanan. Ambil kontrak membuat air sahaja. :)
Alhamdulillah. Selesai. Kak Long Nazifah, Fairuz dan Umayr juga datang. Siap bawa puding lagi. Terima kasih Kak Long.
Saya bercita-cita mahu membawa adik bongsu dan anak buah saya ke sini satu hari nanti. Kak Chik dan Kak Fisha sudah. Hehe.
Hi. Do you have email? Or maybe if you are free, please email me your phone number. nynadhr@gmail.com i wanna ask you about your experience joining this program. Thanks
ReplyDeleteHi Nyna. You can email me at nadiah3005@yahoo.com
Delete