Saturday, February 18, 2012

Kasih sayang di PMC

Semalam bersamaan Jumaat, Mr Looi memanggil Faezah dan saya untuk perbincangan mengenai kerja kami. Pada pagi itu, Faezah telah bertanya masa yang Mr Looi ada untuk bertanya soalan dan menunjukkan kerja kami yang diberikan Selasa lalu. Mr Looi kata "Nanti I panggil you". Masa yang Mr Looi lapang adalah pada pukul 6 petang. Haha. Betapa sibuknya bos saya. Perbincangan yang memakan masa sejam setengah itu telah menyebabkan perancangan saya untuk belajar berenang terpaksa ditangguhkan. Cita-cita saya pada tahun ini adalah untuk belajar berenang dan bermain gitar. Tetapi, bermain gitar perlu ditunda dahulu. Berbalik kepada perjumpaan bersama Mr Looi, beliau menyatakan kerisauannya mengenai final quantity yang tidak nampak lagi walaupun projek hampir siap. Sudah lama beliau inginkan kami menunjukkan kuantiti yang sudah kami buat kepada beliau. Tetapi pada tahun lepas, saya menghadapi sedikit kerisauan untuk memberitahu superior saya apa yang Mr Looi atau orang lain inginkan. Senior saya merupakan seorang yang bengis. Saya selalu dimarahnya dan caranya bercakap seperti menengking. Sehingga ada budak pejabat saya bertanya bagaimana saya boleh menghadapi bos seperti itu setiap hari. Alhamdulillah, saya jenis yang tidak kisah dan terasa hati dengan senoir saya ini. Jika tidak, mesti saya penat kerana hampir setiap hari moodnya tidak boleh dijangka. Dia boleh berubah sikap dalam sekelip mata. Pernah beberapa kali saya ingin berhenti kerja kerana berasa tidak sanggup lagi dimarah sebegitu. Menangis? Hehe. Pernah-pernah. Saya pernah menangis semasa di PMC dulu. Tetapi, itu menjadikan saya kuat. Benarlah Firman ALLAH yang bermaksud

"Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutanm kelaparan, kekurangan harta jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar"(Surah al-Baqarah ayat 155).

Janji ALLAH itu benar, Alhamdulillah, tahun ini senior saya mula berubah sikap. Dia lebih terbuka dan mudah menerima pendapat orang. Dia mula rajin bercerita mengenai keluarganya dan saya mendapati kehidupan zaman kecilnya susah. Kami sudah mula bertukar pendapat mengenai pekerjaan kami. Dia mula berkongsi semua maklumat yang sebelum ini hanya disimpan mengenai projek ini yang melibatkan private and confidential daripada saya. Saya bersyukur dengan perubahan itu. Pada hujung tahun lepas semasa dievaluasi En Nadzri mengenai pekerjaan saya sepanjang tahun, saya merasakan saya tidak banyak berubah dan ilmu saya tidak bertambah (dari segi kerjayalah) sepanjang tahun yang lepas. Jadi, saya bercita-cita untuk meningkatkan ilmu QS yang dapat digunakan selepas projek ini. Dan ALLAH membuka jalan dengan perubahan sikap senior saya itu. Saya perlu mengutip sebanyak ilmu dari senior-senior dan bos-bos saya. Mr Looi merupakan seorang profesional. Dia memang bersemangat untuk menyuruh kami menjadi chartered QS. Semasa berbincang, baru kami mengetahui yang sebenarnya pakej kami ini mempunyai banyak masalah. Semua benda boleh dipelajari kata Mr Looi. Rajin-rajin bertanya mengenai benda yang kami tidak ketahui dan jangan mengandaikan (assume), kerana mungkin salah atau kalau betul sekalipun, mungkin ada benda lain yang kami boleh tambah untuk maklumat itu dan benda itu bos kami tahu melalui pengalaman kerja mereka. Selain itu, Mr Looi juga menyatakan bahawa kami telah memilih jalan hidup sebagai QS, maka kami perlu menempuh semua halangan yang ada di hadapan dan dia akan membantu untuk menjadi QS yang lebih berjaya. Cita-cita saya yang baru, untuk menimba ilmu QS sebanyak mungkin pada tahun ini dan setelah habis projek ini, saya dapat mengaplikasikan ilmu ini pada projek akan datang. Mari Faezah, kita bersama-sama menyahut cabaran Mr Looi. :)

Satu nikmat di alam pekerjaan saya yang tidak saya dustakan ialah kawan-kawan saya yang saya sayangi. Malam Selasa lalu, JVians telah membelanja kami Gamudians sebagai timbal-balas kami membelanja mereka bulan lepas. Yang comelnya kawan-kawan saya ini, mereka menunggu saya pulang dari Langkawi baru membuat majlis ini. Perancangan awal untuk membuatnya pada hari Isnin tetapi ditangguhkan. Terima kasih korang. Makan di The Street The Theobrama Chocolate Longue sambil membuat aktiviti tahunan kami-menyambut harijadi Ili memang menyeronokkan. Tetapi, service pada malam itu sungguh hampeh. Mungkin disebabkan oleh semua mahu makan sempena Valentine's Day, tetapi di dalam restoran itu tidaklah ramai orang. Mujur mejanya seperti sofa di rumah, maka saya dapat bermalas-malasan je semasa menunggu.

Faezah sempat balik dan tukar baju. Rumah dekat sangat.

Pasangan suami isteri yang menunggu orang ke-3 bersama birthday girl


Wish you all the best this coming year dear. :)

Sorang dah tak bujang lagi. Adli, tahniah!! Yang lain, tunggu turn.

Bunga-bunga yang sedang mewangi. Ahaks. :P

Sayang korang semua. :D


Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan (Surah ar-Rahman). Terlalu banyak nikmat ALLAH kepada saya. Semua untuk menjadikan saya hamba ALLAH yang lebih sempurna di mata Pencipta saya. Saya masih belajar dan terus akan belajar. Semoga saya menjalani hidup ini dengan lebih bersyukur dan beramal dengannya. You can do it Nadiah. :D

Love..

2 comments: