Thursday, September 12, 2013

Lagi Kisah Raya 2013. :D

Selain daripada menggosok baju raya untuk seisi keluarga, mengemas baju untuk dipakai pada hari pertama, kedua dan seterusnya dan mengemas baju yang perlu dibawa ketika proses pemindahan tempat tidur dari rumah nenek Sa’abah ke rumah nenek Rammelah, kerja-kerja yang perlu dilakukan secara bergilir-gilir di kampung ketika hari raya adalah membasuh baju. Oleh kerana ahli keluarga saya ramai, maka setiap hari perlu membasuh baju. Jika tidak. Pergh, memang tidak dapat bayangkan berapa banyak baju untuk pusingan seterusnya.

Yang gembiranya di kampung saya ada mesin basuh fully-auto.Sangat membantu :D. Jika di rumah nenek Sa’abah memang nenek memilikinya, tetapi di rumah nenek Rammelah hanya ada semi-auto. Tidak mengapa, kerana ada di rumah Mak Chah. Adik emak saya yang tinggal di belakang rumah nenek saya. Memang bagus, banyak pahala Mak Chah ini. Setiap kali pulang ke kampung, memang tidak muat di rumah nenek sahaja. Maka, rumah Mak Chah akan menjadi pilihan sepupu-sepupu saya yang bujang berkampung untuk mandi, menonton tv dan berinternet. Kadang-kadang sehingga makan juga Mak Chah sediakan. Pilihan untuk anak dara mengelat buat kerja pun iya juga. Haha. Korang memang tak aci. Dulu akak baya-baya korang dah masuk dapur tau. -,-

Malam raya kedua tu, saya membasuh baju di rumah Mak Chah. Mood rajin dah datang. Dengan rela hati saja membasuh baju. Kalau mood malas, memang mahu buat macam-macam permainan nak menentukan siapa yang kena basuh. Tetapi sekarang, adik-adik saya semakin rajin dan dah pandai bertolak-ansur. Jika saya membuat yang ini, saya dibenarkan untuk mengelat membuat kerja yang lain. Sama juga seperti mereka. Apa yang penting? Kerjasama. Pandai. Tepuk bahu sendiri. Sementara menunggu baju selesai di basuh mesin, saya melepak di bilik Mariam. Biasanya bilik ini penuh dengan anak-anak dara sahaja. Tetapi memandangkan Mak Chah (Anak dara - Masyitoh dan Mariam) beraya di Kedah dan Pak Chim di Pahang (Anak dara - Sarah), maka bilik mereka kosong. Apa yang ada di bilik anak dara? Cuba teka. Benda yang Rahman tidak suka. Novel cinta melayu yang berlambak. Ada sealmari kecil. Saya dulu selalu (sampai sekarang juga. Hehe.) dimarahi Alin jika membaca novel melayu.  Memang tak membina sebenarnya. Cerita melayu seperti boleh diteka jalan ceritanya. Watak lelaki mestilah hensem dan kaya gila. Watak heroin pula adalah orang kampung tapi masih cun dan pandai serba-serbi. Tak realistik. :p Kemudian terpaksa kahwin kontrak. Lepas tu jatuh cinta masing-masing. Sebelum tu mesti nak sorok perasaan sebab takut pasangan tak terima. Susah benar nak berterus-terang. Menyampah. Saja nak bagi tebal buku nak baca. Haha. Siap ada rumusan, tetapi kau juga yang baca novel tu berulang-ulang kali kan? *facepalm*.

Maka, malam tu untuk kesekian kalinya mengulang cerita Hlovate aA + bB. Naziha yang memperkenalkan saya dengan penulis ini. Penulis ini merahsiakan maklumat dirinya sekali dengan jantina. Sehingga kini, pembaca-pembaca bukunya masih berteka-teki apakah jantinanya. Saya merasakan seperti perempuan. Naziha merasakan seperti lelaki. Nafisah dengan semangat berjayanya mengatakan dengan konfiden bahawa lelaki. Kata Naziha, Hlovate tidak mahu kehidupannya diganggu. Nanti dia tidak boleh makan nasi beralas daun pisang di KLIA lagi jika dirinya telah dikenali umum. Nampak tak rendah hati di situ? Saya doakan kejayaan beliau dunia dan akhirat. Bukunya memang memberi inspirasi. Sangat banyak ilmu saudara/i ini kerana watak-watak dalam ceritanya berbeza-beza profesion. Ketika dia menceritakan mengenai pekerjaan itu sangat detail. Kagum. Sebelum nak menulis, haruslah dia membuat banyak rujukan. Sangat banyak.  

Tiada dalam koleksi Naziha. Entah siapa pinjam katanya. 

Baca punya baca, sudah pukul 2 pagi. Saya meninjau ke rumah nenek saya sudah gelap. Maka, saya tidur di rumah Mak Chah sahaja malam itu. Keesokan paginya, selepas subuh di bilik saya mahu pulang ke rumah nenek. Semasa melalui ruang tamu rumah Mak Chah, Pak Amjah sedang bertazkirah bersama Hafis dan Sobri. Teringat saya di zaman kami kecil-kecil dahulu. Pak Amjah akan mengejut kami subuh dan kemudian memberikan sedikit tazkirah. Biasanya saya dah lari menyambung tidur di tempat lain. Hehe. Kecil lagi masa itu, mana nak dengar ilmu ni. Sekarang dah rajin tau cari majlis ilmu. Semoga ia kekal. Saya hanya sempat mendengar Pak Amjah bercerita mengenai syaitan sebelum keluar dari rumah Mak Chah. Jika mengikuti mengenai ajaran Global Ikhwan, kami mencurigai akidahnya. Tetapi, jika dilihat dari segi pengamalan Islam, memang kita kalah. Mana ayah saya buat tazkirah pagi-pagi lepas subuh tu. Hehe. Benarlah kata Saidina Ali r.a, ‘Kebatilan yang tersusun mampu mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.’

Saya mendoakan semoga Allah memberikan petunjuk, taufik dan hidayah untuk Pak Amjah sekeluarga dan semua yang terlibat dengan ajaran-ajaran yang tidak berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah di dunia dan yang pastinya di akhirat. 


Love..

No comments:

Post a Comment