Saturday, January 11, 2025

Perjumpaan selepas setahun

Aku balik Malaysia 19hb December 2024 dan pulang semula ke Sydney 15hb Jan 2025. Kak cik menasihati aku untuk membuat jadual pulang, jika tidak pasti cuti aku akan terhabis begitu sahaja. Begitu dia mengenali kakaknya yang tidak berperancangan ini. Haha. Sebagai seorang yang mendengar kata dan memikirkan kebenaran cadangan itu, aku membuat jadual. Penuh wei jadual cuti. Ramai yang perlu aku jumpa rupanya. Haha. 

Perancangan awal

Aku rasa, dalam perancangan ni, 70% aku ikut. Kecuali makan dengan Mekna, tidur hotel dengan geng luncheon dengan sarapan pagi kat tasik je tak dapat. Tapi, jumpa je semua masa kenduri nenek Rammelah masa tu. Alhamdulillah dapat penuhkan jadual aku cuti ni. 

Flight akukan delay, Deekay siap text boleh ke nak jumpa Sabtu tu? Ada jetlag ke? Aku kata, okay je. Dah takde hujung minggu dah. Penuh jadual aku. 

First batch

Aku dengan Deekay biasa je borak

Hari Ahad tu, sambut birthday En. Anuar dengan Mekna. Mak order roti jala, Mekna beli satay. 

Pic by Kakak Afifah


Sepatutnya hari Ahad tu Along nak bawa mak pergi Mydin, tapi aku kata takpelah hari Isnin nanti aku pergi dengan budak-budak ni. Aku angkut Afifah dengan Acap pergi untuk tolak troli. Berguna yer masing-masing minta tolong. Kena belanja diorang apa benda ntah. Okay je, kalau nak keluarkan duit Alang boleh. Haha. 

Resit panjang2 ni



Selasa pula petang aku bertolak ke Melaka selepas mengemas satu rumah dengan Nafisah. Satu rumah kena kemas sebab nenek Sa’abah nak datang hujung minggu tu. Sampai2 kat Melaka, makan lauk nenek masak. Menariknya balik kampung. Lama dah tak tolong kenduri. Nenek tak masak kali sendiri, order je. Pastu Mak Chah order kolam untuk budak-budak. 






























Hari Khamis pula pergi sarapan kat Tanjung dengan Acik Oya, Safwan, Moksu dan anak-anak ayah. Benda nampak simple pergi makan tapi cara ni je ar nak rapatkan hubungan keluarga. Pastu Mok Teh minta tolong Safwan kalau ada orang untuk cepatkan Nabila nak beli kereta. Kita rasa, kita taknak susahkan orang. Tapi, sebenarnya dengan susahkan orang ni kita rapat sebenarnya.

 





















Busu Wan


Nenek, Acik Oya dan Safwan ikut balik sekali Klang. Aku ada rezeki lebih order kolam untuk budak-budak ni. Rezeki budak2 ni juga sebab sepatutnya kitorang order hari Jumaat pagi jam 8 malam, tapi orang tu kata nak pasang hari tu petang. Mungkin sebab ada banyak tempat nak pergi Jumaat tu. Kakak pipah yang uruskan nak sewa. Budak-budak ni, bila bagi tanggungjawab, boleh je buat. Kita je tak bagi. 

Petang tu, Moksu Bahiyah sampai. Malam pula, Fahmi sampai. Rumah ayah ni memang tempat berkumpul. Alhamdulillah Nafisah dengan aku dah kemas sebelum balik kampung Hari Selasa, nampak presentable sikit. 

Aku kena sedia je akan tiada orang-orang tu ni. Nenek Rammelah dah 80 tahun. Nenek Saabah dah 85 tahun. Diorang akan takde satu hari nanti. Semasa ada kes yang sementara ni, saya mencipta memori bersama mereka. 

Doakan rajin buat reels. 

Love..