Wednesday, September 18, 2013

Jumpa Kawan Lama Giler..

Selepas majlis pernikahan Najwa dan Am, saya pulang ke kampung. Kawan baik semasa saya bersekolah menengah di Sekolah Menengah Datok Bendahara (SMKDB) merancang untuk berjumpa sempena raya. Mujur pada masa yang sama dengan majlis Najwa, dapat juga saya memenuhi undangan peminat. Haha. Gitew. 

Jadinya, berjumpalah kami berempat di Taman Bahagia iaitu rumah Khariani. Semasa bersekolah, kami mempunyai gelaran berdasarkan tarikh lahir kami. Habibah yang lahir pada bulan dua, menjadi Along kami. Khariani pula Angah dan saya adalah Alang. Shikin pada masa itu sudah berpindah ke MRSM Muar selepas mendapat keputusan yang bagus semasa PMR. Jadi tak sempat jadi adik-beradik angkat kami. Ada seorang lagi teman rapat kami iaitu Shamini. Beliau tidak bersama-sama kami. Sudah ada anak tiga, jadual penuh sedikit mungkin. Lain kali kita janji jumpa yer Sham. 

Dari kanan, saya, Habibah, Shikin dan Khariani


Saya kurang kawan semasa bersekolah. Lagipun, saya mudah terlupa kawan lama. Pernah ada beberapa orang mengadd saya di facebook, saya perlu bertanya kepada Habibah kelas manakah budak itu. Tapi, sudah approve apabila melihat bekas budak SMKDB. Haha.

Kami memang berjumpa ketika raya sahaja. Tahun lepas saya tidak berkesempatan berjumpa dengan mereka kerana cuti pendek. Kami bertukar cerita untuk dua tahun. Khariani sudah mengajar di Johor Bharu. Menyewa di sana bersama beberapa orang guru juga dan hujung minggu berulang ke Jasin. Tanpa pernah gagal untuk pulang ke Jasin sepanjang mengajar di sana. Suami dan anaknya tinggal bersama emaknya di Jasin. Perkahwinan jarak jauh sudah semakin biasa di zaman sekarang ini. Sudah banyak juga terjadi kepada orang disekeliling saya. Disebabkan komitmen pekerjaan dan tanggungan yang tinggi, menyebabkan mereka terpaksa menjalani kehidupan seperti itu. Saya mendoakan mereka diberi kekuatan menghadapi kehidupan ini.

Along dan Angah saya. :D

Shikin sudah menghabiskan masternya dan kini bekerja di UM menjadi RO (Research Officer). Bila bertukar cerita, masing-masing menjerit. Dekat gila kot dengan rumah sewa saya. Sedikit pun tidak tahu. Tapi, walaupun dekat, kalau tak berjumpa, memang tidaklah. Habibah bekerja dekat juga dengan rumah sewa saya iaitu berdekatan dengan PJ Hilton. Tapi, nak jumpa dengan dia memang agak susah. Kadang-kadang sampai jumpa semasa raya juga. Sibuk urusan duniawi. ;p

Shikin yang dah kurus.

Anak Khariani, Danial apa entah. Mesti ada dua patah perkataan. Lupa pula.


Kami pulang kerana Shikin telah dipanggil oleh emaknya. Malam itu, di rumahnya ada open house untuk guru-guru di SMKDB. Dia merupakan masterchef di dalam rumahnya. Bapa Shikin merupakan guru di bekas sekolah saya dahulu. Mereka mempunyai program beraya dari rumah guru ke rumah guru yang lain. 

Selepas pulang, saya ke rumah Nenek Rammelah untuk bersiap. Sesampai di rumah nenek, ada orang sedang mengecat rumah. Selepas menjawab salam saya, dia memberitahu yang nenek saya ke rumah jiran sebelah yang membuat jamuan raya. 'Makcik pergi rumah sebelah kak'. Hokay, akak yer. Nampak tua kamu di situ. Haha. 

Selepas Maghrib, saya bertolak ke Muar untuk menghadiri kenduri Najwa dan Am. Saya berjumpa dengan kawan-kawan semasa saya belajar di UiTM Perak dan UiTM Shah Alam. Saya bersyukur dengan semua sahabat-sahabat yang Allah beri kepada saya. Secara langsung dan tidak, mereka menjadikan apa yang saya jadi sekarang. Alhamdulilllah setakat ini, saya tidak mempunyai sahabat yang pelik-pelik perangainya.  

:)

Love.

No comments:

Post a Comment