Raya tahun ini, saya beraya bersama dengan nenek-nenek di kampung. Kali terakhir pulang ke kampung adalahh semasa raya puasa yang lepas. Memandangkan cuti Raya Aidil Adha kali ini jatuh pada Jumaat dan Sabtunya saya tidak bekerja, maka saya beraya di Jasin, Melaka. Emak dan ayah beraya di Klang. Pengalaman memandu kereta manual hampir 4 jam memang meletihkan. Ok Nadiah. Sila beli kereta auto. Hehe. Saya bergerak dari rumah selepas pulang dari kerja pada hari Khamis lebih kurang jam 10 malam. Sampai di kampung jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Bersyukur juga kerana perjalanan pendek dari Klang ke Melaka sahaja berbanding mereka yang masih tersekat di kesesakan jalan raya tetapi perjalanan masih jauh seperti di Johor Bahru. Ok Nadiah, sila cari orang dekat ya. Haha.
Kemeriahan Raya saya semakin berkurang dari tahun ke setahun. Selain pergi bersolat raya kemudian memakan rendang dan ketupat, waktu lain adalah seperti saya pulang ke kampung bercuti. Hari Raya pertama saya habiskan dengan tidur di rumah makcik. Mujur nenek tidak marah, kata nenek saya penat memandu semalam. Love you nenek. Tetapi, saya tidak dapat membuat mesyuarat dengan sepupu saya. Terlupa yang sepupu saya akan pulang awal. Masa saya dikorbankan dengan tidur. Sungguh tidak produktif hari cuti saya. Untuk membalas dendam, maka saya pulang ke rumah nenek saya yang satu lagi dan membantu nenek mengemas dapur. Puas hati sedikit kerana dapat membuat amal di minit-minit terakhir hari raya. Hehe. Malamnya kami sempat membuat meeting untuk Hari Keluarga Othman yang bakal diadakan kurang sebulan dari sekarang. Argh, kena sambung taip minit mesyuarat. Malasnya. Hehe.
Hari kedua raya saya mulakan dengan berpagi-pagian menaip minit mesyuarat. Tetapi tidak siap lagi. Kemudian membantu nenek di dapur. Menu nenek hari ini adalah pulut kuning, kari daging korban dan sambal udang. Saya memberi Nafisah tugasan sambal dan saya menyediakan bahan untuk kari. Setelah semua bahan telah ditumis, saya meminta izin nenek untuk keluar. Malangnya, kereta adik saya yang saya pinjam tidak dapat dihidupkan. Baterinya mati di tangan saya. Haha. Jadi, saya meminjam kereta Pak Busu saya ke Jasin. Saya mahu mencuci rambut di kedai kawan saya, Suhaila. Dia memang mempunyai sijil untuk menggunting rambut dan segala bagai hal berkaitan rambut. Yang menarik adalah harga perkhidmatannya yang sangat berpatutan dan perkhidmatannya adalah untuk muslimah seperti saya yang mahu merasai perkhidmatan kedai gunting rambut 1st class. Kepada sesiapa yang mahu mencuba bolehlah bertemu janji dengannya di talian 016-2326983. Memang berbaloi-baloi. Saya pulang ke Klang pada hari itu juga kerana adik saya mahu belajar. Nafisah mempunyai peperiksaan akhir pada hari Isnin. Jadi, katanya mahu mengulangkaji pelajaran. Good Luck sayang!! Nafisah membawa kereta pulang dari kampung ke Maktab Perguruaannya di Bangi. Tahniah Fisha. Walaupun terdapat beberapa insiden yang saya dan Naziha terpaksa mengucap panjang, tetapi untuk permulaan orang yang baru mendapat lesen, masih di kira selamat.
Sebelum pulang, nenek saya sempat memberikan soalan cepu perak kepada saya. 'Awak ni takde lagi ke?' Haha. Gelak dulu sebelum saya menjawab, 'Belum nek, nek jangan pernah jemu doa untuk orang tau.' Nenek saya membalas, 'Setiap hari lepas solat lima waktu nenek doa.' Allah. Allah. Terharu saya. Saya juga tidak berdoa sekerap itu untuk jodoh saya. Patutlah Allah masih tidak beri. Selain kena memperbaiki diri (pesan adik-adik saya dan saya juga masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki), saya juga kurang berdoa rupanya (dibandingkan dengan dari nenek), usaha juga mungkin kurang. Saya teringat pesan Ustaz Pahrol, katanya yang terdengar seorang motivator berkata, ada dua sebab kita tidak mendapat apa yang kita inginkan. Pertama kita tidak bayar harganya (pay the price),- saya mengandaikan mungkin usaha yang kita lakukan tidak bersungguh-sungguh dan kedua adalah, kita tidak benar-benar inginkannya. Jika ada, ada, jika tiada, tidak mengapa. Huhu. Seperti saya selalu inginkan kereta VIOS, tetapi tidak berusaha ke arah itu. Selalu hanya kata-kata sahaja tetapi tiada perancangan. Ada, adalah keretanya. Maka, sampai sekarang saya hanya menggunakan kereta orang sahaja. Kedua-dua alasan itu memang terkena di batang sendiri. Saya perlu berubah. Berkorban kesenangan diri untuk berusaha menjadi diri yang lebih baik dari hari ke sehari. Mujahadah ini memang perih, tetapi jangan pernah mengalah wahai diri.
Salam AidilAdha.
Love..
Very nice entry
ReplyDelete