Tuesday, January 29, 2013

Pahang-Selangor-Melaka-Selangor

Hujung minggu yang lepas, bertarikh 25 Januari 2012 (Jumaat), kawan baik saya Nur Faizah binti Masran telah selamat diijabkabul bersama tunang kesayangan (dan sekarang suami..Wee~~) Mohd Adzmir atau biasa kami panggil Amir sahaja. Majlis yang berlangsung di Mentakab Pahang itu merupakan sejarah dalam kehidupan saya kerana majlis pernikahan berlangsung jam 11 malam. Lebih menjadi sejarah adalah kerana menunggu imam di sebelah pihak lelaki. Tetapi, yang boleh saya belajar adalah ketenangan pihak keluarga perempuan yang sabar menunggu. Kami di dalam bilik pengantin merasa tenang walaupun mungkin hati Paie sudah gundah-gulana. Hehe. Oleh kerana tiada langsung orang bertanya di mana bakal pengantin lelaki waktu itu, maka keadaan dalam kategori terkawal. Kesabaran memang sangat-sangat membantu waktu-waktu begini. Apa yang kami buat sementara menunggu pengantin lelaki? Tara..

Gambar sendiri dulu. Lyza penemanku dan Ili peneman Paie. :D

My bestfriend wedding. Nampak tak gundah di hati Paie tu? Takde kan. Hebat Paie.

Sangat santek kawan saya ini dan tema ungu. Saya sangat suka :D 

Pengapit-pengapit yang sangat membantu.Waktu belah Paie, tidak banyak gambar dalam simpanan saya, terpaksa cilok belah Amir walaupun saya sudah berada di Melaka waktu ini.

Yang sedang memandu itu Nuar. Ada cerita pasal dia ni.

Situasi : Di pejabat sebelum wedding Paie.
Am : Nadiah, nanti ko tolong jagakan adik aku ya masa majlis Paie nanti.
Nadiah : Kenapa? Adik ko kena bagi susu ke?

-Sayang sangat kat adik dia, takut tinggal sorang-sorang masa dia jadi pengapit sampai pesan kat saya dan Faezah suruh jagakan adik dia. Walhal Nuar ni, tak heran orang mana pun. Dia boleh je bawa diri dia. Jenis orang yang campak kat laut mana pun hidup ar. Tapi, abang kan? Sayangkan adik lebih sikit-

Saya tidur di rumah Mak Ngah saya malam Jumaat itu. Bersyukur saya kerana kebanyakkan majlis kawan-kawan saya berdekatan rumah saudara. Tahun lepas Ebah. Boleh juga melawat saudara. Jika tidak, tunggu raya sahajalah. Kalau pergi. Hehe. Alhamdulillah, majlis selesai juga.  Sebelum pulang, Kamal dan Dolah baru sahaja sampai kerana mereka bekerja pada hari itu.Selepas kenduri di rumah Paie, saya bersama budak rumah No. 86 pulang ke PJ. Sampai di PJ jam 6.30 petang. Saya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka pula. Abang ipar saya bersama Achik saya belah ayah mengadakan makan-makan dengan upacara membakar-bakar ayam dan ikan. Abang Hairol sekarang memang bestlah. Dah pandai bergaul. Kami tunggu abang ipar yang lagi satu juga jadi macam dia. Haha. Sukati je kan Nadiah nak kata abang ipar sendiri? Ampun.  

Banyaknya makanan. Menarik.

Saya menghantar Lyza di Alor Gajah dan sampai di kampung jam hampir 11 malam. Berborak-borak dengan nenek dan Achik yang baru lepas makan di pangkin. Nenek Ramlah saya baru sahaja pulang kata Achik saya. Nenek saya belah emak baru pulang juga dari berjalan-jalan ke Perlis bersama-sama Achik Iza, Achik Didi, Mekna, mak saya dan Mamat. Berjalan-jalan memang menarik. Haha. Keesokan harinya, kami melawat baby baru dalam keluarga Haji Bujang. Anak Pak Busu saya yang ketiga. Tiada nama lagi. Belum dapat seru dari orang Sabah lagi kot.

Baby yang comel ini sudah terlebih hari. Alhamdulillah sihat.

Hari Isnin Selangor cuti Thaipusam. Kelebihan duduk di Selangor, cuti sangat banyak. Hehe. Sebelum saya pulang, saya sempat membayar wang pinjaman saya. Pinjaman degree saya sudah habis. Terima kasih kepada EPF saya kerana berjaya saya membayar separuh pinjaman saya. Sekarang tinggal pinjaman diploma sahaja. Mak saya sudah tidak membenarkan saya menggunakan EPF, terpaksa saya berjimat cermat untuk membayar pinjaman selepas ini. Target saya untuk habis tahun ini juga. InsyaALLAH. Moga dipermudahkan. Mari rajin-rajin baca doa ini untuk elak hutang.


Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil serta dari cengkaman hutang dan kezaliman manusia.”

Doa ni, dalam Al-Mathurat pun ada. Saya ada tampal satu kat tepi meja kerja. Pagi-pagi InsyaALLAH memang baca dan kalau rasa malas-malas nak kerja tu, rajin juga baca. Kesannya, bila malas tu rasa tak sedap hati je. Haha.

Love..

No comments:

Post a Comment