Wednesday, December 18, 2024

Forecast Terakhir 24

Kali ni Evan ada. Cuma dia masuk lambat sebab ada meeting lain. Mula-mula Daniel datang sorang, aku memberanikan diri tanya mana Evan stated that biasanya diorang datang sekali. Alamak, susah sikit nampaknya meeting kali ni walaupun takde movement. 

Kali ni Andy gali cost code yang sikit baki dia. Tapi, kita ada dalam 6 bulan lagi kerja sampai tahun depan. Banyak kerja mechanical. Aku setiap kali meeting dengan engineer, meeting mechanical paling pening. Kali ni Ahmed takde. Cuti paternity, so Firdaus dengan Danny yang masuk. Eh, dua jam habis yer. Actually, sejam 45 minit sebab Daus kata, diorang start lambat. Aku pulak pergi solat kejap. 

Paling perform Layla. Dia sorang je jaga electrical works. Kadang-kadang, pagi tu datang awal jam 6 sebelum meeting jam 12 tengahari. Group cross-passage under Hew pun tenang je bila meeting. Boleh explainlah kalau overrun tu kenapa. Yang group mechanical ni paling pening. Tapi, diorang dapat award masa Gamuda dinner. Aku pun mengumpatlah dengan Mira dan Layla, ‘Sebab tu kau jangan tengok luaran je. Nampak bagus terima award bagai, buat forecast hauk.’ 

Sebenarnya, taknaklah kutuk orang sangat. Aku takdelah bagus juga.  Aku pun work in progress. Alhamdulillah kena campak sini, takdelah aku duduk kat zon selesa aku. Tapi, asal kat sini pun macam selesa? Nadiah nadiah. 

Aku ada terinspirasi satu podcast ni, masa scroll2 youtube sebab dah premium, terjumpa podcast ni. Seorang Dr by PhD Dr. Bagus Muljadi dari Indonesia, mengundang seorang kanak-kanak Rayner Setiawan. Episod ni membuka mata dan minda saya. Tapi, biasanya akan stop dan tak berlanjutanlah semangat tu. Rayner ni ada akaun instagram sebab dia suka sains dan mak dia galakkan dia buat akaun tu untuk dia ajar orang masa umur dia 8 tahun. Lapan tahun wei. Aku buat apa time tu? Time 38 tahun ni pun aku tak buat apa yang wau pun. Haha. Takpe, kita takde pertandingan siapa hebat buat apa. Janji kau bermanfaat untuk orang lain dengan kapasiti kau. Aku habiskan podcast ni walaupun diorang cakap pasal sains yang aku tak faham sangat. Dengar sebab kagum dengan budak ni dan sangat merendah diri walaupun ilmu dia banyak giler. Moga membesar sentiasa dalam lindungan Allah dan beri manfaat orang lain. 


Satu quote yang aku rasa boleh ambil dari podcast ni adalah ‘Kau tak boleh ubah sesuatu dalam seminggu, tapi kau boleh tukar pemikiran kau dalam satu saat.’ - Bacalah Atomic Habit. 

Aku ni, dah lama terdedah dengan orang-orang hebat. Tak amik langsung iktibar orang keliling. Masa dengan En. Anuar, kawan2 dia jangan katalah hebatnya, excellent di setiap bidang. Aku rasa aku boleh push lagi diri ni. Cuma malas dan biasa membazir masa muda dan sihat je. Haha. Tapi, ada satu habit yang aku syukur sangat  iaitu senang terikut orang lain terutamanya benda-benda baik. Aku ada fasa suka dengar Ust Wan Ji, Prof Muhaya, Habib Jaafar, Jordan Peterson, Zulfikri Zamir, Ust Azlan Shah, Gita Wirjawan, Dr. Maza, Ust. Pahrol Juoi, Dr. Omar Suleiman, Sheikh Hamza Yusof, Dr. Yasir Qadhi, Tariq Ramadan, Dr Fahruddin Faiz, Prof Quraisy Shihab, Ust Khalid Basalamah, Oki Setiana Dewi dan lain-lain. Yang ni yang aku ingatlah. Ada fasa-fasa time dengar tu, dia aje. Lepas tu tukar. So, sekarang tengah dengar log-in. Podcast Habib Jaafar dengan Onad. Kau tengok sudut pandang agama Islam dan agama lain. 

Alhamdulillah, tak jauh lari sangatlah pedoman hidup ni sebab berada dalam lingkaran orang yang baik dan masih mencari kebaikan. Walaupun boleh jadi lagi baik sebenarnya. Marilah kita tengok macammana hidup lepas ni. Semoga menjadi lebih baik dan bermanfaat untuk ramai. 

Last forecast Nov24

Siap untuk digomol

Bibik baru sempena Black Friday

Malas cakap

Alhamdulillah

Love..

No comments:

Post a Comment