Monday, July 16, 2012

Hari Keluarga Haji Bujang



Perancangan awal untuk kami sekeluarga berkumpul pada cuti sekolah yang lepas adalah untuk memenuhi walimahtulurus sepupu saya Ani Mastura. Nenek dan makcik saya sudah siap-siap merancang untuk bercuti sasmpai ke Kedah menghantar rombongan belah perempuan nanti. Tetapi, kita merancang, ALLAH juga merancang. Perancangan ALLAH lebih hebat dari segala-galanya. Terdapat beberapa kesulitan, menyebabkan mereka menangguhkan majlis perkahwinan tersebut. Maka, Acik Oya bersama Pak Busu mencadangkan kami bercuti-cuti di Port Dickson. Pak Lang telah berjaya mencari Ilham Beach Resort untuk kami sekeluarga bercuti-cuti.

Acara membakar yang ditaja oleh Pakcik Isa
Saya masih dalam perjalanan kerana bekerja pada hari isnin ini.


Daus, Mina dan saya datang lewat sedikit kerana bekerja pada hari Isnin itu. Mujur ada B saya. Sanggup menunggu saya pulang kerja dan membelikan saya makanan untuk berbuka puasa. Selepas itu, baru kami bertiga bergerak ke Port Dickson. Kereta Daus memang sangat membantu keluarga kami. Merasa kami menaiki kereta besar dan laju. Weee¬¬¬.


Antara perancang aktiviti selain Ani dan Nisa. Kitorang tengah masak.

Buat julung-juling kali, abang ipar kesayangan kami join sekali.

Sarapan pagi nasi lemak. Memang best makan beramai-ramai.

Hari Selasa, dan tidak berada di pejabat. Nikmat gila perasaannya.


Pandangan di hadapan bilik kami. Ada swimming pool.

Cucu-cucu ayah saya. Nak masuk empat orang sudah.

Anak-anak Pok Teh yang jarang kami jumpa. Dari sebelah Mok Teh, Iffah, Nabila, Ira dan Fatin. Betul ke? Hehe. Rasanya betul.

 Sebelum pulang, hadiah sempena Hari Ibu. Nenek senyum ar sikit. :D

Mak dan ayah saya. Love you so much.

Pak Lang dan Mak Lang.

Pok Teh dan Mok Teh.

Pak Busu dan Mak Usu

Mamat dan Ummu.

Keluarga besar kami. Sungguh tidak sangka.

Gambar Timah sekali.

Bersama keluarga sebelah ayah, kami jarang mengadakan family day. Jika bercuti itu memang kerjanya berehat-rehat sahaja tanpa aktiviti. Bak kata Acik Oya, "kata cuti". Hehe. Tetapi, pada kali ini, kami melakukan kelainan sedikit. Anak Pak Lang bersama adik-adik saya atas inisiatif sendiri membuat sedikit permainan dan menjadikan percutian kali ini lebih bermakna buat kami sekeluarga. Sedikit permainan seperti pembaca berita berkepala banyak dan bola tampar antara sesama kami.

Kami sungguh tidak sangka dengan sambutan yang sangat menggalakan sehingga Acik terpaksa menyusun tempat tidur kami supaya semua orang mendapat tempat untuk tidur pada malam itu dengan menggunakan semua ruang di dalam resort itu. Alhamdulillah, semua mendapat tempat tidur yang selesa.

Perancangan ALLAH memang terbaik. Saya bersyukur dengan semua kasih sayang dari keluarga saya ini. Sungguh, nikmat keluarga merupakan nikmat ALLAH yang tidak akan saya dustakan. Saya berdoa kita semua akan berjumpa di syurga kelak. Amin.


Love..

No comments:

Post a Comment