Friday, February 25, 2011

Makan-makan di malam hari

Semalam saya keluar bersama Sze Zee. Budak pejabat yang duduk di belakang saya. Juga merupakan tempat untuk saya meminta sarapan pagi. jika tiada stok dari Kak Morni. Selain itu, kami berkongsi Senior QS yang sama. Jadi, sangat memahami perasaan apabila dimarahi. Hehe. Tempat makan kami mestilah di dalam Amcorp Mall kerana saya perlu mencuci gambar. Sze Zee menjemput saya di rumah selepas maghrib.



Setelah hampir dua tahun di Gamuda. Ini yang Sze Zee dapat. Cermin mata. Hehe.
Saya juga mungkin perlu menggunakannya juga. Huhu.

Setelah menghantar gambar, kami mencari kedai makan di dalam Amcorp. McD, awal-awal sudah ditolak. Saya memang tidak makan,satu-satunya pemboikotan yang masih berjaya. Sze Zee juga tidak makan burger McD. Pencarian masih diteruskan. Kami ke Selero Nogori. Melihat terlalu banyak kari, Sze Zee tidak begitu selesa. Dia tidak berapa makan pedas. Kami terlihat Kenny Rogers. Haha. Sze Zee macam keberatan. Takpe, kita cari kedai lain. Ada ala-ala kopitime di tingkat bawah. Di dalam menu juga ada nasi. Harga berpatutan untuk menyuruh orang membayarkan untuk kita. Hehe. Saya dan Sze Zee masuk ke dalam kedai. Malangnya, pelayan di situ memberitahu 'Kitchen closed already. Only toast and drink'. Sze Zee sudah lapar. Dia tidak makan tengahari tadi. Akhirnya, kami terpaksa ke Kenny Rogers juga. Maafkan I Sze Zee. Meng'pau' U secara terlampau. Hehe. Kenapa dia perlu membelanjai saya? Hehe. Kami telah membuat perjanjian. Saya telah belanja Sze Zee ketika mendapat bonus saya, dan sekarang masa dia pula. Tetapi, saya hanya membelanjanya A&W. Kurang adil di situ. Apa-apapun, terima kasih Sze Zee. XD


Ayam Sze Zee sedang dipanggang. Makan side dish dulu.


Hari ini,saya menjemput Miera di LRT Asia Jaya. Jam 5 petang bertolak dari Kamunting, sampai sekitar jam 11 malam. Dalam keadaan renyai-renyai, Miera mengajak saya ke Murni di SS2. Maka, inilah akibatnya. Pada jam 11 malam, kami melantak Roti Beckham dan Mee Raja. Sangat kenyang. Miera belanja pula malam ini. ALhamdulillah. Rezeki saya murah minggu ini. Terima kasih miera.


Mee untuk raja-raja.

Miera dan Roti Beckham, Habis tu.

Saya berjaya mengupdate entri dalam masa yang pendek. Perlu selalu menulis, tetapi tidak terlalu panjang. Saya mempunyai sikap untuk menulis entri yang panjang di dalam blog. Menyebabkan blog saya kurang diupdate selalu. Mungkin perlu kurangkan perkataan. Hehe. Esok saya dan Miera akan ke Sunway Lagoon. Ramai lagi sebenarnya, Ebah, Am, Kerul, Kak Morni. Seronok. Pertama kali ke sana sempena Hari Keluarga Gamuda. Mari beronok-ronok besok.

Kak Morni, dengan tidak semena-mena menjadi komiti petang tadi. Dapat topi Nike original. Pinjam kejap akak.

Love.

No comments:

Post a Comment