Thursday, December 27, 2012

Cuti-cuti Malaysia

Saya bercuti panjang sempena krismas. Dari hari Sabtu sehingga Selasa. Cutikan tak bermakna cuti sangatlah. Mak, ayah, kak long dan firdaus ke Perak menghadiri majlis perkahwinan anak saudara Cik Jamaliah pada hari sabtu. Oleh kerana tiada orang di Klang, maka saya menghantar Naziha ke perhentian bas kerana dia mahu pulang ke kampung. Selepas itu, saya ke klinik gigi di Shah Alam untuk pemeriksaan bulanan. Diam tak diam sudah 3 bulan saya memakai braces.  Balik ke rumah sudah tengahari. Kakak saya mengajak saya ke klinik gigi terpaksa saya tolak kerana tidak larat. Saya pulang ke Klang dari PJ pada pagi tadi, dan terus ke Shah Alam. Sampai di rumah, saya memandikan anak buah saya yang kecil. Nasiblah dapat makcik buzy yang menjaga. Mujur di bawah penjagaan Fikri, dia tidak banyak meragam. Saya pesan kepada akak saya untuk membeli lauk sahaja sebelum pulang dan saya akan memasak nasi. Itupun saya mengajar Fikri yang memasak secara lisan sementara saya menguruskan anak buah saya. Petang itu, hujan sangat lebat dan saya habiskan petang di rumah sahaja. Malamnya berborak bersama adik saya yang baru pulang dari Sarawak. Berborak-borak memang best.

Hari Ahadnya saya ke rumah kawan baik saya Kak Ila. Kawan saya ini telah berjaya memindahkan diri untuk tinggal serumah bersama suami terchenta di Sarawak. Sekarang sudah rasa biasa sahaja Sabah dan Sarawak ni. Dulu rasa sangat jauh. Kalau nak kahwin taknak dengan orang Sabah Sarawak. Susah nak baliklah. Alih-alih kahwin dengan orang Negeri Sembilan pun duduk kat Sarawak. Suami Ila merupakan tentera darat di kem Kuching. Kenduri di rumah Ila memang meriah. Emak dan ayahnya memang rajin memberi makanan kepada orang ramai. Lauk-pauk dan kuih-muih memang penuh di meja. Yang pasti ada laksa. Saya tidak mengambil nasi langsung. Cukuplah laksa sahaja. Hehe. Semasa kenduri, saya berjumpa kawan saya semasa di sekolah rendah. Zaharah. Beliau merupakan sepupu Ila dan ayahnya merupakan bekas ketua kampung ketika kami tinggal di Kg. Tepi Sungai. Sekarang beliau sedang membesarkan dua orang anaknya tanpa ayah. Beliau telah diceraikan melalui sms dari suaminya. Saya tidak mengetahui cerita sebenar. Semasa kami makan bersama, beliau menceritakan kisah hidupnya. Kental sahabat saya ini, sebaya dengan saya dan telah menghadapi ujian sesukar ini. Sekarang beliau bekerja hanya untuk membesarkan kedua anak lelakinya kerana bekas suaminya tidak menjalankan tanggungjawab. Puas turun naik mahkamah meminta hak anak-anak, tetapi jawapannya masih sama. Bekas suaminya masih tidak memberi nafkah anak-anak. Menceritakan kesukaran membesarkan anak-anaknya dengan bergaji hanya lebih kurang RM1,300 beliau berkata keluarganya banyak membantu jika menghadapi kesukaran. Ya, keluarga memang merupakan elemen yang sangat penting dalam kehidupan seseorang. Tempat kembali pulang. Keluarga yang akan membantu kita di dalam kesusahan dan keluarga juga untuk kita berkongsi kegembiraan. Saya doakan Zaharah diberikan kekuatan menghadapi ujian dan kasih sayang ALLAH dan anak-anaknya menjadi anak yang soleh dan dapat membantu ibunya ketika besar kelak. Bahagian masing-masing.

Kawan saya ni dah mengandung. Dok merungut dalam gambar nampak demok. Sepok kang. Hehe.

Malamnya saya menonton Konsert Palestin di TV Al-Hijrah. Secara keseluruhannya, sungguh bosan. Haha. Boleh tak? Konsert yang seperti memaksa kita menangis-nangis untuk Palestin. Sedangkan jika mendengar Afdlin Shauki bercerita rakyat Palestin tidaklah seperti itu. Mereka sangat kental kerana mereka sedang berjihad dan jika mereka mati, ALLAH, syurgalah tempat mereka. Cuma sajak dari Afdlin Shauki memang menyebakkan. Benarlah hidayah itu milik ALLAH. Berdoalah selalu kita diberi hidayah. Hidayah yang akan memberi taqwa dalam diri dan menjadikan hati yang sejahtera. Hati yang sejahtera untuk berjumpa ALLAH kelak. Terkadang saya lebih terkesan dengan orang yang dahulunya tidak berlatar belakang agama, tetapi apabila mereka berubah dan kembali kepada fitrah. SubhanaALLAH. Penyampaiannya, cepat meresap. Saya cemburu. Saya ini lebih mudah terpengaruh dengan artis-artis. Hehe. Benarlah artis ini membawa pengaruh yang besar dalam masyarakat (masyarakat terus). Mak saya selalu memarahi saya kerana minum menggunakan tangan kiri, tetapi setelah Afdlin menceritakan pengalamannya minum menggunakan tangan kiri dan kemudian seorang mujahidin Al-Qassam menegurnya mengatakan bahawa meminum tangan kiri bermakna kita minum bersama syaitan, maka saya sekarang lebih beringat. Haha. Pengaruh besar tak di situ? Mak pun kalah. Takpe mak, banyak lagi nasihat mak yang orang dengar.

Hari Isnin adalah masa untuk anak buah saya. Kak Mi saya meminta bantuan saya membawa anak-anaknya ke klinik gigi. Kami bertolak dari rumah ke klinik gigi jam 11.00 pagi. Akmal mempunyai gigi berlubang dan kadangkala menyebabkan pipinya bengkak. Hampir dua jam menunggu, mujur kliniknya mempunyai permainan untuk kanak-kanak. Saya tidaklah melayan sangat mereka. Mereka bermain bersama sahaja. Cuma apabila sudah bosan bermain berdua, barulah memasukkan saya dan Firdaus di dalam permainan masak-masak itu. Kami menjadi pelanggan dan mereka berdua menjadi pekedai. Sedang bermain, nama Afiq dipanggil. Alhamdulillah. Lama dah tunggu. Doktor tidak membenarkan gigi Akmal dicabut kerana masih kecil. Takut nanti gigi kekal tiada tempat untuk keluar jika sudah dicabut gigi yang sementara. Oleh kerana Akmal tidak mahu diperiksa seorang, maka Afiq pun terpaksa merelakan dirinya diperiksa. Hehe. Tiada apa-apa yang boleh dilakukan kepada dua orang ini. Maka, sebentar sahaja sesi bersama doktor. Tunggu punyalah lama.


Mainlah korang. Kalau tak, Alang yang kena layan dua jam tu.

B pun buat hal lain. Hehe. Entertainment memang terbaiklah kat klinik gigi ni.

Selepas pulang dari Klinik Gigi kami ke I-City untuk menghantar borang Tawas anak buah saya yang baru lahir raya lepas. Saguhati untuk anak selangor. Tawas merupakan simpanan untuk anak Selangor dalam bentuk bond simpanan dan hanya boleh dikeluarkan ketika berumur 18 tahun. Satu lagi projek kerajaan Negeri Selangor. Kemudian saya mengajak adik saya ke Jaya Jusco Bukit Raja untuk mencari sedikit hadiah untuk diri sendiri. Selepas bershopping sebentar, kami pulang dan sampai ke rumah jam 6 petang. Perjalanan satu hari di luar rumah bersama anak buah dan baby tercinta. Gembira. :D

Hari Selasa pula, KAMY meraikan hari jadi Pengasas KAMY En. Anuar Tahir di Subang Parade. Sudah lama tidak berkumpul beramai-ramai. Anak-anak Cik Leha semua ada kerana masing-masing sedang bercuti. Lama tidak berprogram KAMY ni. Setiausahanya kurang rajin. Haha. Kali terakhir adalah ketika berbuka puasa bersama anak yatim. Oh, nanti boleh update cerita tu juga.

Kek tempahan dari kawan Adli.  

'Adibah dan suami turut memeriahkan majlis. Semalamnya merupakan genap sebulan perkahwinan mereka. Tahniah Diba!!

Selepas program bersama KAMY, Alin dan saya membuat program lain. Kami ke Sunway Pyramid mencari harta-karun. Hehe. Malangnya, tiada rezeki pada hari itu. Saya berjaya membeli baju yang cantik di Uniqlo kerana ada potongan harga. Hehe. Kalau tak, memang taklah. Selesai bergumbira dengan sepupu kesayangan tu, saya pulang dan singgah di rumah Encik Anuar. Ada perjumpaan sempena majlis anaknya yang kedua pada 1 Jan 2013 nanti, 'Afif. Saya tidak terlibat dengan majlis kecuali datang makan, cuma saja mahu datang menyibuk-nyibuk semasa mesyuarat. Mekna dan Abang Shahrul masih lagi menyambung kontrak menjadi MC pada majlis perkahwinan itu nanti. Abang Shahrul baru pulang dari Myanmar pagi itu, dan petang terus ke rumah En. Anuar. Program terbaru Abang Shahrul adalah mahu membuka perpustakaan di Myanmar. Sekarang mahu mengumpul bahan bacaan berbahasa Inggeris untuk bacaan di dalam lingkungan remaja di sana. Saya mahu menyertai program ini. Sesiapa yang ada bahan bacaan seperti di atas, bolehlah diberikan kepada saya. :D Abang Shahrul juga mengajak jika mahu menghantar sendiri buku-buku ini di Myanmar. Wee~~~. Yang tu tak tahu lagi.

Abang Shahrul yang sangat dikagumi.
Saya pulang ke rumah sewa selepas itu. Cuti yang penuh dengan aktiviti sosial. Alhamdulilah. Saya dapat hadiah juga cuti ini. Sangat berkait rapat sesama hadiah. Penanda buku dari Mak Ngah dan buku dari Naziha yang dibeli di Big Bad Wolf. 


Penanda buku kasih sayang Lin. Hahaha.. Sila jelesh. 

Semoga masa saya bertambah selepas ini. Boleh ke? Lebih berkatlah maknanya. 

Love..


No comments:

Post a Comment