Hari yang gembira untuk kita
Kenangan indah dicipta bersama
Kamu yang rancak bercerita
Semua mahu diteroka
Semua mahu dicuba
Kami hanya layankan sahaja
Kamu yang kami menumpang kasih sayang
Berkongsi pangajaran
Belajar dari kesilapan
Bersama-sama bertahan
Untuk semua arahan, ketegasan dan perhatian
Maaf jika berlebihan
Terimalah dengan tenang
Semoga berguna di masa hadapan
Terbanglah sayang
Kami lepaskan tali kepercayaan
Bersama doa-doa kami titipkan
Ingat kami di susah senang
Pulanglah jika buntu jalan
Kita bersama berpimpin tangan
Atasi tiap kesusahan
Sayang sayang Alang
Satu doa yang selalu diucapkan
Moga masa depanmu sentiasa dipeluk Tuhan
Southgate
211217
Love..
Biarkan kasih sayang bertebaran di muka bumi ini. Supaya bahagia dunia dan akhirat..
Thursday, December 21, 2017
Sunday, December 3, 2017
Cerita Artis
Naziha dan saya berkongsi banyak benda yang sama. Bukan minat benda yang sama, berkongsi banyak cerita yang kami boleh relatekan. Seperti apabila bercerita mengenai benda-benda viral di twitter, kami masing-masing tak aktif di facebook, geng menonton wayang cerita yang orang tak tengok di pawagam, boleh cerita pasal k-pop (dia minat yonghwa, saya minat seohyun dan dia tak suka seohyun. Haha..), cerita pasal publisher buku dan apa entah lagi. Senang cerita, frekuensi cerita kami sama. Kak Fisha boleh masuk sikit, tapi dengan Kak Cik banyak sikit. Sebab dah biasa borak. Jadi bila dia kutuk saya (selalu) atau saya kutuk dia (jarang kot. Hehe..), kami tak ambil rasa. Tahu, masing-masing nak jadi lagi baik. Saya juga rapat dengan Along, Ami dengan Mina sebelum mereka berkahwin, tapi saya lupa cerita-cerita dengan mereka. Dulu tiada blog. Hehe.
Antara benda yang Naziha dan saya berkongsi adalah minat Redza Minhat. Tengok wayang cerita KIL yang kurang dari 10 orang dalam pawagam tau. Support punya pasal. Tengok Terbaik Dari Langit sebab dia tulis. Pun tak ramai orang dalam pawagam. Follow dalam twitter sampai kenallah circulation of friends dia. Tengok telemovie yang kawan-kawan dia produce. Kalau baca twitter dia, memang mind-blowing jugalah. Budak bijak. Kerja dekat Bank Negara sambil buat seni-seni ni. Very smart person. Kira memang admirelah dia ni.
Satu hari, Kak Cik dapat contact dari kawan dia di PPUM, ada orang nak beli tape yang letak dekat lutut (strapping) untuk elak kecederaan semasa bersukan. Saya pernah tolong hantar strapping ni di futsal centre Subang. Naziha berkongsi bersama kawan-kawannya menjual tape ni. Berbalik kepada kawannya di PPUM, katanya, Redza Minhat mahu membelinya. Kak Cik tak percaya. Sehinggalah, dapat pesanan sendiri dari tuan punya badan. Pergh pergh pergh. Mahu penghantaran di Subang. Kak Cik dan Kak Fisha pergi pada Jumaat pagi. Pergh pergh pergh. Saya sedikit cemburu tapi gembira. Memang tidak sangka. Sangat. Peluang jumpa sebegitu rupa.
Dalam dunia di mana pembohongan mudah berleluasa, perlunya kita menyelidiki sumber asal sesuatu perkara. Jika tidak, ikutilah sesiapa yang bijak pandai supaya selalu mengingatkan kita benda-benda yang berilmiah. Kurangkan melihat siakap keli, rotikaya dan sebagainya. Berkawan dengan penjual minyak wangi, tempias wanginya pasti terkena kita. Berkawan dengan bijak pandai, semoga kepandaiannya juga menjadi pendorong kita menjadi lebih berilmu. Walaupun ianya seorang artis. 😙
That halal gap. Haha |
Versi Kak Fisha lagi jauh. Haha. |
Oleh kerana cerita artis, tahniah kepada Fattzura. Minat Fazura sejak Gol dan Gincu lagi. Tak minat Fattah, tapi percaya dia seorang yang hebat dan baik. Semoga berbahagia sampai ke syurga. Doa laju-laju untuk dapat jodoh yang masing-masing akan menjadi lebih baik bila bersama. Allahuma Amin. InsyaAllah.
Menaip blog semasa dalam perjalanan ke Port Dickson untuk Hari Keluarga Haji Bujang. 😊😊
Love..