Thursday, February 27, 2014

Hujung Minggu Bulan Feb

Saya berkesempatan menghadiri Saturday Night Lecture pada malam Sabtu yang lepas anjuran Centre for Advanced Studies of Islam, Science and Civilisation (CASIS). Terima kasih kepada Alin kerana mengajak saya. Bertempat di UTM Jalan Semarak, Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah memberikan kuliahnya bertajuk language in Al-Quran. Saya biasa menghadiri kuliah-kuliah agama jika berkesempatan sekiranya berdekatan dengan rumah atau tempat kerja saya. Harapan semoga satu hari nanti saya dapat kongsikan ilmu-ilmu yang bermanfaat yang saya perolehi dengan lebih praktikal di dalam blog. Selama ini, isi blog asyik huhahuha sahaja. Hehe. 

Pertama kali saya merasa pening kepala mendengar kuliah. Pengisiannya terlalu mendalam saya rasakan. Falsafah.Sehingga saya bertanya kepada Alin, bagaimana dari dahulu lagi dia sudah mengetahui perkara-perkara seperti ini.  Sejak dahulu dia sudah pening kepala. Hehe. Muslim scholar dari Malaysia. Saya melihat beliau seperti seorang atuk yang comel yang sangat banyak ilmu. Kita seharusnya berbangga kerana masih berpeluang belajar bersama-sama beliau. Pembelajaran ini adalah ilmu baru untuk saya. Boleh mula berfikir dengan mendalam Nadiah. Mengakui kata-kata Mak Ngah semasa bersarapan pagi keesokan harinya, 'Sehingga satu peringkat, kita hendaklah berfikir untuk mendalami Islam. Tidak sekadar meningkatkan iman, tetapi harus sampai ke hati dan berfikir'. 
 
Kuliah yang seterusnya adalah pada 8 Mac 2014. Semoga dengan izin Allah saya dapat menghadirkan diri dan menimba ilmu pada hari itu. Paginya, saya akan menghadiri kursus Solat Jenazah anjuran Nadi Annisa. Terbuka untuk orang ramai dan percuma. Jika mahu turut serta, bolehlah mendaftar di sini. Sangat dekat dengan rumah saya.
 
Keesokan harinya, saya menemani Muhammad melawat adiknya Mus'ab di TTDI Jaya. Mus'ab menelefon umminya dan bertanya jika mahu melawatnya. Mujur Muhammad berada di Subang, masih sempat lari-lari melawat lagi. Kami berjanji bersama-sama Cik Lia untuk ke Shah Alam. Sesampai di sana, Cik Lia tidak sampai lagi. Saya sudah lapar. Walhal pagi tadi, sudah makan nasi lemak. Fikiran semalam membawa ke hari ini mungkin. Lapar lagi. Hehe. Saya berdoa semoga Cik Lia datang membawa makanan. Hehe. Tidak lama selepas itu, Cik Lia sampai bersama-sama bakul. Yeay! Ada makaroni goreng untuk dicekik. Sayang Cik Lia. 
 
Sebelum sampai ke masjid, Sofea muntah di dalam kereta. Sesampai sahaja, sudah terlentok kepenatan kerana semua makanan sudah dikeluarkan. Teringat ketika telinganya dimasukki ulat. Memang banyak kenangan Sofea ni, telinga masuk ulat, hidung masuk butang. Macam-macam. Sabar sahaja Cik Lia dan Pak Chim melayan. Yela, anak kot. Setelah berborak-borak sedikit lebih kurang, saya dan Mamat ke kedai membeli keperluan asas Mus'ab dan sedikit makanan untuk Mus'ab dan Husni.
 
Mus'ab mahu pembalut hadiah. Mahu membalut Al-Quran katanya. Di kedai yang kami pergi cuma ada pembalut untuk pengantin baru sahaja. Jadi, kami ke kedai berjauhan sedikit untuk mencari. Sampai semula di masjid, azan Zuhur berkumandang. Kami bersolat dahulu sebelum pulang. Mus'ab dan Husni, akak doakan urusan hafalan awak dipermudahkan. Selamat menjadi hafiz yang dapat beramal dan menyebarkannya untuk Islam. :D

 Lepas dah borak-borak, ini benda yang diminta dulu.  Buka facebook.
 
 Lepas tu tengok Boboboi
 

Sofea dah sihat selepas makan. Cik Lia membeli nasi dan sedikit lauk di hadapan masjid untuk kami semua. Lepas makan terus aktif. Semua orang mahu dikacaunya. Hehe.
 
 Uwekkkk.. Melakonkan aksi muntah di dalam kereta.

 Melayan.

 Yang ini pun melayan juga. Hehe. Bersmack down dengan ayah sendiri tu.

Selepas menghantar Muhammad ke Subang, saya pulang ke Klang. Masa untuk membasuh baju yang seminggu sudah dikumpulkan. Mesin basuh dah auto dan dah besar. Akibat saya merosakkan yang lama. Terpaksa tukar yang baru. Alang-alang nak beli, ambil yang auto terus. Memang sangat nikmat hidup. Masuk, tekan dan tengok tv. Lepas berbunyi, tandanya dah selesai. Terima kasih Nadiah kerana merosakkan mesin basuh yang lama. Haha. :D

Di rumah ada Aminah yang sedang bersiap mahu pulang ke Nilai dan Nafisah pula dalam perjalanan ke Klang dari Banting kata emak. Nafisah mahu mencuba baju kurung kawan emak. Baju kurung Cik Milah sudah tidak muat, jadi diberi kepada emak kerana emak mempunyai ramai anak perempuan. Fisha balik semata-mata untuk mengambil baju tersebut kerana baki selebihnya kakak sulung saya mahu memberi kepada ibu tunggal pada keesokan harinya. Malangnya, tidak banyak baju yang Fisha dapat kerana sedikit kecil. Saya pula dapat lebih dari 4 pasang. Haha. Dapat tukar koleksi baju ke pejabat. Untunglah boleh pakai baju orang lain. 


 Sibuk juga nak bergambar makcik Pipah ni. 

Love..

No comments:

Post a Comment