Wednesday, January 17, 2018

Muhasabah Diri

Menerima pesanan adik saya semalam, menyuntik sedikit hati kecil saya. Dia kini sedang berdepan dengan sedikit dugaan dalam hidupnya. Sepertinya, saya juga seperti itu. Mencari-cari arah diri sendiri ke mana haluannya sekarang.

Dalam pada itu, berhadapan dengan Deekay yang masih sakit walaupun telah dibedah. Sakit dan kurang sokongan dari keluarga pula menyebabkan dia semakin putus harapan. Menyebabkan saya bersyukur banyak untuk nikmat sihat dan nikmat keluarga. Semoga saya dapat memberikannya kekuatan untuk berhadapan dengan semua ini. 

Kita manusia yang ada kalanya kuat seperti harimau dan kadang-kadang kecil seperti nyamuk. Setiap hari perlu berlawan dengan diri sendiri, syaitannirrajim, hawa nafsu dan alam sekeliling. Jujur saya adalah orang yang tidak kuat sendirian. Selalu saya memerlukan faktor luaran dan orang luar untuk berubah. Alhamdulillah, Allah hadirkan orang-orang yang baik di sekeliling saya dan tidak mengajak saya kepada kejahatan. Semoga kekal semuanya sehingga akhir.

Doa saya kepada semua yang sedang berhadapan dengan apa jua keadaan, semoga Allah menunjukkan jalan keluar, memberi ilham, memudahkan, memberikan ketenangan kepada hati, berharap hanya kepada Dia, meminta hanya kepada Dia dan sentiasa bersangka baik dengan semua qada' dan qadar. Allah sayang, Dia uji.

Maka sesungguhnya, bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya, bersama kesulitan itu, ada kemudahan. (94 : 5-6)  


Hati
Berhati-hati ketika ini
Tika masih mencari erti
Erti kelangsungan diri

Diri 
Ini sandarannya Ilahi
Ilahi pengikat hati-hati
Hati-hati murni suci

Suci
Sesuci kasih Ilahi
Ke syurga yang hakiki
Syurga yang kekal abadi 



Love..

Friday, January 12, 2018

Hari Keluarga Bujang 2017

Alhamdulillah. Setelah perancangan yang bermacam-macam ragam, maka terjadilah Hari Keluarga Haji Bujang di Port Dickson. Villa 69 memang tempat yang menarik. Walaupun kecil sedikit, tetapi kolam renangnya memang memuaskan. Kanak-kanak dapat bermain dengan gembira tanpa mengenal penat lelah. Bila kanak-kanak gembira, maka ibu ayah juga gembira. Letak sahaja mereka di dalam kolam renang, dan buatlah apa sahaja mak ayah nak buat. Kolam pula ada dua ketinggian. Ada gelongsor lagi. Memang seronoklah budak-budak. Akmal siap, saya baru bangun Isnin tu, dia dah dalam kolam, kami dah makan, nak buat makan tengahari, dah siap masak tengahari pun masih dalam kolam. Memang seronok sangat kau orang ya.

Seperti dua tahun lepas, kami akan bercuti selama dua hari di sini. Jadi, memberi peluang kepada sesiapa yang tak dapat join jika antara satu hari itu ada kerja yang perlu dilakukan. Safwan dapat join hari Sabtu Ahad sahaja. Taqi pula dapat join hari Ahad dan Isnin sahaja. Yang join dua-dua hari ni, tenanglah menghabiskan cuti di tempat yang tiada talian telefon ini. Port Dickson kot. Tiada talian telefon. Kahsian betul. Semua menggunakan streamyx tuan rumah, ayah pula menggumakan YES yang boleh dibawa ke mana-mana itu.

Hari Sabtu  (2hb December 2017) saya memandu ayah ke Port Dickson. Berhenti solat di Nilai untuk mengambil Naziha yang menghadiri kenduri kawannya. Sesampai di PD, borak-borak sedikit, solat Maghrib. Afiq menjadi bilal dan ayah imam. Malam tu cuma aktiviti BBQ dan penyampaian t-shirt. Serta penayangan cerita apa entah.

Esoknya, kemuncak program iaitu bergambar sebelum sukaneka. 






Alhamdulillah, dua tahun lagi bertambah ahli

Dolah dengan Anim tak dapat join

Taqi datang lewat, bekerja pagi ini

Ehem, dua tahun lagi bertambah ni

Eh, Acik dah ada tambahan ahli keluarga. *happy*

Mak Usu

Masuk pula aktiviti sukaneka. 



Senamrobik dulu





Ulang steps family day sebelah emak




Sukaneka



Acap!!


Masing-masing kaki bangku








Cari gula dalam tepung







Aktiviti santai dalam rumah pun tidak kurang hebat juga. Makan dan tengok tv jelah. Haha. Tidur bersepah-sepah. Acik Oya memang aturkan orang lelaki semua tidur di ruang tamu. Saya siap berhimpit dengan Acik tidur dekat bawah bilik kecil. Pagi-pagi, tulang sakit sebab tak selesa. Dalam hati, macamni rupanya tidur tak selesa. Belum lagi kira orang yang tiada tempat tidur. Alhamdulillah sebab dapat tidur yang selesa selama ini. Takpelah, dua hari je tak selesa. Hari-hari biasa kau tidurlah puas-puas dekat katil kau seorang-seorang. 

Solat jemaah wajib

Imam solatku


Baby yang terlupa nama. Hahaa


Santai

Baju untuk sukaneka dan bergambar

Bendahari Naziha

Terima kasih Ishak kerana menjadi photographer yang hebat untuk semua gambar-gambar yang cantik ini. Semoga Allah mudahkan urusan di Sabah dan dapat pindah ke Semenanjung, :)


Hebat Ishak ni, serba boleh sambil pegang anak

Bila bercuti dengan keluarga ni, memang kena sedikit lebih kurang sahaja. Kau mudahkanlah mana yang kau boleh, supaya Allah mudahkan urusan lain kau pula. Dua hari yang santai. Alhamdulillah untuk nikmat berkumpul dan bersama-sama. Kadang-kadang tengok, dapat tak kumpul balik kat Syurga macam ni. Masuk ke saya dalam syurga ni? Dengan perangai yang, astaghfirullah. Merekaa ini kalau masuk syurga, agak-agak bawa saya sekali tak? Saya kalau masuk dalam syurga, bawa diorang masuk sekali tak? Allah. Untuk tidak menyesakkaan kepala otak, buat sahaja baik di dunia ni, bersangka baik dengan Allah dan doa Allah kumpulkan kita semua berjiran dalam syurga nanti. Amin. Sebab kadang-kadang saya manusia ni, lupa.


Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr : 1-3)

Love..

Monday, January 8, 2018

Menuju Pilihanraya ke-14

Hari Jumaat
Di pejabat, lagu I Don't Care nyanyian 2NE1 menjerit dari telefon saya.

Aku : Assalamualaikum En. Anuar.
Di sana : Wa'alaikumussalam. Akak, ada apa-apa tak hari Ahad ni? Nak datang Konvensyen Pakatan Harapan dekat Shah Alam?
Aku : Ahad takde apa-apa. Bolehlah.
Di sana : Ok. Nanti akak bagi nama dengan no IC.
Aku : Ok. Nanti orang whatsapp.

Hari Ahad.

Seperti biasa, saya yang paling lambat sampai IDCC. Mekna dengan Pakcik dah sampai. Diikuti Cik Jamaliah dengan Cik Leha.

The Girls. Love.

Masuk-masuk dewan, nampak ramai orang pakai oren (Amanah), putih (DAP), biru (Keadilan) dengan merah (Bersatu). Masa mula majlis, Mahathir masuk diiringi Wan Azizah. Allah punya kuasa betul kata saya dalam hati. Dulu tak suka dengan Mahathir ni, tak sangka sekarang dah kena jadi satu pasukan. Saya masih tak suka Mahathir ni sebenarnya. Tapi, ayah pernah kata sebelum konvensyen ni, bila saya tanya, 

"Ada harapan tak kita menang pilihanraya ayah?" 

Ayah balas, 

"Sebelum Bersatu join Harapan, macam takde sangat, tapi lepas Mahathir masuk, ayah rasa ada peluang menang."  

Betullah kata-kata Rasulullah,
(dicopypaste dari sini)

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu anhu secara marfu’:

أَحْبِبْ حَبِيبَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ بَغِيضَكَ يَوْمًا مَا، وَأَبْغِضْ بَغِيضَكَ هَوْنًا مَا عَسَى أَنْ يَكُونَ حَبِيبَكَ يَوْمًا مَا

“Cintailah kekasihmu sewajarnya, karena bisa jadi suatu saat dia akan menjadi seorang yang engkau benci. Dan bencilah orang yang engkau benci sewajarnya saa karena bisa jadi suatu saat dia akan menjadi kekasihmu” HR Tirmidzi dan dishahihkan oleh syaikh Al Albani


Masa sebelum makan tengahari, Pentas Rakyat sahaja. Pakatan Harapan dah tubuh Pasukan Pemuda dan Wanita yang telah membentangkan manifesto masing-masing. Sekali dengan tawaran kepada Sabah dan Sarawak jika kita menang pilihanraya. Biasa sahaja pagi itu.

Kepeningan kepala saya adalah di petang hari. Selepas makan tengahari. Tayangan video Anwar ditahan semasa tahun 1998 dan mata lebam itu menurunkan airmata saya. Selepas itu, Nurul Izzah membacakan ucapan ayahandanya dari Sungai Buloh. Pernah beberapa kali mendengar ucapan Izzah, saya yakin Izzah sedang menahan sebaknya selepas tayangan video. Izzah biasanya seorang yang ceria dan begitu mudah berseloroh. Tetapi kali ini, dia cuma membacakan teks ucapan itu sahaja dengan profesional. 

Mat Sabu mengambil tempat pula. Memulakan ucapan dengan,

"Kajian menyatakan pada tahun 2023, ekonomi dunia akan dikuasai oleh China (dan menyatakan beberapa negara lain). Yang mengejutkan adalah Indonesia akan masuk dalam top ten ekonomi dunia. Ini adalah katanya, negara-negara yang menentang rasuah. Jangan nanti katanya lagi, kita dengar ada maid dari Malaysia diseterika di Indonesia (terbalik dari yang sekarang)."

Kagum saya dengan Mat Sabu ni, dia melihat masa depan sebegitu sekali. Ilmu pun banyak.

Bang Mat

Kita masih punya HARAPAN


Menyokong Saudara ini. :). 



Kemudian, Dato' Saifuddin Abdullah mengambil tempat di pentas selaku Ketua Setiausaha Pakatan Harapan. Membacakan resolusi 100 hari apabila Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan. Antara yang menarik minat saya adalah, Perdana Menteri hanya boleh dipegang selama dua penggal sahaja. Apabila Dato' Saifuddin menyatakan pecahan kerusi yang akan bertanding bagi setiap parti, mendengar Bersatu mendapat 51 kerusi bersamaan dengan Keadilan, saya menangis lagi. Kemudiaan Amanah hanya mendapat 27 kerusi. Ah, apakah permainan ini? Kami duduk di sebelah Dr. Mohd Nor Manuty kawan En. Anuar. Beliau terlibat di meja perbincangan kerusi. Katanya,

"Berbanding perbincangan sebelum ini, kali ini nampak lebih tersusun. Boleh bawa berbincang. Nampak keikhlasan Mahathir. Kita mahukan undi orang yang tidak mahu memangkah UMNO dan memangkah Mahathir di kampung-kampung." 

Lega sedikit hati saya. 

Ketika diumumkan perlantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri, menangis lagi saya. Dalam hati, kenapa korang baik sangat? Mekna menenangkan saya dengan berkata, 

"Orang-orang hebat di depan tu (Mat Sabu, En. Anuar, Wan Azizah dan lain-lain), nak masuk syurga yang tinggi tu."

Diorang boleh ketepikan semua perasaan untuk sesuatu perjuangan yang lebih besar. Menjatuhkan Najib untuk Malaysia yang lebih baik.



Wan Azizah berucap diikuti Mahathir. Memang pandai berkata-kata Mahathir ni. Antara ucapannya,

"Saya tahu tidak mudah untuk bekerjasama dengan orang yang dahulu membenci saya. Yang digelar MahaFiraun, MahaZalim. Juga tidak mudah untuk orang yang saya telah melakukan sesuatu kepada mereka (merujuk menghantar penjara Mat Sabu, Lim Guan Eng dan Anwar pastinya) untuk bekerja dengan saya. Tetapi, untuk sesuatu yang lebih besar, saya dan kami semua ketepikan itu. Kita perlu turunkan Najib"

"Perbincangan yang paling berjaya adalah yang ke semua parti tidak bersetuju. Jika ada satu parti yang setuju, maknanya perbincangan itu tidak berjaya. (Dalam hati saya, betul juga. Kata ayah, masa pembahagian kerusi, Keadilan mahu 69 kerusi. Amanah yang bersetuju memberi kerusi mereka, sama seperti PAS memberikan Keadilan kerusi semasa Pakatan Rakyat dahulu. Geng-geng Mat Sabu yang memberikan kerusi mereka. Allah keadaan berbalik itu memang boleh terjadi.) Keadilan tidak bersetuju dengan kerusi mereka. DAP ok kerana telah secure tempat-tempat yang mereka rasa akan menang. Paling memudahkan adalah Amanah (semua sudah bersorak dan kamera merakam muka Mat Sabu. Mukanya biasa sahaja. Saya menangis. Huhu. Hebatnya mereka!)."


Kita tidak boleh nafikan figura besar yang berumur 92 tahun ini. Memang benar, orang di zaman zalimnya hebat, bila dah tak zalim (moga Allah lindungi kita semua) juga hebat.

Untuk saya anak muda ini, keterlibatan saya di dalam politik adalah 90% disebabkan oleh orang sekeliling saya. Ayah, En. Anuar dan Mak Ina memang memainkan peranan. Saya sudah merasakan jemu kerana masih lagi tidak berjaya mengambil Putrajaya dan perlawanan antara parti-parti memang menyesakkan. Tetapi seperti kata Aishah, semua orang memainkan peranan mereka. Semua perlu membuat sesuatu. Melihat En. Anuar dan Mat Sabu yang bersusah-payah untuk politik, saya merasa segan dengan diri sendiri. Apa yang saya sudah buat? Di bahagian mendengar keputusan sahaja saya sudah pening kepala, inikan jika saya dibahagian membuat keputusan. Pasti emosi sahaja lebih. Moga Allah memberi mereka syurga yang tertinggi untuk mereka. Ajak orang sekali jadi jiran, En. Anuar. :) 

Malam itu, selepas Kak Cik mengurut kepala saya, saya pulang ke PJ, menelan panadol dan tidur. Tidak pernah seberat ini kepala saya. Keesokan harinya, saya membuka twitter ada ramai menyatakan kebodohan kepada Pakatan Harapan atas keputusan itu. Alhamdulillah untuk kehadiran saya di IDCC, saya lebih jelas dengan perjuangan mereka. Dalam pada kita sibuk mempertikaikan keputusan Pakatan Harapan, DAP  dengan pantasnya telah melancarkan Retreat 100 Hari Menuju Pilihanraya. Bezanya cara kerja mereka. Memang efisien. Sekarang satu sahaja tujuan kita, MENURUNKAN NAJIB DAN UMNO di pilihanraya. Jalan terus semua!  

Ya Allah, yang Maha Pengasih Maha Penyayang, Kau menangkanlah kami kali ini Ya Allah. Berikanlah kegembiraan kepada hamba-hambaMu yang telah berjuang selama ini. Untuk En. Anuar, Mat Sabu, Anwar Ibrahim dan keluarga dan semua pejuang-pejuang dan rakyat Malaysia yang sedang dizalimi ini Ya Allah. Hanya kepadaMu kami berserah dan kami mohon pertolongan. Amin. Amin. YaRabbalAlamin. 

Love..