Saya tidak pernah perasan (saya ini kurang perasan orangnya) yang bulan Mei merupakan bulan yang paling banyak sambutan hari. Jika anda adalah seorang pekerja yang bekerja sebagai guru atau jururawat dan juga seorang ibu serta mempunyai tarikh lahir pada bulan ini, maka sekurang-kurangnya empat kali sambutan akan dibuat untuk anda pada bulan ini. Gembira bukan? Itu jika semua sambutan itu disambut secara berasingan. Tetapi, jika keadaan kewangan tak mengizinkan, maka semua sambutan itu akan disekalikan. Masih gembira juga kerana ianya disambut dari tidak disambut langsung.
Saya telah menyambut Hari Pekerja dan juga bakal menyambut hari lahir pada bulan ini (haha.. iklan secara terlampau di situ). Masih belum menyambut Hari Ibu sebagai seorang ibu. Hehe. Hanya menyambutnya bersama mak saya sebagai ibu yang telah membesarkan kami lapan beradik. Seingat saya, kami sekeluarga jarang menyambut Hari Ibu secara meriah. Hadiah juga saya hampir lupa pernah atau tidak memberi kepada mak saya sempena Hari Ibu. Bukan bermakna kami adik-beradik tidak sayang mak kami. Kami sayang mak kami. Saya perlu bertanya kepada adik-beradik saya mengenai sambutan Hari Ibu pada tahun-tahun lepas. Mungkin kami pernah memberi hadiah kepada mak tetapi saya terlupa hadiahnya. Tahun ini lebih meriah. Nafisah telah membelikan kek dan sambutan disambut bersama dengan kakak saya yang telah bergelar ibu dan bakal bergelar ibu serta makcik saya yang tinggal di Klang. Selamat Hari Ibu, Mak!!
Muka mak tanpa tekanan.. hehe..
Love..Bercerita mengenai mak saya, saya akui kurang rapat dengannya berbanding ayah saya. Adakah saya telah menyetujui pendapat orang ramai bahawa anak lelaki lebih rapat dengan emak dan anak perempuan lebih rapat dengan ayah? Saya kurang pasti. Saya sayang emak saya. Dia telah membesarkan saya menjadi seperti sekarang. Terima kasih emak. Walaupun selalu bertekak dulu-dulu (sekarang dah kurang) semasa saya meningkat remaja. Saya masih selalu diingatkan oleh kakak saya supaya tidak melampaui batas. Terkadang saya selalu merungut, mengakui diri ini sudah hebat dan bertindak melebihi batas seorang anak. Maafkan orang mak.
Saya masih insan yang lemah, selalu berperang dengan perasaan. Apabila Allah berikan saya kesenangan, saya lalai. Seringkali merasa hebat atas nikmat yang diberikan kepada saya. Sedangkan itu merupakan nikmat kepada mak dan ayah saya yang Allah salurkan melalui saya. Saya hanya insan yang bekerja untuk menyampaikan nikmat itu. Tidak perlu merasa hebat kerana mendapatnya dan berbangga atas nikmat itu. Pengalaman mendewasakan saya. Bukankah sebaik-baik manusia adalah yang berjasa kepada keluarganya? InsyaALLAH, orang akan berubah menjadi anak yang lebih baik selepas ini mak.
Telalu sedikit kenangan bersama emak semasa kecil (seperti biasa, kepala telah dihantuk ke dinding menyebabkan separuh ingatan di waktu kecil hilang) untuk saya ingati. Ketika besar, saya jarang merakam kenangan bersama emak juga. Saya perlu mencipta kenangan yang lebih banyak selepas ini sementara emak masih ada. Harap saya dapat menunaikannya.

I love you so much.. :)
Jaga baik-baik kakak saya tu!
ReplyDeleteNadiah,
ReplyDeleteDi antara 9 beradik, emak awak lah yang mula-mula membantu keluarga, sebab dia yang mula bekerja. Walaupun bekerja kilang tapi dia lah yang pertama dapat memberi duit kepada nenek Mariam dan membantu membeli barangan dapur pada masa tengah susah dulu . Mak Ngah sampai sekarang masih merasa kesal sebab tak dapat memberikan sebahagian gaji untuk arwah nenek Mariam, tetapi Alhamdulillah dapat berbakti kepada arwah atuk, oleh itu semasa emak masih ada ni berbakti lah, jangan membangkang apa yang di cakapkannya, mungkin emak tidak sebijak kita, tetapi dia ibu kita, jangan sekali-kali menyakiti hatinya, ingat, kalau hendakkan redha Allah, perlukan redha ibu.
Pak Busu : Baik!
ReplyDeleteMak Ngah : Terima kasih atas kasih sayang dan cerita mengenai mak yang akan saya ingat dan jadikan panduan.Betapa hebatnya mak saya. Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang membalas pengorbanan emak walaupun sebenarnya tak terbalas. Saya tidak akan mensia-siakan peluang ni. InsyaAllah, saya akan mencari redha Allah dan berusaha menjadi anak yang solehah.
Kak ieya,
ReplyDeleteBetapa besarnya jasa mak..tapi, sampai sekarang kita tak mampu untuk membalasnya..Fisha sayang mak dalam apa jua keadaan..=)