Antara keinginan saya sebelum mempunyai kereta ialah memberi makanan kepada gelandangan di KL. Ada beberapa kumpulan NGO yang melakukan aktiviti sukarela ini, saya pernah baca beberapa antaranya MRA, satu yang Mat Lutfhi join, ada Maria Elena juga join (ini semua nama bloggers ya). Budak pejabat saya pernah menyertainya dan dia berjanji akan membawa saya selepas saya mempunyai kenderaan berbumbung kelak. Alhamdulillah, ALLAH makbulkan dan mudahkan. Khamis yang lepas, Anis, Faezah, saya dan seorang kawan Anis berkesempatan menyertai program ini. Program di bawah 1charity at Masjid Jamek.
Selepas maghrib dan makan malam berdekatan dengan pejabat, kami bergerak ke KL. Program yang biasanya dimulakan jam 9.15 malam itu memang bersebelahan dengan Stesen LRT Masjid Jamek. Semasa kami tiba, sudah ramai orang berkumpul di dataran itu dan sedang menonton tayangan yang disediakan pihak pengajur. Cerita yang dipasang malam itu merupakan filem santai iaitu Wawa Semput. Ramainya memang diluar jangkaan saya. Ada hampir 100 orang saya kira. Tidak kira bangsa, agama dan umur. Ada beberapa keluarga juga turut serta. Saya terfikir, adakah mereka memang tidak mempunyai tempat tinggal? Semasa kami tiba, makanan yang ditaja oleh JAWI masih belum tiba. Kami diberi taklimat ringkas oleh penganjur. Nasihat dan Do's and Dont's diberikan adalah seperti:-
- Memberi dengan kasih sayang. Kami bukan sekadar memberi makanan, tetapi juga memberi kasih sayang kepada mereka.
- Tidak memberi sebarang wang atau maklumat diri kepada gelandangan untuk mengelakkan disalahguna oleh mereka.
Tidak bertanya soalan sensitif seperti kenapa ada di sini dan di mana keluarga mereka sekarang.- Sentiasa tersenyum.
- Tidak menunjukkan sebarang reaksi/sebolehnya mengawal reaksi terhadap bau badan mereka.
- Tidak mengambil gambar mereka secara terlampau. Seminimal yang mungkin dan tidak menggunakan flash.
- Sentiasa menggunakan sarung tangan semasa penyediaan makanan untuk mengekalkan kebersihan, tetapi semasa memberi makanan kepada gelandangan, tidak perlu memakainya.
Abang Din. Lupa dah nama penuh dia. Kira otai ar. Bagi briefing kat newcomer.
Kusyuk tak kitorang? Hehe.
Tayangan slaid - Wawa semput. Saya pun turut serta. Belum pernah tengok lagi. Wayang free. :D
Sebahagian dari gelandangan yang hadir. Sangat behave. Mungkin sudah biasa.
Anis dan kawannya. Marlia kalau tak silap namanya. TQ Anis bawa kami.
Semasa taklimat, makanan tiba. Sukarelawan yang regular dan senior seperti biasa mengisi makanan di dalam pinggan kertas. Lauk ikan keli, sayur suhun dan sambal belacan merupakan rezeki mereka malam ini. Saya berpendapat, mungkin keluarga yang datang itu mempunyai rumah, tetapi jarang dapat merasai lauk semewah ini (Bersyukurnya saya dapat merasai makanan ini sendiri jika saya inginkan.) Kami lihat anak-anak kecil ini menikmati dengan seronok. Ya ALLAH, permudahkan segala urusan mereka Ya ALLAH.
Kami mengambil tempat untuk memberi makanan. Setiap orang diberi peluang memberi kepada lima orang dan kemudian beratur kembali sehingga semua orang mendapat makanan. Bagus juga, tidak terasa sangat penat dan semua orang merasa memberi makanan kepada gelandangan. Anis dan kawannya ditugaskan memberi kuih-muih.
Penyediaan memberi makanan - bahagian air.
Bahagian makanan.
Lauk ikan keli, sambal belacan dan sayur suun. Alhamdulillah.
Sudah mula mengedarkan. Senyum dan bagi bersama kasih sayang ya sayang.
Mereka yang sedang menunggu giliran untuk memberi dan diberi.
Kami menunggu sehingga mereka habis makan. Kemudian, ada bungkusan makanan diedarkan untuk mereka membawa pulang. Selepas habis, kami mengemas tempat persekitaran. Sukarelawan yang mempunyai kesempatan, diajak mengikut senior memberi makanan kepada gelandangan yang tidak dapat hadir ke sini. Mencabar dan lebih mengetahui situasi sebenar mereka yang susah ini. Kami tidak mengikuti program itu kali ini kerana esok perlu bekerja. Mungkin di masa yang lain. Pengalaman yang menginsafkan. Bersyukur dengan semua rezeki dan kasih sayang yang ALLAH beri. Terima kasih ALLAH atas pengalaman ini.
Selesai. Alhamdulillah.
Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghulurkan kasih sayang kepada mereka. 1 charity at Masjid Jamek ini menjalankan aktiviti pada Khamis dan Jumaat malam bermula jam 9.30 malam dan bertempat bersebelahan dengan stesen LRT Masjid Jamek. Mereka sangat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Marilah bersama-sama mensyukuri nikmat ALLAH dengan menghulurkan bantuan tenaga anda di sini.
Di sebalik gahnya bangunan ini, masih ramai yang memerlukan bantuan di sini.
Love..
assalam, program ini masih lagi berlangsung ke? Makanan memang ditaja oleh pihak JAWI?
ReplyDeleteSaya rasa masih lagi. Sudah tidak dapat meluangkan masa lagi. :(
ReplyDeletesalam sy nak hubungi abg din tu macam mane ae?sbb plan nk organize charity event utk student sy..
ReplyDeleteSalam macam mana sy nak contact abg din sbb sy nak buat event community services
ReplyDeleteWan Fatimah : Maaf lambat membalas. Terlepas pandang notification. Saya tiada no mereka. Mungkin boleh pergi berjumpanya di Masjid Jamek setiap malam Khamis dan Jumaat.
ReplyDeleteMohd Rozmi : Maaf, tidak dapat membantu. Saya tidak punya no telefon Abg. Din.