Tuesday, June 5, 2012

Kisah di Tanah Suci - Bahagian 1


Sudah lebih sebulan saya meninggalkan Tanah Suci Makkah dan Madinah. Sudah sekian lama juga cuba mencari momentum untuk menulis, namun gagal. Saya kuatkan juga semangat untuk menulis setelah menonton Soal Wanita di TV Al-Hijrah. Slot yang menceritakan pengalaman Natasha Hudson ketika di Tanah Suci. Mendengar pengalamannya membulatkan tekad untuk saya menulis pengalaman saya juga. Natasha bertuah kerana telah mendapat hidayah ketika di Tanah Suci dan sekarang sudah kembali kepada fitrah. Saya cemburu. Sangat cemburu secara peribadi. Secara jujur, perjalanan saya ke Tanah Suci sungguh mudah. Saya sangat bersyukur. Ketika di sana juga, saya tidak diuji dengan dugaan yang yang berat. Semuanya dipermudahkan ALLAH. Bermula dari penerbangan dari KLIA sehingga perjalanan pulang ke KLIA semula, tiada sebarang kesukaran yang berat. 

Semestinya saya gembira sebelum bertolak kerana ramai saudara-mara saya yang menghantar saya dan nenda terchenta di KLIA. Adik beradik ayah saya, hampir ke semuanya datang kecuali Pok Teh dan Mak Ngah di Pahang. Bukan kerana saya anak buah kesayangan mereka ya. Mulanya, saya ingin berfikir begitu. Hehe. Sebenarnya tarikh bertolak kami jatuh pada hari cuti am iaitu Cuti Pertabalan Agong. Maka, semua orang yang sedang bercuti pun datang beramai-ramai berkhemah di KLIA. 


Pertama kali keluarga belah ayah saya berkampung di KLIA. Menarik. :D

Mekna yang banyak membantu mengemas baju dan pembekal ubat-ubatan untuk di bawa bersama sepupu kesayangan dan Achik supplier ubat gatal dan mask yang sangat membantu. :D 
Kami selamat berlepas menggunakan Saudi Airlines. Tandas yang terlalu canggih untuk nenek-nenek dan atok-atok menyebabkan saya bertindak sebagai pembuka pintu mereka kerana tempat duduk saya berdekatan dengan tandas. ALLAH, semoga emak saya dan ayah saya dipermudahkan urusan mereka  kelak. Kesian saya jika nenek dan atok-atok ini datang bersendirian. InsyaALLAH, pasti akan ada yang membantu, tetapi ia masih boleh dielakkan jika mereka datang bersama anak atau cucu mereka yang dapat membantu menguruskan hal mereka di sini. Layanan di dalam kapal terbang sangat bagus.

Saya sangat teruja untuk menjejakkan kaki ke Madinah. Bagaimanakah memijak tanah yang pernah menjadi tempat tinggal Rasulullah S.A.W. nanti? Teruja teruja. Sepanjang perjalanan saya berdoa semoga dipermudahkan semuanya. Doa orang musafirkan mustajab. 

Sampai di sana, wakil Andalusia telah menunggu kami bersama 3 buah bas. Saya menaiki bas bernombor 3 sepanjang perjalanan kami di Madinah dan Makkah. Mutawwif yang bertindak menjaga kami merupakan pelajar Indonesia yang belajar di sana. Mukanya seiras sepupu saya (anak arwah Pak Ngah saya yang sulung- Muhammad Ishak) sehingga setiap kali beliau datang kepada kumpulan kami, saya akan berkata kepada nenek saya, "Nek, Mamat datang tu." Hehe. 

Kami tiba di Madinah pada malam hari. Memang benarlah bandar bercahaya. Sepanjang perjalanan ke Hotel, kami melalui bandar dan dipenuhi dengan lampu-lampu. Selepas selamat mendapat bilik, di mana saya di tempatkan bersama nenek-nenek saudara seramai lima (5) orang. Keesokan paginya kami bersolat subuh di Masjid Nabawi. Perasaan yang tidak dapat digambarkan. Alhamdulillah, saya telah sampai ke Madinah. Selepas bersolat subuh dan bersarapan, program kami diteruskan dengan melawat ke Raudhah. 

Pakcik Wahab - Mahram saya semasa melalui imigresen di Saudi.

Inilah kumpulan kami. Dari Melaka.

Gambar di atas yang berjaya dirakam sebelum memasuki Raudhah. Kamera adalah larangan untuk wanita, maka saya kirimkan kamera ini kepada Pakcik Wahab untuk dia pegang dahulu. Cuma tiga (3) hari sahaja kami di sini. Tiga (3) hari di sana bagi saya sungguh lama. Pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Di Madinah lebih tenang berbanding di Makkah. Alhamdulillah, saya berjaya bersolat empat (4) rakaat di Raudhah dan berjaya memasuki Raudhah sebanyak dua (2) kali. Pertama memang terdapat di dalam program yang disediakan oleh Andalusia dan kali keduanya diajak oleh Nek Som. Seronoknya pergi bersama nenek-nenek ini adalah kerana mereka sudah mengetahui tempat-tempat yang mustajab berdoa dan akan teruja untuk pergi ke sana sekerap yang mungkin. 

Inilah budak bilik saya ketika di sana. Dari kiri Nek Som, Nek Jenab, Nenda terchenta, Cik Zah dan Nek La. Makcik yang sorang lagi sedang menunggu kumpulan lain. 

Di dalam pasar di ladang kurma. Tetapi kurma di sini mahal dan tiada sistem pembayaran yang teratur. Siapa hebat dia boleh bayar dahulu tanpa perlu beratur. 

Melawat ke ladang kurma. Kurma mentah. Rasanya kelat-kelat. 

Berdekatan dengan Jabal Uhud dan di sini juga terdapat makan Sayyidina Hamzah yang syahid dalam peperangan.

Turun dengan CIk Zah sahaja. Nenek-nenek lain di dalam bas kerana masing-masing dah pernah datang. 

Pemandangan dari atas bukit. Saya daki tidak terlalu tinggi juga. 

Dari dalam bas sebelum bertolak ke Makkah. Hotel saya bertentang dengan Hotel ini.

Saya tinggalkan Madinah dengan harapan dapat ke sini lagi. Jika mampu, saya mahu datang bersama mak dah ayah saya kelak. Ia adalah perasaan yang seronok dapat membantu nenek-nenek itu walau hanya membawa beg turun ke bawah lobi dari bilik. Ia akan bertambah seronok jika yang ditolong itu merupakan ibu dan ayah saya. Apapun, masih bersyukur diberi peluang ini. Alhamdulillah. 

Semoga saya diberi kekuatan menulis pengalaman di Makkah pula esok. :D

Love..

No comments:

Post a Comment