Antara benda yang selalu ditegur Ai Tee dulu adalah kurang check kerja. Saya akui agak clumsy dan tidak teliti di bidang ini. Jadi biasanya akan memeriksa beberapa kali kerja sebelum menghantar apa-apa email. Dah apabila teringat, pastinya mengucap Bismillah sebelum menekan butang "Send".
Forecast meeting kali ini mencatatkan overrum $500k. Dengan ketiadaan Evan, dan gagalnya Dan menjawab dan menjustify mengapa ada overrun, menegangkan suasana di dalam bilik meeting. Berbanding di Malaysia, walaupun overall budget dipegang oleh Project Manager, kami sebagai QS masih ada say terhadap budget2 itu. Tidak di sini, saya merasakan begitu sukar untuk memahami apa yang mereka forecast dan sepertinya bertukar-tukar setiap bulan. Terutamanya untuk plant team.
Saya agak kesian melihat Dan di dalam meeting waktu itu dan berdoa dia diberikan ketenangan. Tetapi, itulah harga yang perlu dibayar dengan jawatan dan gaji itu. Ketika meeting bersama-sama dengan engineer, beberapa kali saya mendengarnya mendengus. Teringat saya di bulan lepas semasa dia bercuti sebulan, Evan siap berpesan kepada saya yang dia akan membuat bahagian forecast Dan. Tetapi kali ini, Dan masih memerlukan Evan kerana saya ternampaknya meeting online bersama. Saya selalu berdoa semoga saya tidak menyusahkan orang dengan ketidakcekapan saya, jika tidak boleh membantu yang banyak pun.
Semasa meeting itu, Hau Wei juga telah menegur kami tidak pandai menjaga budget. Saya merasa terasa. Adakah semenjak saya memegangnya, budget itu menjadi kacau-bilau? Saya tidak dapat membantu banyak waktu itu. Kemudian Andy meminta saya membuat summary forecast movement dan risk & opportunity sepanjang 12 bulan dan menghantarnya selepas meeting.
Saya telah membuat summary dan meminta pandangan Chin, Ian dan Dan jika ada yang mahu ditambah. Biasanya saya tidak begini, saya hanya terus mengemail sahaja kerana di sini, pekerjaan saya sepertinya stand alone task. Setelah penambahan semua orang, saya mengemail kepada Andy dan cc kepada beberapa bos besar.
Nak dijadikan cerita, data yang saya berikan tidak cukup dan telah ditegur oleh Andy. Andy telah meminta saya membetulkannya dengan memberikan link tempat yang sepatutnya saya cari. Dan lebih dramatik kisah ini, semasa menerima email daripada Andy, Ian berada di Rosehill. Biasanya Ian hanya sekali seminggu sahaja di Rosehill. Saya mendengar Ian berkata ‘Fu**.’ Ketahuilah bahawa saya telah mencemarkan nama baik dia di mata Andy. Bagusnya Andy, dia hanya memberitahu saya kesalahan dan cc ke Ian. Tidak ke semua orang. Menjadikan saya juga menanamkan cita2 untuk tidak mencari masalah dengan semua orang dan cukuplah kepada orang yang terlibat sahaja.
Setelah itu, saya ke Ian dan meminta maaf. Ian berkata begitu kecewa kerana kesalahan ini tidak patut ditegur oleh seorang DPD. Saya meminta maaf sekali lagi kepadanya, dan cuba membetulkan keadaan. Dia hanya mengangguk dan berkata untuk meminta maaf kepada Andy juga. Saya telah bertanya dengan chatGPT contoh membuat email untuk menyatakan maaf kepada bos. Haha
Di satu sudut, saya bersedih kerana tidak menjadi seorang Cost Controller yang baik. Alangkah gembiranya jika saya itqan dalam pekerjaan dan dapat membantu orang ramai dan tidak menyusahkan orang lain. Di dalam kes ini, Ian. Saya juga membandingkan diri sendiri dan Chin waktu itu. Jika Chin, pasti benda ini tidak terjadi. Sudahlah Nadiah, Chin telah naik satu step ke atas. Kau tidak perlu membandingkan diri kau dengan dia. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan, raikan semuanya.
Di satu sudut yang lain, saya percaya ini qada’ dan qadar yang Allah tetapkan untuk saya belajar sesuatu. Kerana, saya saya telah bertanya kepada semua orang dan Allah tidak mengilhamkan saya untuk membuka folder yang satu lagi untuk mendapatkan jawapan. Saya perlu lebih berhati-hati dan lebih fokus dalam pekerjaan saya. Dah boleh rancang untuk mulakan bangun tahajud konsisten seminggu sekali dan tidak mencari Allah saat susah sahaja. Dah umur-umur macam ni, fokus sikit Nadiah.
Kat sini, DPD pun boleh message ko |
Be better |
p/s: Dalam bas nak pergi 12 jam trip ke Great Ocean Road dan aku terlupa bawa buku dan bateri habis kalau tengok telefon. So, menulis blog kita. 😍
No comments:
Post a Comment